Pengikut

Nuffnang

Khamis, 21 Julai 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kesukaran untuk parkir perlu diatasi segera di klinik kesihatan

Posted: 21 Jul 2016 06:20 PM PDT

Kesesakan di Klinik Tudan perlu diberi perhatian

MIRI – Kesesakan dan kesukaran untuk meletak kenderaan di klinik Tudan menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan rawatan.

Masalah meletak kenderaan di kawasan klinik Tudan ketika waktu kemuncak menyebabkan ramai pesakit terpaksa berjalan jauh dan menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Ramai pesakit yang mengadu masalah ini terutama mereka yang terpaksa berpuasa sebelum diberi rawatan terpaksa pula menunggu tempat untuk letak kenderaan mereka sebelum mendapatkan rawatan.

Pesakit  yang kurang upaya yang terpaksa berjalan kaki dan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit tersebut sekiranya mereka juga terpaksa menunggu peluang untuk mencari tempat letak kereta ditempat yang berdekatan dengan klinik. Ada yang terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan yang sudah tentu boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Untuk mengelak kesesakan dan kesukaran untuk meletak kenderaan kita sarankan agar pihak kerajaan boleh menyediakan bas pengangkutan ulang alik percuma kepada pesakit yang memerlukan rawatan dari kawasan Permy Mall atau kawasan sekitar Lutong  atau sekitar perumahan Tudan sebagai tempat mengambil pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ke klinik Tudan.

Mungkin ini cara yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan di kawasan klinik Tudan. Dengan adanya kemudahan bas pengangkutan ulang alik percuma ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kepada pesakit yang ingin mendapat rawatan di klinik tersebut.

Rakyat bukan saja menghadapi masalah kegawatan ekonomi yang semakin merundum sekarang bahkan mereka terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menampung pembelanjaan harian. Kerajaan perlu perihatin akan masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat memberi perhatian yang serius tentang masalah ini kerana perkara ini sudah lama dibangkitkan tetapi sehingga kini belum ada jalan penyelesaian.

Kerjasama dengan pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik Tudan dengan segera amat dihargai.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

Congestion at Tudan Clinic needs attention

MIRI – Congestion and difficulty of parking at Tudan clinics causes people had to wait that long to get treatment.

Parking problems in the area of Tudan clinic during peak hours causing many patients had to walk long distances and wait for long to get treatment.

Many patients who complain of this problem, especially those who had fasted before receiving treatment had to wait for a place to park their vehicles before treatment.

Disabled patients who had to walk and this can cause harm to the patient if they also had to wait for an opportunity to find a parking place near the clinic. Some are forced to park on the roadside which of course can cause traffic congestion.

To avoid congestion and parking difficulties we recommend that the government can provide free shuttle bus to the patient in need of treatment from Permy Mall area or the area around Lutong or around residential Tudan as a place to take patients seeking treatment to Tudan clinic.

This may be the best way to reduce congestion in Tudan clinic. With the availability of free bus shuttle this can indirectly reduce the burden on the patient wants to get treatment in the clinic.

People are not only facing a slowdown of the economy weakens even now they are forced to pay high costs to cover daily expenses. The government should be concerned about the problems faced by the people, especially the less fortunate.

We urge the government and those concerned can give serious attention on this issue because it has long been raised, but so far there has been no solution.

Cooperation with the government and those concerned to overcome congestion at Tudan clinics promptly is highly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan