Pengikut

Nuffnang

Khamis, 15 September 2016

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


PELAJAR PONDOK TIDAK MENGGANAS PUN TETAP DIGERUNI MUSUH ISLAM

Posted: 15 Sep 2016 12:28 AM PDT

Muhammad Nuruddin Bashah
Lajnah Strategik DPPN Kedah

Tulisan ini bukanlah bermaksud membela pandangan Dr Asyraf wajdi secara membuta tuli sebaliknya cuba berlaku adil dalam berbahas isu yang beliau ketengahkan. Cuma kenyataannya yang inginkan kurikulum pendidikan agama diberi pendefinasian semula beberapa aspek yang boleh mendorong kepada eksrimis perlu dilihas secara meluas. Dan kenyataan beliau sebenarnya jika tidak diberikan kefahaman kepada masyarakat akan memenangkan hujah sekularis dan liberalis yang telah lama mengaitkan institusi pondok dengan gejala militan, ekstrim dan merlampau batas ala-ala Amerika Syarikat.



Kenyataan yang dimaksudkan dinyatakan dalam bulan September 2016 apabila Dr Asyraf Wajdi ketika berucap di Mesyuarat Agung ke 39 Guru-Guru Agama Malaysia Barat di Kota Bharu meminta kerajaan mengkaji sistem pondok untuk mengelakkan lahirnya golongan radikal dan pelampau. Penulis percaya nada ucapannya sejajar dengan kenyataannya sebelum ini.

Pada 8 Ogos 2016  disiarkan kenyataan beliau dalam Sinar Harian bahawa beliau berpendapat kurikulum pendidikan agama Islam di setiap peringkat di negara ini perlu diteliti semula bagi menangani fahaman ekstremis. Beliau bukan anti pondok sebaliknya meminta  pendefinasian semula bagi maksud istilah jihad agar vmemberi makna atau memahamkan masyarakat apa sebenarnya jihad kerana jika didefinisikan oleh kelompok berkepentingan seperti pengganas, mereka akan memanipulasikan istilah jihad itu.

Sebenarnya kenyataan beliau yang memberi fokus kepada sekolah pondok yang menaikkan kemarahan ramai pihak. Manipulasi istilah dan interferen kefahaman sebenar istilah jihad berlaku apabila dakwah ekstimis disebar melalui media sosial, bahan elektronik. Maka pemanmtauan yang sebenarnya adalah pelru diberi pemusatan kepada dakwah media sosial dan bahan e-buku yang sukar dipantau selama ini bukannya pondok.

Mengapa penulis tidak bersetuju jika Dr Asyraf dilabel sebagai anti pondok kerana pada 25 Ogos 2015  telah disiar pandangan beliau bahawa hasil pemantauan terhadap 172 institusi pengajian Islam berteraskan pondok di negara ini mendapati mereka tidak terlibat dengan kegiatan ekstremisme mahupun militan. Dr Asyraf melalui , Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) membuat pemantauan itu selepas terdapat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) turut menyasarkan Malaysia untuk melaksanakan agenda mereka[ http://www.sinarharian.com.my/nasional/172-sekolah-pondok-tak-terlibat-ekstremisme-1.423403 ].

Malah pada 22 Jun 2016 beliau menyiarkan pandangan betapa Pondok pengajian agama Islam di seluruh negara wajar dikekalkan dan diperkasakan bagi memastikan tradisi keilmuan yang menjadi sumber kekuatan umat Islam, terus mekar untuk generasi akan datang.

Menurut beliau Islam bermula daripada institusi pondok. Ia sudah mempunyai kekuatan dan terkenal sejak dahulu lagi  katanya kepada pemberita selepas melawat Madrasah Diniah Bakriah Pasir Tumboh yang asrama muslimahnya musnah dalam kebakaran pada 17 Jun lalu.
Sebenarnya ada kenyataan menteri lain yang perlu diberi fokus kerana kenyataan berkaitan isu sekolah terlalu islamik memberi konotasi negatif yang mudah dimanipulasi oleh musuh Islam.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengisytiharkan kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi "terlalu Islamik", menekankan Malaysia ialah negara Islam yang moden.

Sebenarnya Mahdzir memberi respon kepada  laporan FMT yang memetik Prof Teo Kok Seong, yang berkata kajian mendedahkan ibu bapa bukan Islam tidak selesa dengan unsur keagamaan di sesetengah sekolah seperti bacaan doa ketika perhimpunan sekolah. Hal ini menyebabkan kata laporan berkenaan ibu bapa bukan Islam tidak mahu anak mereka belajar di sekolah kebangsaan. Jadi untuk menguimbangi kehendak bukan Islam maka isu terlalu islamiuk menjadi perhatian para menteri.

Memang bagi sekolah yang pelajarnya bukan 100% muslim janganlah dipaksa pelajar bukan Islam mendengar ayat al quran yang dipasanag melalui speaker berjam lamanya. Setakat doa dan azan di surau rasanya tidaklah mencabul kebebasan dan ketenteraman kaum bukan Islam. Malah jika dalam industri sekalipun jika bekerja di kilang/syarikat yang milikan bukan Islam ada juga pekerja terpaksa menunggu berdiri tegak tatkala pengurusan melaksanakan aktiviti keagamaan mereka. Hal ini biasa. Majoriti akan membentuk suasana dan biah. 

Banyak kes disiplin dikurangkan apabila para guru menerapkan doa wajib perhimpunan, solat berjemaah yang diwajibkan, kelas pemulihan al Quran dan pembacaan doa dalam kelas. Malah ada sekolah menggunakan wirid mathurat untuk dibacakan bersama para pelajar di waktu pagi. Hal ini banyak boleh ditanya kepada para guru-guru yang bertugas di sekolah kebangsaan yang berguru besarkan para pendakwah atau latar belakang tarbawi.

Pendidikan Islam moden sebenarnya menghakis banyak amalan kerohanian, zikir, hizib dan disiplin ayat-ayat pembenteng dan ayat perlindungan yang menggerunkan musuh Islam suatu ketika dahulu. Lantaran itu institusi pondok yang masih mengekalkan aktiviti membaca zikir, wirid, ratib dan hizib perlindungan, ayat perang yang menguatkan semangat dan ianya tinggalan Imam besar seperti Imam Syazili, Imam Nawawi, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan para sahabat Nabi. 
Belajar pendidikan islam di sekolah biasa tiada amalan wajib yang membenteng diri mereka, akhlak, dan aqidah mereka melainkan bermain di sekitar kognitif menjurus ke arah peperiksaan semata-mata. Inilah kejayaan sekularis mencabut ruh daripada sistem pendidikan Islam. Pondoklah yang masih mengekalkan kaedah lama tradisi pembelajaran yang melibatkan kognitif, akal, jasmani dan latihan hati dan amalan yang menguatkan. Lantaran itulah anak-anak pondoklah yang pertama menyahut serun jihad Tok janggut, Takku Paloh dan Sheikh Abdul Samad Palembang memerangi penjajah.

Mujurlah ada Ikhwanul Muslimin yang menjelmakan hizib-hizib tariqat dalam, bentuk yang mudah dan ringkas iaitu wirid al Mathurat yang terkenal itu. Maka merasalah pelajar sekolah agama kerajaan membaca wirid pembenteng yang menguatkan rohani mereka. Inilah yang ditakuti musuh. Maka barat melabelkan Imam Al Banna sebagai pengganas dan wirid al Mathurat perlu diharamkan di Mesir. Akibatnya wirid ini menjadi siir suatu ketika. Dibawa masuk ke Malaysia dan kampus serta kolej-kolej. Kini banyak sekolah bukan agama menikmati nikmat beramal al Mathurat.

Barat tidak marah jika kita belajar agama. Yang dimarahinya adalah jika ada amalan kerohanian, latihan riadah jiwa, praktikal amali ilmu syariah dan penobatan undnag-udnang syariah secara total. Inilah yang dibenci Barat.

Kepada pihak kerajaan mohon telitilah pandangan majoriti dalam mengeluar kenyataan agar tidak mengguris hati para umat Islam yang mendokong nada selama ini. Hormatilah agama Islam agama rasmi Malaysia kerana umat Islam juga menerima ritual agama lain yang dilakukan di sekeliling kita hjari ini

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan