Pengikut

Nuffnang

Ahad, 30 Oktober 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Sambutan PAS Sarawak Ke20 Berjaya Walaupun Dapat Halangan

Posted: 30 Oct 2016 08:27 PM PDT

PAS Sarawak semakin diterima oleh rakyat tempatan


PAS Sarawak telah mengadakan Karnival Sambutan PAS Sarawak ke20 tahun di perkarangan ibu pejabat PAS Sarawak di Matang Jaya, Kuching pada 29 Oktober 2016.

Antara aktiviti sepanjang program sambutan PAS ke20 tahun adalah pameran Jabatan / Lajnah / NGO PAS, jualan makanan / Pakaian, aktiviti bersama Hadi & Huda, pertandingan Street Soccer Piala Pesuruhjaya PAS Sarawak (terbuka untuk setiap kawasan),  pertandingan gubahan / mewarna / Shawl / gusti lengan / kopi Amal tarik (terbuka untuk setiap kawasan), cabutan bertuah dan lain-lain.

Pada sebelah petangnya diadakan perbarisan Jabatan Amal Malaysia dipimpin oleh Dato' Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan pada sebelah malamnya penyampaian hadiah oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Slot Solat Hajat Perdana Selamatkan Palestin diimamkan oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir Pondok Baitul Quro' and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi.

Majlis Pidato Khas bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merupakan
majlis kemuncak karnival sambutan PAS Sarawak ke20 tahun.

Antara penceramah lain yang turut hadir ialah Dato' Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Dr. Ustaz Riduan Mohamad Nor, AJK PAS Pusat, Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki, AJK PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan DMPM, Sdr Mohamad Arifiriazul Paijo, Exco DPPM and Ketua Pemuda PAS Sarawak dan juga ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak (DHPP) Clement Bayang.

Antara tarikh-tarikh penting bagaimana PAS berkembang ke Sarawak ialah pada 25 Mei 1990 Muktamar Tahunan PAS kali ke-36 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak.

Pada 31 Disember 1994 mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk berkembang ke Sarawak dan mengarahkan penubuhan Jawatankuasa pro-tem PAS Sarawak.

Pada 22 September 1996, PAS Sarawak secara rasminya ditubuhkan dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk memimpin PAS di Sarawak.

Antara intipati kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS ialah tentang sejarah pembebasan negara ini dari penjajah. Dulu Islam yang memerintah negara di rantau Asia Tenggara ini tetapi setelah penjajah Portugis, British, Belanda dan Sepanyol datang maka sosio ekonomi, sistem perundangan sudah berubah mengikut cara sistem penjajah.

Antara isu semasa yang di sentuh ialah Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 sebelum ini pernah diusulkan di Parlimen oleh Menteri Tanah dan Galian pada ketika itu, YB  Abdul Rahman Yaakub (Allahyarham Tun Datuk Patinggi, mantan Ketua Menteri Sarawak), seorang anak jati Sarawak.
Pada masa itu tiada masalah untuk non Muslim memberi sokongan pada RUU Akta 355. Sekarang ini keadaan sudah berubah dimana non Muslim berani menentang secara terbuka RUU Akta 355 walaupun
sudah diberi penjelasan yang RUU Akta 355 hanya untuk Muslim.

Selepas ucapan Tuan Guru Presiden PAS ditanya tentang samaada PAS masih terbuka untuk berunding dengan Pakatan Pembangkang lain seperti sebelum ini. Jawapan Presiden PAS adalah PAS sentiasa terbuka dan tidak pernah menutup pintu perundingan dengan mana-mana parti pembangkang atau NGO yang ingin bekerjasama dengan PAS.

PAS tidak mahu lagi jadi pengikut@ khadam parti lain tetapi memimpin bersama parti-parti lain. PAS tidak mahu dijadikan alat  ketika waktu diperlukan saja seperti  menggunakan jentera PAS  untuk memenangi sesuatu pilihan raya tetapi apabila rakan seperjuangan sudah menang, mereka menyingkirkan PAS begitu saja apabila tidak sehaluan dengan PAS.

Secara kesimpulannya PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang khususnya parti pembangkang tempatan di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama. PAS sudah diterima oleh rakyat tempatan di Sarawak walaupun pada mulanya sukar untuk menarik sokongan khususnya penduduk asal Sarawak kerana pada mulanya mereka menyangka PAS hanya untuk Islam tetapi sebenarnya perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. PAS berjuang berdasarkan Al Quran dan Sunnah sebab ianya adil untuk semua. Allahua'lam

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

Sarawak PAS is getting welcome by local people

Sarawak PAS had held a Carnival Celebration of 20th year Sarawak PAS in the compound of Sarawak PAS headquarters in Matang Jaya, Kuching on 29 October 2016.

Among the activities during the celebration of the 20th year of PAS is the exhibition of department / bureau / NGO PAS, sales of food / clothing, activities with Hadi and Huda, Sarawak PAS commissioner Street Soccer Cup match (open for each region), composition contest / coloring / Shawl / arm wrestling / coffee Amal tarik (open for each region), lucky draws and others.

In the afternoon Amal Malaysia parade was held is led by Dato Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS deputy president and in the evening a prize giving by YB Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  PAS president.

Slot of Prime Solat Hajat Save Palestine led by Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir Pondok Baitul Quro 'and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi..

The special speech event with YB Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS president was the highlights event of Sarawak PAS carnival celebration of the 20th year.

Among the other speakers were also present was Dato Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS deputy president, Haji Jofri Jaraiee, Sarawak PAS commissioner, Dr. Ustaz Riduan Mohamad Nor, PAS central committee member, Mr Muhtar Suhaili As-Sarawaki, PAS central committee member, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Head of Information DMPM, Mr Mohamad Arifiriazul Paijo, Exco DPPM and Sarawak PAS Youth Chief and head of PAS Supporters Congress Sarawak (DHPP) Clement Bayang.

Among the important dates how PAS expanded to Sarawak is on May 25, 1990 the 36th Annual Conference of PAS in Taman Melewar has agreed with the proposal of PAS Tawau so that PAS expand into Sarawak.

On 31 December 1994 the PAS central committee meeting decided to expand into Sarawak and ordered the establishment of a pro-tem Committee of PAS Sarawak.

On 22 September 1996, PAS Sarawak was officially established with the appointment of Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi as the first Commissioner of Sarawak PAS. He was the first local to be given the mandate to lead PAS in Sarawak.

Among the highlights of the speech content of Tuan Guru Abdul Hadi is about the history of the liberation of the country from invaders. Once Islam ruled the country of South East Asia region, but after the Portuguese, British, Dutch and Spanish came in the socio-economic, legal systems have changed in accordance with the way of the colonial system.

Among the issues that was discussed was Bill Act 355 has previously proposed in Parliament by the Minister of Lands and Mines at the time, YB Abdul Rahman Yakub (the late Tun Datuk Patinggi, former Chief Minister of Sarawak), a native of Sarawak. At that time there are no problems for non-Muslims to support the Bill Act 355. Now the situation has changed where non-Muslims dare to openly oppose Bill Act 355 although has been briefed the Bill Act 355 only for Muslims.

After the speech Tuan Guru Abdul Hadi President asked about whether PAS is still open to negotiate with other opposition Alliance as before. President of PAS answered PAS is always open and never closed the door to talks with any opposition or NGOs that want to cooperate with PAS.

PAS does not want to be followers @ servant of other party but lead with the other parties. PAS does not want to be a tool when time required such as use PAS machinery to win an election but when comrades had won; they just get rid of PAS when not in line with PAS.

In conclusion PAS is ready to cooperate with any of the opposition parties, particularly local opposition parties in Sarawak, irrespective of race and religion. PAS has been accepted by the local people in Sarawak although initially difficult to attract support especially indigenous people of Sarawak because```` at first they thought PAS only for Islam but actually PAS is for all regardless of race and religion. PAS struggle is based on Al Qur'an and the Sunnah because it is fair to all. Allahua'lam (Only Allah knows)

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan