Pengikut

Nuffnang

Isnin, 8 Ogos 2016

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


PASTI TAMAN JENERIS BERSUKAN DI PANTAI MERDEKA

Posted: 07 Aug 2016 05:20 PM PDT

 PASTI TAMAN JENERIS BERSUKAN DI PANTAI MERDEKA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI -8 OGOS

PASTI Taman Jeneris Tikam Batu atau dikenali sebagai Pasti Al Hasanah telah menganjurkan majlis Hari Sukaneka PASTI AL Hasanah 6 Ogos yang lalu.

Program yang kali ini diadakan di Pantai Merdeka bukan sekadar mengujakan para ibu bapa dan murid PASTI malah menarik perhatian pengunjung pantai pada Sabtu lalu.

Menurut En Zakaria Bin Othman yang merupakan pengarah sukaneka tahun ini, penyertaan seramai 76 orang murid adalah suatu yang mengembirakan.

"Tujuan kami mengadakan di kawasan utama masyarakat ini adalah untuk memperomosi PASTI Negeri Kedah dan menunjukkan betapa elemen pendidikan PASTI menerapkan aspek jasmani secara menyeluruh.", jelas beliau.

Program yang bermula pada jam : 8.30 pagi  dan tamat pada jam  12.30 tengahari itu telah dirasmikan oleh Ust Subki bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah jawatankuasa PASTI Negeri Kedah.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan