Pengikut

Nuffnang

Rabu, 4 Mei 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Masalah Rakyat Yang Sukar Mendapat Bantuan

Posted: 04 May 2016 03:27 PM PDT

Pesara kerajaan sukar mendapat bantuan kewangan


MIRI – Rumah seorang pesara kerajaan yang sudah lebih dua tahun terbiar kerana tidak dapat dibaik pulih akibat masalah kewangan.

Puan Siti Hawa seorang pesara kerajaan yang pernah berkhidmat di Jabatan Kesihatan Miri amat memerlukan bantuan membaik pulih rumahnya yang rosak akibat terbakar dua tahun yang lalu.

Beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan atau pinjaman kewangan dari bank dan institusi kewangan untuk membaik pulih rumahnya yang rosak akibat terbakar.

Suami beliau juga sakit dan beliau hanya mengharapkan anak-anaknya untuk membantu tetapi mereka juga mempunyai tanggungan sendiri. Kini mereka terpaksa tinggal bersama dengan anak-anak mereka dan mereka amat mengharap agar rumah mereka dapat dibina semula.

Anak-anak beliau juga berusaha untuk membantu ibu bapa mereka tetapi mereka juga tidak mampu untuk membuat pinjaman disebabkan mereka juga mempunyai tanggungan keluarga sendiri.

Disebabkan umur pesara ini melebihi 60 tahun memang sukar untuk pihak bank atau institusi kewangan meluluskan pinjaman.

Mereka sekeluarga sudah berusaha semaksima mungkin untuk mendapatkan bantuan tetapi usaha mereka gagal kerana tiada siapa yang sanggup untuk memberi pinjaman kepada mereka.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS agar masalah pesara kerajaan yang sukar untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah.

Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh pesara kerajaan ini kerana mereka juga adalah sebahagian dari bekas kakitangan kerajaan yang sudah menyumbang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Pihak kerajaan sepatutnya dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada bekas kakitangan mereka yang sudah bersara dengan memberi skim pinjaman yang berpatutan agar mereka tidak menghadapi masalah kewangan ketika menghadapi musibah.

Kita juga khuatir sekiranya mereka ini terdesak dengan membuat pinjaman dari 'Ah long' yang sudah tentu akan lebih menyusahkan lagi kehidupan mereka sekeluarga sekiranya mereka gagal membayar balik pinjaman itu nanti.

Kita sarankan kepada pihak pemerintah agar mereka yang sudah bersara dari jabatan kerajaan terutama kakitangan awam yang berpendapatan kecil dapat diberi bantuan sewajarnya terutama yang berhubung dengan masalah kewangan yang mereka hadapi setelah mereka tiada lagi punca pendapatan selain bergantung dengan wang pencen mereka.

Mereka ini amat mengharapkan bantuan untuk mendapat pinjaman atau sumbangan dari mereka yang dermawan agar rumah mereka yang sudah lama terbiar itu dapat dibina semula.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Pensioners difficult to get financial assistance

MIRI – The home of a government pensioner who has been more than two years idle because it cannot be repaired due to financial problems.

Mrs. Siti Hawa a government pensioner who has served in the Department of Health Miri urgently need help repairing her house which was damaged by fire two years ago.

She was difficult to get assistance or loans from banks and financial institutions to refurbish her house which were damaged by fire.

Her husband is also sick and she only hopes her children to help, but they also have personal liability. Now they had to live together with their children and they are expecting that their house can be rebuilt.

Her children are also trying to help their parents, but they also cannot afford to make loans because they also have their own family dependents.

Due to the age of the pensioners over 60 years is indeed difficult for the bank or financial institution to approve the loan.

The family had tried maximum possible to get assistance but their efforts failed because no one is willing to lend to them.

They complained this issue to the PAS so that the problem government pensioners which are difficult to obtain a loan or assistance should be given attention by the government.

We urge the government to pay attention to the problems faced by government pensioners because they also are part of the former government employees who have contributed in providing services to the public.

We also concerned that if they are desperate to make a loan of 'loan sharks' who of course will be more difficult the lives of their families if they fail to repay the loan later.

We suggest to the government that those who have retired from government departments, especially the civil servants who have low income can be provided with assistance, especially in relation to the financial problems they face after they no longer deriving income other than depend on their pensions.

They are expecting any help to get a loan or contribution from those generous so that their homes who had long abandoned it can be rebuilt. Cooperation with the parties concerned to resolve the people's problems is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan