Pengikut

Nuffnang

Isnin, 2 Mei 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Usahawan Kecil Bumiputera Terpinggir

Posted: 02 May 2016 02:24 AM PDT

Usahawan kecil sukar mendapat bantuan dari kerajaan

MIRI – Seorang usahawan kecil memohon bantuan dari pihak kerajaan agar dapat membina premis perniagaan untuk memudahkan beliau menjual hasil perniagaannya.

Kesukaran untuk memohon premis untuk bengkel memproses makanan ringan dan kuih tradisional telah menyebabkan Pn Hadiah Binti Hj. Ghani seorang ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengadu masalah ini kepada pihak PAS.

Menurut beliau, sudah tujuh tahun beliau menanti permohonan beliau agar diluluskan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Sudah banyak kali beliau memohon agar pihak yang berkenaan memberi perhatian dengan masalah yang beliau hadapi tetapi semua itu tidak diberi perhatian samaada oleh parti beliau dan juga agensi yang berkaitan.

Beliau yang banyak bergantung dengan hasil jualan kecil-kecilan mengadu masalah ini kepada pihak PAS agar dapat menyuara masalahnya kepada pihak yang berkenaan untuk diberi perhatian.

Beliau amat mengharap dengan adanya bengkel memproses makanan ringan dan kuih tradisional itu nanti dapat meningkat pendapatan keluarga beliau dan ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi para usahawan kecil seperti beliau.

Kita mengesa pihak Agensi Pelaksana program dapat menyelesaikan masalah Pn Hadiah Hj. Ghani dengan segera dan meluluskan pemohonan beliau yang sudah sekian lama tertangguh.

Pihak kerajaan sepatutnya dapat memberi bantuan ini dengan sewajarnya kepada pihak yang amat memerlukan bantuan. PAS tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sedia membantu  menyuarakan masalah rakyat kepada agensi yang berkaitan agar masalah mereka diberi perhatian dengan sewajarnya.

Kerjasama dengan pihak agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan seperti yang dipohon dapat diproses dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Small entrepreneurs had difficulty getting assistance from the government

MIRI – A small entrepreneurs apply for aid from the government in order to build business premises to help her and market its business.

Difficulties to apply for the workshop premises processed snacks and traditional cakes have caused Mrs Hadiah Binti Hj. Ghani, a member of Parti Bumiputera Bersatu (PBB) complained this problem to the PAS.

According to her, already seven years she waited her application to be approved, but so far no action has been taken by the parties concerned.

Had many times she applied to the relevant authorities to pay attention with the problem she faced but they did not pay attention either by her party as well as relevant agencies.

She is heavily dependent on small-scale sales revenue had complained this issue to the PAS to be able to voice the problem to the relevant authorities for consideration.

She is hoping the existence of workshop processing a light snack and traditional cakes that later can increase her household income and indirectly to generate income for small entrepreneurs like her.

We urge the Implementing Agency program that can solve the problem of Mrs Hadiah Hj. Ghani immediately and approve her application that has long been overdue.

The government should be able to help with due regard to whom urgently need help. PAS regardless of race, religion and political affiliation willing to help articulate the people's problems to the relevant agencies so that their problems to be addressed accordingly.

In collaboration with the relevant government agencies to deliver assistance as requested it can be processed immediately is highly appreciated.




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan