Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 6 Februari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Gong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina

Posted: 06 Feb 2016 03:15 PM PST

Pupukkan perpaduan antara kaum dan agama dalam sambutan Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut ketika keadaan ekonomi seluruh negara menghadapi keadaan yang gawat. Menurut kalendar lunar Cina pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet atau Kera ialah bintang haiwan yang kesembilan dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.

Malaysia sentiasa memberi peluang kepada setiap penganutnya merayakan setiap perayaan keagamaan dan kebudayaan masing-masing setiap tahun tanpa sebaranga halangan.

Adalah harapan setiap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di dalam negara ini dapat menyambut perayaan Tahun Baru dalam keadaan harmoni disamping hormat menghormati antara satu sama lain.

Dengan adanya kefahaman kebudayaan serta adat resam sesuatu bangsa dan agama dapat memberi peluang kepada setiap masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam negara ini dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih baik lagi.

Di Sarawak masyarakat yang berbilang bangsa dan suku kaum serta yang berbilang agama dapat hidup dalam harmoni tanpa sebarang masalah. Perkara ini patut dikekalkan agar rakyat Malaysia sentiasa menghormati adat dan budaya masing-masing tanpa ada sebarang perasaan prajudis.

Negara akan aman apabila kita dapat mengenal budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan baik. Ianya juga dapat mengelak kita dari salah faham dan ini akan dapat memupuk perpaduan antara kaum dan agama.

Semoga hubungan antara kaum dan agama dalam negara kita akan terus dipelihara. Kita dapat hidup aman dan harmoni dari segala perasaan buruk sangka dan ancaman dari anasir jahat dari luar yang ingin merosakkan perhubungan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Dalam Islam sendiri kita diajar menghormati kepercayaan penganut agama masing-masing dan dilarang menceroboh atau merosakkan tempat peribadatan agama lain.  Islam adalah agama kesejahteraan dan melarang umatnya bersikap melampau.

Kepada mereka yang bercuti dan balik kampung, berhati-hati ketika memandu semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru terutama kepada seluruh masyarakat Cina dalam negara ini agar hubungan antara kaum dan agama dapat dipupuk dengan lebih rapat dan harmoni lagi tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Selamat Tahun Baru Cina. 
Gong Xi Fa Chai

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Tied together and unity between race and religion in the celebration of Chinese New Year

This year Chinese New Year is celebrated when the economic situation throughout the country is facing a serious situation. According to the Chinese lunar calendar this year is the year of the monkey. Monkey is the ninth animal star in a cycle of 12 animals of the Chinese zodiac.

Malaysia has always given the opportunity to every believer celebrated every festival of religious and cultural each year without any obstacles.

It is the hope of every layer of a multi-racial society and religion in this country can celebrate the New Year in harmony besides respecting each other.

In Sarawak people of different races and ethnic and multi-religious can live in harmony without any problems. This should be maintained so that Malaysians will always respect the customs and culture of each other without any feelings of prejudice.

The country will be peaceful when we can get to know the culture and customs of a people well. It can also prevent us from misconceptions and will be able to foster unity among races and religions.

Hopefully the relationship between race and religion in our country will continue to be maintained. We can live in peace and harmony of all feelings of suspicion and threat of evil elements from outside who want to damage the relationship between race and religion in this country.

In Islam we are taught to respect the religious beliefs of each and banned from trespassing or damaging places of worship of other religions. Islam is a religion of peace and forbids its followers to be extreme.

To those who on vacation and return home, take care while driving may safely reach their respective destinations.

Sarawak PAS would like to take this opportunity to wish you a Happy New Year to all, especially the Chinese community in this country so that the relationship between race and religion fostered closer and more harmonious regardless of their political affiliation.

Happy Chinese New Year 
Gong Xi Fa Chai

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan