Pengikut

Nuffnang

Khamis, 29 September 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Pemimpin Muslim Diseru Menyokong RUU 355

Posted: 29 Sep 2016 05:34 PM PDT

Rang Undang-Undang 355 perlu dibahas dulu sebelum ditolak


Kenyataan beberapa pemimpin Melayu dan Bukan Islam yang tidak bersetuju dengan RUU (Rang Undang-Undang) 355, yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah dikesali.

Apabila RUU 355 dibawa ke sidang parlimen untuk dibahaskan maka ianya bukanlah melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti yang dituduh oleh sesetengah pemimpin. Kalau ianya bercanggah dengan perlembangaan maka ianya tidak perlu dibahas dan hanya perlu dilaksanakan tanpa dibawa ke sidang parlimen.

RUU 355 hanya untuk menaik taraf undang-undang syariah selari dengan undang-undang sivil dan ianya khas untuk Muslim yang melakukan kesalahan jenayah mengikut perundangan Islam.

Mengapa masih ada orang mempertikaikan undang-undang Islam sedangkan ianya bertujuan untuk mencegah penjenayah dari melakukan kekacauan dan keharmonian di negara ini. Alasan mereka sebab mengapa perlu ada dua hukuman yang berlainan sedangkan mereka melakukan jenayah yang sama.

Kalau hanya ikut satu set undang-undang saja maka mengapa perlu ada mahkamah syariah dan juga Undang-Undang pada Tanah Adat Bumiputera di Sarawak sebagai contoh. Mengapa tidak selaraskan saja satu rang undang-undang negara, biar sama-sama menerima hukuman yang sama tanpa mengira bangsa dan agama.

Tentu ramai yang tidak setuju disebabkan berlainan fahaman dan kepercayaan, jadi sebaiknya bagi mereka yang tidak tahu hak dan adat budaya sesuatu kaum sepatutnya jangan mencampuri urusan agama dan adat sesuatu kaum kalau mahu melihat rakyat dalam negara ini hidup bersatu dan harmoni.

Kita juga mengesa kepada Mufti Sarawak agar dapat memberi nasihat dan teguran kepada umat Muslim yang jahil dengan agama Islam agar jangan bercakap sesuatu perkara yang boleh merosakkan akidah mereka. 

PAS Sarawak menyokong penuh RUU 355 ini agar dapat diberi peluang dibahaskan di sidang parlimen agar mereka yang tidak faham atau tidak puas hati dengan RUU 355 ini diberi peluang untuk berdebat.

Kepada yang bukan Islam tolong hormati hak umat Muslim dan jangan cuba mencampuri urusan agama Islam seperti mereka juga tidak suka kita mencampuri urusan agama mereka. Kita perlu sering hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kita mempunyai kepercayaan yang berlainan .

Negara ini mengamalkan sistem demokrasi, mengapa mesti menyekat hak sesuatu kaum dan agama
daripada mengamal ajaran agama mereka. Ini adalah hak umat Muslim untuk melaksanakan tuntutan agama mereka dan kita juga menyeru pemimpin umat Muslim tanpa mengira bangsa dan fahaman politik sama-sama memberi sokongan pada RUU355 ini.

Sebagai seorang penganut agama Islam sepatutnya mereka tahu hak mereka sebagai penganut agama Islam tanpa perlu takut akan kedudukan mereka kerana jawatan dan kuasa itu boleh hilang bila-bila masa. Mereka tidak sepatutnya ikut arahan manusia  tanpa memikir kesan dari perbuatan mereka di akhirat kelak. Allahua'lam

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Bill of 355 must be discussed first before rejected

The statement some of Malay and Non Muslim leaders who do not agree with Bill 355, which aims to increase the jurisdiction of the Sharia Court, is regrettable.

When the Bill 355 brought to parliament for debate, so it's not a violation of the federal Constitution as alleged by some leaders. If it conflicts with the constitution it does not need to be discussed and should only be executed without being brought to parliament.

355 Bill just to upgrade Sharia law in line with civil law and it is typical for Muslims who commits a criminal offense according to Islamic jurisprudence.

Why there are still those disputing the laws of Islam, while it seeks to prevent criminals from making chaos and harmony in the country.  Their reason why there should be two different punishments while they commit the same crime.

If you only follow one set of laws then why should there be Sharia courts and also the Law on Native Customary Land in Sarawak as an example. Why not just synchronize one of the national bill, let both accept the same punishment, irrespective of race and religion.

Of course, many do not agree because of different faiths and beliefs, so it is recommended for those who do not know the rights and culture of a people should not meddle in the affairs of religion and customs of a people if wants to see the people in this country live in unity and harmony.

We also urge the Sarawak Mufti to give advice and counsel to the ignorant Muslims with Islam in order not to speak anything which could harm their faith.

Sarawak PAS fully support this bill 355 in order to be given the opportunity to be debated in parliament that those who do not understand or dissatisfaction with bill 355 is given the opportunity to argue.

To the non-Muslims please respect the rights of Muslims and do not try to interfere with the Islamic religion as they do not like us to interfere in their religious affairs. We should always respect each other despite our different beliefs.

Malaysia practices the democratic system, why must restrict the right of a people and a religion from practicing their religion. This is the right of Muslims to perform their religious obligation and we also call upon the Muslim leaders regardless of race and political affiliations are equally supportive of this bill 355.

As a Muslim should they know their rights as Muslims without fear of their position as the position and the power it can disappear at any time. They should not follow the instructions of human without thinking of the effect of their deeds in the hereafter. Allahua'lam (Only Allah Knows)

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan