Pengikut

Nuffnang

Ahad, 27 Mac 2016

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

Posted: 27 Mar 2016 07:11 AM PDT

400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI- 27 MAC

Pemuda PAS Sungai Petani terus mendekati dan bersama kegiatan anak muda melalui aktiviti futsal dan ini ditunjukkan dengan penerusan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani kelmarin 26 Mac 2016.

Kejohanan yang dihadiri hampir 400 orang peserta dan penyokong berlangsung bermula jam 9 pg hingga 4 ptg bertempat di gelanggang futsal Northen Futsal Sungai Petani.






Saudara Ibrahim Saad selaku pengarah program mewakili Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan rasa terkejut dan bersyukur atas sokongan dan penyertaan diluar jangkaan di kalangan anak muda cawangan PAS.

" Walaupun hadiah bagi johan piala ini mungkin kurang bernilai di mata masyarakat iaitu hanya RM 250 untuk tempat pertama selain voucer makan, piala pusiangan dan medal, namun penyertaan dari 26 pasukan dari cawangan-cawangan PAS menunjukkan belia dan anak muda masih ingin bersama PAS dan percaya PAS komited bersama mereka dalam hal rekreasi, kesihatan dan budaya positif", jelas Ibrahim kelmarin.

Tempat pertama dimenangani oleh pasukan dari Lubuk Saga, diikuti pasukan Pantai Prai dan tempat ketiga pasukan Teluk Wang.

Kejohanan ini yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim telah diwakili oleh saudara Izwan Ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.

Kelihatan turut hadir adalah YB Siti Aisyah Abd Ghani yang menyaksikaan anak beliau beraksi bagi pihak pasukan Lubuk Saga dan juga Pengarah Majlis Tindakan DUN PAS Sidam Haji Mohd Isa.

Pasukan yang menang bakal mewakili Sungai Petani ke kejohanan Futsal Pemuda PAS peringkat negeri Kedah akan datang.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan