Pengikut

Nuffnang

Rabu, 26 Oktober 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jangan Bebankan Rakyat Dengan Saman Melampau

Posted: 26 Oct 2016 06:32 PM PDT

Saman Trafik perlu dikaji semula


Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membebankan pengguna sepatutnya pihak kerajaan dapat membantu rakyat bukannya menyusahkan rakyat dengan saman yang melampau seperti saman trafik atas kesalahan yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sekarang tiada lagi diskuan ke atas kompuan saman yang diterima oleh pesalah trafik seperti sebelum ini boleh dikurang ke caj yang minima. Ramai pemandu mengadu masalah ini kerana ada diantara mereka merasa tidak berbaloi saman ke atas kesalahan yang kecil seperti meletak kenderaan di kawasan tempat parkir taxi yang terbiar dan tidak menganggu lalulintas.

Sekarang ini tidak perlu lagi membuat sebarang rayuan kerana mulai dari 01/12/2010 kadar kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara automasi berdasarkan prinsip 'The more you delay, the more you pay". Kompuan saman sehingga RM300 dan hanya boleh dikurang separuh sekiranya dibayar dalam tempoh notis tujuh hari memang tetap tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan. Bukan semua pemandu yang mampu membayar saman sebanyak itu.

Memang tidak dinafikan pesalah trafik patut diambil tindakan sekiranya mereka melakukan kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi bagi lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya seperti memberi mereka amaran sekiranya mereka masih melakukan kesalahan yang berulang kali selama tiga kali berturut-turut barulah tindakan saman diambil keatas pesalah itu.

Kita mengesa pihak berkuasa perlu mengkaji semula tindakan serta kadar saman yang dikenakan ke atas kesalahan kecil seperti yang tersebut diatas. Kadang-kadang ada tempat parkir yang terbiar dan tidak digunakan sepenuhnya maka tempat itu perlu diberi kelonggaran daripada tindakan saman kerana ianya bukan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya ada pihak yang membuat aduan ialah pihak polis trafik jangan terus menyaman tetapi memberi amaran agar pemandu yang meletak kenderaan dikawasan tersebut  jangan parkir kenderaan lagi disitu kerana ada aduan dari pihak tertentu. Mereka sepatutnya tidak hanya 'touch and go' dan meletakkan kompaun saman tanpa sebarang notis amaran.

Kita harap masalah ini perlu diberi perhatian kerana bukan semua pemandu sengaja membuat kesalahan tetapi disebabkan masalah kesukaran untuk meletak kenderaan dan juga ketika kecemasan menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kenderaan mereka ditempat yang tidak sepatutnya. Tempat letak kenderaan perlu diperbanyakkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di kawasan persekolahan, hospital, pasar ikan/sayur, lapangan terbang dan sebagainya supaya memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka di tempat yang betul.

Cara terbaik adalah dengan memberi amaran serta tindakan sewajarnya diambil sekiranya mereka masih berdegil dan tetap melakukan kesalahan yang berulang berturut-turut selama tiga kali maka saman boleh dikenakan. Pengguna perlu diberi didikan dan bukan hanya didenda kerana ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengkaji semula cara terbaik untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

Traffic Summons should be reviewed

MIRI – In the worsening economic conditions and burden consumers the government should be helping people instead of burdening the people with tremendous summons such as traffic summonses for offenses that do not contribute to accidents, congestion and public transport services.

Now there is no longer discounted on summons compound received by offenders like before charges can be reduced to a minimum. Many drivers complain the problem because some of them feel not worth it summons on a minor offense such as parking in a restricted area such as an abandoned taxi parking lot and does not interfere with traffic flow.

Now these no longer need to make any appeal because starting from 01/12/2010 compound rate has been fixed and standardized. Summons deductions is done automation based on the principle 'The more you delay, the more you pay." Summons compound up to RM300 and can only be reduced by half if paid within seven days notice it still not worth to offenses committed. Not all the drivers can afford to pay summons as much as it.

There's no denying offenders should be penalized if they commit an offense related negative behavior of the driver and the technical fault on the vehicle to actively contribute to accidents, congestion and public transport services. But for other offenses other than the above that not contributing to accidents, congestion and public transport services should be given due consideration as to give them a warning if they still make repeated mistakes for three times consecutively then action is taken against the offender.

We urge the authorities should review the action and the fines imposed on minor offenses such as those mentioned above. Sometimes there is an abandoned parking lot and underutilized then it should given the leeway of action summons because it's not causes traffic jams.

What should be done if someone makes a complaint is the traffic police do not directly sued, but warned that drivers who park in that area so do not park the vehicle again because there are complaints from certain quarters. They should not just 'touch and go' and put the summons compound without any warning notice.

We hope that this issue should be aware because is not all the drivers intentionally make offense but due to the difficulty of parking and also when emergency caused them to park their vehicles in places it should not. Parking lot needs to be increased in public places such as in schools, hospitals, fish/ vegetable market, airports and so on so that easy for users to park their vehicles in the right place.

The best way is by warning and appropriate action taken if they still persist and continue to make repetitive mistakes consecutively for three times then summons may apply. Users need to be educated and not only fined because it will not be able to solve the problem. Cooperation with the authorities to review the best way to overcome this problem is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan