Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 13 Mei 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kerana Pilih Pembangkang Jalan Pun Tidak Siap

Posted: 13 May 2016 05:56 PM PDT

Jalan kampung tidak dibina sepenuhnya kerana ideologi politik yang berbeza

MIRI – 'Tim Adenan' telah berjaya dengan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Sarawak yang lalu dan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem berjanji akan menjadi Ketua Menteri untuk semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga berjanji akan memberi tumpuan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar seperti membina jalanraya, elektrik dan bekalan air bersih. Antara kemudahan asas yang masih jadi isu penduduk luar bandar adalah jalan raya.

Walaupun ada peruntukan untuk membina jalan raya di kampung-kampung telah dilaksanakan tetapi masih lagi terdapat jalan kampung yang separuh siap atau tidak diberikan kepada penduduk kampung yang berlainan ideologi politik.

Sebagai sebuah parti yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat sepatutnya masalah ini tidak berlaku kerana semua rakyat berhak diberi kemudahan asas walaupun mereka tidak menyokong parti tertentu semasa  pilihan raya yang lalu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan dimana rakyat berhak memilih parti atau sesiapa saja sebagai sebuah kerajaan seharusnya tidak berlaku penindasan keatas rakyat yang berlainan ideologi politik.

Encik Ayup Kabul salah seorang penduduk kampung di Satap di DUN Lambir mengadu kepada pihak PAS yang  jalan ke rumahnya tidak dibina sedangkan jalan ke rumah jirannya siap diturap hingga ke halaman rumah mereka.

Apabila beliau bertanya kepada kontraktor yang membina jalan itu, katanya mereka menerima arahan dari ketua kampung  agar jalan ke rumahnya tidak boleh dibina sampai halaman rumah beliau sebab beliau menyokong pihak pembangkang.

Beliau juga berjumpa dengan ketua kampung untuk mendapatkan penjelasan tetapi jawaban yang diterima adalah atas arahan pihak tertentu. Beliau amat kecewa dengan sikap yang tidak demokratik yang diamalkan oleh pihak pemerintah yang diketuai oleh BN (Barisan Nasional) kerana tidak dapat berlaku adil kepada rakyat sendiri walaupun berlainan ideologi politik.

Sekarang kita ingin bertanya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baru dilantik mengapa perkara ini harus terjadi kepada rakyat Sarawak? Dia telah diberi peluang sepenggal lagi kuasa untuk memerintah Sarawak tetapi mengapa orang bawahannya tidak melaksanakan tugas dengan adil dan amanah kepada rakyat? Belum sampai sepenggal sudah menunjukkan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Mengapa rakyat Sarawak sendiri dianiaya disebabkan beliau menyokong pembangkang? Adakah menjadi satu kesalahan untuk rakyat untuk memilih parti pilihan mereka selain daripada BN? Jika ia menjadi satu kesalahan, mengapa perlu diadakan pilihan raya? Dimanakah hak anak jati Sarawak untuk memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umum lalu kalau rakyat sendiri pun tidak diberi kemudahan asas sedangkan apabila kerajaan mengutip cukai tidak pula ada pengecualian terhadap penyokong atau pembangkang?

Kita mengesa Tan Sri Datuk Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak boleh mengambil tindakan dan menegur sikap wakil rakyat yang baru dipilih dan ketua kaum yang tidak berlaku adil terhadap rakyat yang tinggal dalam kawasan mereka sendiri. Kerajaan baru Adenan Satem perlu berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak walaupun mereka tidak memilih parti BN tetapi hak mereka sebagai rakyat perlu dihormati.

Kita juga mengesa pihak kementerian yang berkaitan menyiasat perkara ini mengapa berlaku ketidakadilan dalam memberi peruntukan dan kemudahan asas kepada rakyat. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Village roads are not built entirely due to different political ideologies

MIRI – 'Adenan Team' has been brilliantly successful at the last Sarawak General Election and Pehin Sri Haji Adenan bin Satem promises to be the Chief Minister of Sarawak to all people regardless of race and religion.

He also promised to focus on basic facilities in the rural areas such as building the road, electricity and clean water supply. Among the amenities are still the issues of the rural population is the road.

Although there are provisions to build roads in the villages has been carried out but there is still a village road that partially completed or not provided to the residents of different political ideologies.

As a party who have been entrusted and the mandate by the people this problem should not happen because all the people have the right given basic facilities even if they do not support a particular party during the last election. As a country that practices constitutional democracy where the people have the right to choose the party or anyone else as a government should not happen oppression on the people of different political ideologies.

Mr. Ayup Kabul one of the villagers in Satap under Lambir constituency complained to the PAS a road to his house is not built whereas the road to a neighbor's house is paved till to their courtyard.

When he asked the contractor who built the road said they received instructions from village Headman that the road to his house cannot be built up to his home courtyard because he supported the opposition.

He also met with village Headman for clarification but responses received is the direction of a particular party.  He was very disappointed with the undemocratic attitude practiced by the government led by BN (Barisan Nasional) for not being able to do justice to its own people despite different political ideology.

Now we want to ask the newly appointed Chief Minister of Sarawak why this should happen to the people of Sarawak? He was given the opportunity to another term in power to rule Sarawak but why his subordinates did not carry out their duties fairly and trust to the people? Not less than a term already shows injustice in government.

Why Sarawakians themselves are persecuted due to he supported the opposition? Is it a crime for the people to choose the party of their choice other than BN? If it is an offense, why should be held the elections? Where are the rights of Sarawak natives to elect a new government in the last general election when its own people were denied basic amenities while when the government collects neither taxes nor are there an exception to the supporters or the opposition?

We urge Tan Sri Datuk Adenan Satem as Sarawak Chief Minister can take action and reprove the attitude of the newly elected representatives and community leaders who do not do justice to the people who live in their own areas. Adenan Satem new government must be fair to all Sarawakians even if they did not vote the BN but their rights as the people should be respected.

We also urge the relevant ministries to investigate this matter why occur injustice in the provision and basic facilities to the people. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan