Pengikut

Nuffnang

Khamis, 23 Jun 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Nasib Penghuni Rumah Usang Menanti Janji BN

Posted: 22 Jun 2016 11:44 PM PDT

Penghuni rumah usang memerlukan bantuan

MIRI – Masalah penduduk miskin dan mereka yang kurang berkemampuan untuk tinggal di rumah selesa dan selamat masih lagi jadi isu utama di bandaraya Miri. Walaupun Barisan Nasional (BN) Sarawak menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu tapi masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan bantuan.

Menurut penduduk yang ditemui ada wakil rakyat BN yang datang ke rumah mereka mengambil gambar serta maklumat keluarga tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

Salah seorang penduduk kampung di Pujut Padang Kerbau mengadu mereka sudah lama menanti janji pihak yang berkenaan untuk membaik pulih rumah pusaka ayah mereka yang sudah lebih 40 tahun.

Puan Noraini Hassan mengadu masalah mereka kepada pihak PAS agar masalah mereka dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mereka mengadu masalah rumah mereka yang sudah agak usang dan perlu dibaik pulih terutama dibahagian dapur. Keadaan dapur mereka sudah rosak teruk dimana lantai serta dinding dan atap sudah bocor.

Beliau tinggal bersama suami dan 6 orang anak berserta menantu dan 2 orang cucu. Dua daripada anaknya masih belum bersekolah sebab suaminya tiada mempunyai pendapatan tetap.  Disebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap mereka amat mengharap masalah rumah mereka ini dapat dibaiki sepenuhnya.

Mereka berharap pihak berkuasa dapat memberi bantuan membaik pulih rumah mereka itu dengan segera. Hari Raya Idul Fitri sudah hampir tiba dan keadaan rumah mereka juga tidak begitu selamat sekiranya terlalu ramai pengunjung datang pada musim perayaan ini.

Kita mengesa pihak jabatan kebajikan serta Baitulmal dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut terutama disaat mereka juga ingin merayakan hari raya Idul fitri tidak lama lagi.

Kita akan sentiasa turun padang dan cuba membantu mengatasi masalah rakyat tanpa mengira waktu.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

Occupants of dilapidated houses need help

MIRI – The problem of the poor and the less fortunate to live in a comfortable and safe home is still a major issue in Miri. Although the Barisan Nasional (BN) won big in the last general election but still cannot solve the problem of people who need help.

According to residents interviewed there are BN representatives who came to their house to take pictures and family information, but so far no action has been taken to help families who need help.

One of the villagers in Pujut Padang Kerbau complain they have long been waiting for the promise of the parties concerned to restore the ancestral home of their father, who has more than 40 years.

Puan Noraini Hassan complains their problems to PAS so that their problems can be addressed by the authorities. They complain that their home had been somewhat obsolete and need to be repaired, especially in the kitchen. Condition of their kitchen was badly damaged where the floor and wall and roof is leaking.

She lives with her husband and 6 children together with in-law and two grandchildren. Two of her children still do not attend school because her husband has no regular income. Because they do not have a steady income they are expecting their house problems can be repaired completely.

They hope the authorities can help repairing their homes immediately. Eid are around the corner and their home situation is not very safe if too many visitors come during the festive season.

We urge the welfare department and the Baitulmal could help ease the burden of the family, especially when they also want to celebrate Idul Fitri soon.

We will always down to the ground and try to help solve the problems of the people, regardless of time.
Cooperation with the parties concerned to resolve the people's problems immediately is much appreciated.










0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan