Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 19 Februari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Pelaburan KWSP Bercampur Halal dan Haram?

Posted: 19 Feb 2016 05:11 PM PST

Bebaskan KWSP dari pelaburan yang tidak patuh syariah (Riba)

Menurut laporan Akhbar Harian baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan melancarkan dana patuh Syariah sepenuhnya pada Januari 2017 sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh Syariah sepenuhnya. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Abd Latif, berkata saiz awal dana itu dijangkakan antara RM100 bilion dan RM120 bilion. "Dana itu akan berasaskan 'siapa cepat dia dapat' kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang.  "Kami menyasar kurang daripada RM120 bilion. Ia hanya anggaran," katanya kepada pemberita pada taklimat media baru-baru ini.

Memang ini satu berita yang baik bagi pencarum Muslim yang ada simpanan dalam KWSP tetapi masalahnya sekarang ini mengapa ianya terhad dan tidak secara menyeluruh. Umat Islam yang sudah sekian lama mencarum dan melabur dalam KWSP amat terkejut mengetahui statistik pelaburan aset KWSP setakat 31 Disember 2014 yang 60% tidak patuh Syariah.

Umat Islam amat bimbang hasil pendapatan mereka bercampur dengan pelaburan yang tidak patuh syariah. Selama ini mereka fikir pelaburan KWSP bebas dari unsur-unsur pelaburan yang tidak patuh syariah.

Baru-baru ini juga kerajaan telah memberi pilihan kepada pencarum untuk memilih samaada mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8% caruman kepada KWSP. Ada yang berpandangan bahawa haram dan berdosa memilih caruman 11% setelah KWSP membuat penawaran PILIHAN antara mengekalkan 11% atau mengurangkannya kepada 8%, maka ruang untuk MEMILIH wujud pada setiap pencarum Muslim.

Di sini kita siarkan pandangan pihak tersebut yang mengatakan ada dua implikasi:

Pertama: Jika kita sebagai pencarum Muslim memilih untuk mengekalkan caruman kepada 11%, maka ruang pelaburan dana caruman terhadap instrumen yang tidak patuh syariah adalah lebih besar dan dibuat atas dasar pilihan kita sendiri. Maka, pilihan sebegini dianggap kurang menepati sifat wara' dan taqwa seorang Muslim kerana membiarkan ruang pelaburan kepada instrumen tidak patuh syariah lebih besar.

Kedua: Jika pencarum memilih untuk menukar kepada jumlah caruman 8%, maka ruang pelaburan di instrumen tidak patuh syariah secara amnya telah berkurangan sebanyak 3% (11%-8% = 3%). Ini adalah kerana kita berkuasa dan dibenarkan untuk MEMILIH jumlah caruman. Maka pilihan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid Syariah (antaranya menjaga harta dari kebinasaan dan sumber haram) dan mengurangi risiko pelaburan lebih banyak dibuat menerusi instrumen tidak patuh syariah.

Justeru, pilihan ini adalah lebih aslam (selamat) dan sesuai dengan kedudukan individu Muslim yang mementingkan urusan kewangannya sentiasa menepati atau menghampiri kepatuhan terhadap syariah. Jadi lebihan 3% dari gaji bulanan telah terselamat dari pelaburan yang berisiko haram di KWSP dan kita berpeluang menggunakannya (kerana ia akan kekal dalam gaji bulanan yang diterima setiap bulan) samada untuk disimpan atau dilaburkan ke instrumen lain yang patuh syariah atas pilihan masing-masing.

Itu  menurut pandangan seorang Eksekutif Kanan Unit Dakwah dan Pemasaran Khas AJK Teknikal Syariah PPZ MAIWP.

Kalau ianya HARAM, mengapa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak bersuara melarang umat Islam dari terus menyimpan dan melabur ke dalam KWSP. Mereka harus berani mengeluarkan fatwa melarang umat Islam dari terus terjerumus dalam perkara yang jelas Haram di sisi syariat Islam.
Persoalan: Adakah KWSP dapat memberi jaminan bahawa pelaburan patuh syariah 100% apabila pencarum memilih 8%? Pandangan yang mengatakan menukar kepada 8% adalah lebih menepati kepada Maqasid Syariah hujahnya kurang kuat kerana ianya masih lagi bercampur dengan pelaburan tidak patuh syariah. Mengapa tidak mendesak KWSP melabur 100% patuh syariah agar tiada lagi unsur riba?

Ramai pencarum Muslim musykil dengan masalah pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah sehingga menyebabkan hasil pendapatan mereka dalam KWSP bercampur dengan perkara syubhah ( tidak jelas halal atau haramnya).

Kami menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai peraturan mencarum dan menerima dividen daripada keuntungan pelaburan di KWSP. Bolehkah dikatakan bahawa keadaan darurat bagi umat Islam untuk mencarum dalam KWSP sedangkan majoriti pengurusan atasan terdiri daripada orang Islam.

Sebagai seorang Muslim sepatutnya perkara ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan KWSP untuk membersihkan unsur-unsur riba dari hasil pelaburan KWSP agar pendapatan pencarum umat Islam tidak dicemari oleh unsur-unsur yang dilarang dalam syariat Islam.

Majoriti pencarum sangat berharap dapat mengekalkan 11% kerana  hasil dividen dan juga simpanan pencarum akan meningkat kalau dibandingkan hanya 8%. Walaupun dipotong 3% untuk menambah pendapatan bulanan tetapi pada setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan cukai pendapatan yang lebih keatas pencarum. Ini bermakna adalah lebih baik mengekalkan caruman 11% dalam KWSP dari mengurangkan 3% untuk bayaran cukai pendapatan.

Kita juga mengesa pihak KWSP mengasingkan pelaburan pencarum Muslim dengan bukan Muslim untuk mengelak dari termakan hasil riba yang dilarang dalam agama Islam. Dengan mengambil pendekatan "pengasingan" ini, tidak akan timbul isu 11% atau 8%, kerana pelaburan pencarum Muslim akan dilabur mengikut instrumen patuh syariah 100%.  Bagi yang bukan Islam juga tidak perlu bimbang kerana mereka bebas memilih pelaburan yang mereka yakini boleh memberi keuntungan kepada pelaburan mereka.

Dengan pengasingan pelaburan itu nanti sekurang-kurangnya simpanan umat Islam dalam pelaburan KWSP bebas dari pelaburan tidak patuh syariah. Mereka boleh membayar zakat pendapatan setelah mereka mengeluarkan semua simpanan dari caruman mereka setelah mencapai usia 55 tahun.

Bagi umat Islam yang telah mencarum sekian lama sudah tentu mereka mahu hasil pendapatan mereka bersih dari riba. Sekiranya simpanan umat Islam  dalam KWSP terpaksa dipotong dari hasil riba sudah tentu simpanan mereka selama ini akan berkurangan untuk membersihkan pendapatan dari riba. Sedang yang bukan Islam mendapat hasil simpanan yang penuh berbanding dengan umat Islam melainkan umat Islam tersebut tidak ambil peduli tentang hasil pelaburan mereka. Pihak KWSP seharusnya memikirkan masalah ini sekiranya mereka ingin umat Islam patuh dengan syariah dan bebas dari riba.

Harap masalah ini dapat diberi perhatian oleh pihak KWSP dan juga pihak berkuasa untuk mengelakkan pencarum Muslim terlibat dengan riba. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Exempt EPF from investments which is not comply with shariah (Usury)

According to the Daily Press reports recently, the Employees Provident Fund (EPF) is expected to launch a fully Shariah compliant funds in January 2017 as an option for contributors who are interested in converting their savings to fully Shariah-compliant status.  Deputy Chief Executive Officer (Investment), Datuk Mohamad Nasir Abd Latif, said the initial size of the fund is expected to be between RM100 billion and RM120 billion. "The fund will be based on 'first come first serve' because I do not think we can accommodate everyone." We are targeting less than RM120 billion. It's just the budget, "he told reporters at a media briefing recently.
 
It is good news for the Muslim contributors who have savings in the EPF but the problem now is why it is limited and not comprehensive. The Muslims who have long been contributing and investing in the Fund are surprised to find out investment statistics of the EPF assets as at December 31, 2014 of which 60% is non Shariah-compliant.

The Muslims are concerned, their incomes mixed with investment of Shariah non-compliant. All this while they think EPF investments is free from elements that are Shariah non-compliant investments.

Recently, the government has also given the option to contributors to choose whether to retain 11% or reduce it to 8% contribution to the EPF. There is a view that illicit and sinful choose 11% after EPF contributions made offerings CHOICE between retaining 11% or reduce it to 8%, then the space to CHOOSE exist on every Muslim contributors.

Here we publish the views of those who say there are two implications:

First: If we as Muslim contributors decided to maintain the contribution to 11%, then the space investment of contributions to Shariah non-compliant instruments are larger and are made on the basis of our own choice.

Second: If the contributor chooses to convert to a total contribution of 8%, then the freedom investment in instruments Shariah non-compliant generally have decreased by 3% (11% -8% = 3%). This is because we are able and allowed to CHOOSE total contributions. The option to switch to 8% is more faithful to the concept of shariah (which keep the property from destruction and illegal sources) and reduce the risk of further investment is made through Shariah non-compliant instruments.

Thus, this option is more aslam (safe) and in accordance with the position of Muslim individuals who are concerned with the financial arrangements always meet or approaching adherence to shariah. So a surplus of 3% of their salaries has survived from risky investments in EPF illicit and we have a chance to use it (as it will remain in the monthly salary received per month) for either saved or invested to other Sharia-compliant instruments of their choice.

This is the view of a senior executive Da'wah Unit and the Special Committee of Technical Marketing of PPZ Sharia MAIWP.

If it HARAM, why the National Fatwa Committee voiceless prohibits Muslims from continuing to save and invest in the Fund. They must have the guts to issue a fatwa banning Muslims from further fall in which clearly Haram on the side of the Islamic Shari'a.

Question: Will EPF be assured that Sharia-compliant investment 100% if the contributor chooses 8%? The views that change to 8% are more faithful to the concept of syariah is less strong argument because it is still mixed with Shariah non-compliant investments. Why not urge EPF invest 100% Shariah-compliant so there is no element of usury?

Many Muslim contributors abstruse with the problem of EPF investments that are Shariah non-compliant, that causing results of their income in EPF Mixed with the syubhah (no clear halal or haram).

We urge the National Fatwa Council issued a fatwa about regulation contribute and receive dividends from the profits of the investment in the EPF. Can it be said that state of emergency for Muslims to contribute in EPF while the majority of top management consists of Muslims.

As a Muslim should this matter be given due attention by the management of EPF to clean the elements of usury of the Fund's investment income so that Muslim contributors are not mixed by elements that are forbidden in Islamic law.

The majority of contributors are hoping to retain 11% as yield of dividend and also savings of contributors will increase if compared to only 8%. Although cut 3% to increase monthly income but every year the Inland Revenue Board (IRB) will impose income taxes on the contributors. This means that it is better to maintain the contribution of 11% in EPF than reducing 3% for the payment of income tax.

We also urged the EPF segregate Muslim contributor's investment with non-Muslims to refrain from ingestion of usury which is forbidden in Islam. By taking the approach of "seclusion" this will not issue of 11% or 8%, because Muslim contributors investment will be invested in accordance with Shariah-compliant instruments 100%. For non-Muslims also do not have to worry because they are free to choose the investment that they believe may give a profit to their investment.

With the separation of the investment will at least Muslims savings in the EPF investments are free from the investment of non Shariah-compliant. They can pay tithe after they withdrew all of their contributions after reaching the age of 55 years.

For Muslims who have contributed for so long of course they want their income net from usury.
Should savings of Muslims in EPF had to be cut from yield usury of course their savings all this while will be reduced to clean the income of usury. While non-Muslims get the full savings compared with the Muslims unless the Muslims are really do not care about the results of their investment. The EPF should think about this issue if they want the Muslims compliant with shariah and free from usury.

Hope that this problem can be addressed by the EPF and the authorities to prevent the Muslim contributors involved in usury. Cooperation with the relevant authorities to resolve this issue immediately is much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan