Pengikut

Nuffnang

Isnin, 3 Oktober 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Parit Tersumbat Penuh Dengan Sampah

Posted: 03 Oct 2016 08:08 PM PDT

Kesukaran untuk membuang sampah punca parit tersumbat

MIRI – Penduduk Kampung Batu Satu  mengadu masalah kesukaran untuk membuang sampah dari tempat kediaman mereka kerana hanya satu tong sampah besar terdapat di jalan masuk ke kampung mereka.  Kita dapati ada diantara mereka terpaksa membuang sampah kedalam parit yang berdekat dengan kediaman mereka ini boleh menyebabkan parit tersumbat dengan sampah.

Menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan mereka pernah mengadu masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan tapi alasan mereka lori angkut sampah sukar untuk masuk kerana jalan kampung terlalu sempit untuk lori angkut sampah.

Pihak berkuasa tempatan seharusnya mencari jalan alternatif untuk memudahkan penduduk kampung membuang sampah ditempat yang strategik seperti tong sampah besar diletakkan berdekatan dengan kediaman perumahan atau jalan untuk lori sampah yang kecil digunakan untuk mengambil sampah ditempat kediaman penduduk.

Disamping itu masalah saluran peparitan tersumbat juga perlu diberi perhatian kerana untuk mengelak pembiakan nyamuk berlaku sekiranya air sukar untuk mengalir keluar. Walaupun terdapat sebahagian parit kongkrit tetapi ianya separuh jalan saja. Parit kongkrit perlu disiapkan sepenuhnya sepanjang jalan masuk kampung tersebut supaya pengaliran air dapat berjalan lancar.

Kita mengesa pihak berkuasa tempatan mengambil perhatian masalah penduduk ini dengan segera dengan menyediakan tong sampah disetiap kediaman dan juga demi keselamatan dan kesihatan penduduk disitu agar terjamin dari ancaman pencemaran dan penyakit. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

The difficulty to remove trash causes clogged drains

MIRI – Kampung residents of Batu Satu complained of difficulty to throw garbage from their homes because only one large trash found at the entrance to their village. We find some of them had to throw garbage into the ditch close their homes this can lead to clogged drains with garbage.


According to the villagers who do not want to be named said they had complained the matter to local authorities but their reasons garbage truck is difficult to enter the village because the road is too narrow for garbage truck.

Local authorities should look for alternative ways to help residents dispose of garbage at the strategic as large bins placed near the road to the residential housing or small dump trucks used to pick up trash at residential population.

Besides, the problem of clogged drainage channels also noteworthy as to prevent the breeding of mosquitoes occurs if water is difficult to flow out. Although there are some concrete trench but it's only half-way. Concrete trench must be completed in full along the driveway of the village so that the water can flow smoothly.

We urge local authorities to take note of this population problem immediately by providing bins in each residence and also for the safety and health of the population there to secure from the threat of pollution and illness. Cooperation with local authorities to resolve this issue is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan