Pengikut

Nuffnang

Rabu, 23 Mac 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


PAS Bersedia Bekerjasama Dengan NGO Sarawak

Posted: 22 Mar 2016 10:34 PM PDT

PAS bersedia bekerjasama dengan NGO untuk kemuka Manifesto Untuk Rakyat


PAS menerima baik cadangan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk Rakyat seperti yang dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) dan Jaringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak (TAHABAS).

Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Gerakan Dayak Sarawak (GASAK) dan Integrated Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (IDEAL).

PAS Sarawak bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang ingin mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada pihak pemerintah. Kebanyakan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), isu demokrasi dan sebagainya memang antara isu yang diperjuangkan PAS selama ini.

PAS sentiasa terbuka dan bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

PAS Sarawak akan bekerjasama dengan NGO berkenaan untuk membuktikan yang PAS memang berjuang untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan kerjasama ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat yang berbilang etnik di negara ini terutama di Sarawak. PAS menanti pelawaan semua NGO yang bersedia bekerjasama untuk kepentingan semua rakyat Sarawak.

Dengan adanya kerjasama ini akan membolehkan semua pihak dapat mengemukakan masalah rakyat kepada pihak pemerintah dengan lebih berkesan lagi.


Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

PAS is willing to work with NGOs to come forward Manifesto for the People

PAS accepts the proposal of 15 non-governmental organizations (NGOs) to submit the Manifesto for the People as reported in local media recently.

Among the NGOs that joined submit manifesto is Save Rivers, Indigenous Peoples Network of Malaysia (JOAS), Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) and the Sarawak Native Customary Rights Land (TAHABAS).

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Non-Timber Forest Products Malaysia (NTFP), Sarawak Dayak Association (spicy), Movement Dayak Sarawak (fight) and Integrated Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (IDEAL).

Sarawak PAS is willing to work with 15 non-governmental organizations (NGOs) who want to submit this Manifesto for the People (MUR) to the government. Many issues such as cost of living, Native Customary Rights (NCR), the issue of democracy and so on indeed some of the issues advocated by PAS all this while.

PAS is always open and willing to cooperate with NGOs that fight for the fate of the people. PAS will meet with the parties concerned in case they need their MUR highlighted during the state election (PRN) later.

Sarawak PAS will work with NGOs to prove that PAS indeed fighting for all the races all this while, regardless of race and religion. With this cooperation will definitely be fruitful for the people of various ethnic groups in the country, especially in Sarawak. PAS awaits invitation all NGOs that are willing to work together for the interests of all the people of Sarawak.

With this corporation will enable all parties can put forward problems of the people to the government more effectively.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan