Pengikut

Nuffnang

Rabu, 27 April 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Pesakit Kanser Sukar Mendapatkan Bantuan Akibat Kos Perubatan Tinggi

Posted: 27 Apr 2016 09:37 AM PDT

Pesakit menghidap kanser rahim tahap dua mohon bantuan segera

MIRI – Seorang pesakit kanser rahim tahap kedua yang tinggal di Pujut Adong 1A Miri memohon bantuan untuk kos perubatan beliau ke Kuching. Puan Nancy Bili yang berumur hampir 53 tahun telah dikesan mengalami kanser ini beberapa bulan yang lalu. Menurut anaknya, ibunya mengalami masalah ini ketika balik dari bekerja membantu suaminya memotong rumput.

Mereka menghantar Pn Nancy ke hospital umum Miri untuk pemeriksaan lanjut dan selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsy.

Sejak dari itulah dia tidak dapat membantu suaminya bekerja sebagai pemotong rumput. Suaminya hanya mengharap agar pihak berkuasa dapat membantu isterinya saja kerana dia tidak mampu menanggung kos untuk perubatan di Kuching.

Mereka pernah memohon bantuan E-Kasih tetapi tiada sebarang jawaban hingga kini. Mereka sekeluarga juga menyewa rumah tepi sungai Adong dan mereka amat mengharap ada pihak yang sudi membantu
meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS ketika melakukan lawatan ke Kampung Pujut Adong baru-baru ini. PAS berusaha untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada. Sepatutnya pihak berkuasa dan badan kebajikan serta Baitulmal boleh membantu mereka dengan memberi bantuan bulanan atau membayar kos perubatan dia sehingga sembuh.

Kita mengesa pihak berkuasa dapat segera memberi bantuan kepada keluarga Pn Nancy ini memandangkan mereka adalah dari golongan yang kurang berkemampuan untuk menganggung kos perubatan yang terlalu tinggi untuk golongan berpendapatan tidak tetap.

Keluarga Pn Nancy amat mengharap pihak berkuasa dan badan kebajikan dapat membantu mereka menanggung kos perubatannya hingga sembuh. Kita mendoakan agar penyakit yang dialami oleh Pn Nancy akan diubati dengan segera.

Hospital umum Miri juga tidak mempunyai kelengkapan yang terbaik untuk menangani masalah kanser. Kebanyakan pesakit kanser terpaksa diterbangkan ke Kuching dengan menunggu giliran untuk diperiksa.

Masalah ini sudah lama diadukan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tanda masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Kos perubatan yang tinggi juga menyebabkan rakyat miskin terus menderita kerana tidak mampu untuk membayarkannya.

Kita mengesa sekali lagi agar pihak berkuasa perlu melihat masalah pesakit kanser ini dengan serius agar masalah yang mereka hadapi dapat ditangani sebaik mungkin. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Patients with cervical cancer stage two seek immediate help

MIRI – A second stage cervical cancer patients living in Pujut Adong 1A Miri apply for assistance for her medical costs to Kuching. Mrs. Nancy Bili, aged almost 53, was diagnosed with cancer a few months ago. According to her daughter, her mother experienced this problem when returning from assisted her husband mowing the lawn.

They sent Mrs. Nancy to Miri general hospital for further examination and after making an ultrasound scan examination, doctors found a change in the lining of the uterus that cause she had to undergo a biopsy.

Since then she could not help her husband works as a lawn mower. Her husband only hopes that the authorities can help his wife only because he was not able to bear the cost of the medicine in Kuching.

They had applied for E-Kasih assistance but there was no answer until now. The family also rented a house by the river Adong and they are hoping that there are those who are willing to help reduce the burden of their dependents.

They complained this issue to the PAS during a visit to Kampung Pujut Adong recently. PAS is trying to help them merely existing capabilities. Supposed the authorities and charities as well as the Baitulmal can help them by giving monthly assistance or pay their medical costs until healed.

We urge the authorities to immediately provide assistance to the family of Mrs. Nancy since they are among those who cannot afford to bear the medical costs that are too high for those without fixed income.

Mrs. Nancy family was hoping the authorities and charities to help them bear the cost of her medical until heal. We pray that the illness suffered by Mrs. Nancy will be cured immediately.

Miri General Hospital also does not have the best equipment to deal with cancer. Most of the cancer patients had to be flown to Kuching to wait their turn to be examined.

This problem has long been complained to the authorities but no sign of this problem will be resolved in the near future. High medical costs also causes of the poor continue to suffer from not being able to pay it.

We urge once again that the authorities should look at the problems of cancer patients with serious so that their problems can be addressed as soon as possible. Cooperation with the authorities to provide the best service to the people is very much appreciated.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan