Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 12 Februari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kerajaan Persekutuan diminta Iktiraf UEC dan Memartabatkan STAM

Posted: 11 Feb 2016 09:47 PM PST

Iktiraf UEC dan Memartabatkan STAM
Kerajaan persekutuan (Kementerian Pelajaran) sepatutnya mengembalikan 'Kuasa Autonomi' berhubung dengan pelajaran kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam perkara asas Pembentukan Malaysia dalam Perkara 15: Pelajaran "Sistem pendidikan yang sedia ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri".

Sarawak perlu diberi kuasa autonomi dalam bidang pelajaran di mana kerajaan Sarawak boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran. Pelajar zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan berbagai bidang kemahiran atau kepakaran untuk masa depan mereka.

Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
Usaha berterusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dalam memastikan UEC diterima sewajarnya diberi pujian. Biarpun tidak mendapat pengikitirafan dari Kerajaan BN peringkat persekutuan, sikap konsisten Ketua Menteri Sarawak dalam perkara autonomi pendidikan diharap memberi manfaat pada rakyat Sarawak keseluruhannya.

Kementerian Pendidikan Tinggi kekal dengan keputusan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke universiti awam.

Walaupun kerajaan persekutuan tidak mengiktirafkan UEC, menurut Ketua Menteri, UEC yang ditawarkan oleh sekolah persendirian Cina di negeri ini telah diterima oleh universiti swasta termasuk Swinburne Universitiy of Technology, Curtin University selain universiti luar negara. Bagaimanapun tegasnya hanya universiti awam di Malaysia sahaja yang tidak memberi pengiktirafan kepada UEC.

Di peringkat negeri Selangor dibawah kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh, Universiti Selangor (Unisel) yang merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina mulai tahun 2016 ini.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius. "Statistik menunjukkan bahawa seramai 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun," kata Azmin semasa membentangkan bajet di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi lalu. Sesungguhnya, peranan besar yang dimainkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan haruslah diiktiraf.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Disamping pendidikan akedemik, dalam masa yang sama PAS juga menyeru pendidikan Islam juga haruslah dimartabatkan. Usaha Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud sebelum ini dalam penawaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud seharusnya diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang.

Sekolah ini menjadi sekolah luar bandar pertama di Sarawak menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada pelajarnya. Ini merupakan satu proses transformasi pendidikan yang diperkenalkan bagi membolehkan pelajar sekolah di Sarawak mendapat Sijil tersebut dalam negeri sendiri.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya.

Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam. STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang seragam dan diiktiraf di dalam dan luar negara.

STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.

Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ianya bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Secara ringkas antara kelebihan STAM
-STAM hampir setaraf dengan STPM sebab kerajaan / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iktiraf STAM setaraf STPM
- Tempoh pengajian lebih pendek iaitu setahun
- Bilangan kursus yang ditawarkan banyak meliputi IPTA, UIA, UKM, UM, USIM, UUM, dan UDM.
- Tidak terhad pada kursus agama semata, boleh masuk kursus Sains Sosial & Kemanusiaan eg: Sains Politik, Komunikasi Mass Media, Sejarah, Antropologi etc (UKM,UIA), Undang-undang -LLB (USIM,UDM), Ekonomi (UDM,USIM), Perbankan dan Kewangan (UUM) dan Pengajian Islam (UIA,UKM,UM,UDM), Keusahawanan (UMK) dan lain-lain kursus kesenian.
-Boleh pergi Al-Azhar Mesir.
-Yuran dan Kos pengajian yang murah (yuran sekolah)

Pelajaran agama juga amat penting untuk rakyat Sarawak terutama kepada golongan muda Muslim yang masih memerlukan bimbingan antara kepentingan keduniaan dan akhirat.

Kesimpulannya, dengan kuasa autonomi pendidikan ini, PAS mengesa pengiktirafan UEC yang diusahakan oleh Ketua Menteri Sarawak diteruskan disamping pengukuhan pendidikan Islam di Sarawak dengan penambahbaikan STAM di sekolah terpilih. Pendidikan yang berkualiti akan menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kita mengharapkan agar Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk memastikan pendidikan Islam terjamin dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Mereka yang mempunyai pendidikan agama bukan semata-mata untuk keagamaan saja tapi ianya merangkumi pendidikan akademik dan professional. Maka sewajar diberi pengiktirafan oleh kerajaan Sarawak untuk keseimbangan antara keduniaan dan akhirat.

Usaha Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem untuk mendapatkan kuasa autonomi dari kerajaan persekutuan adalah satu usaha yang patut diberi sokongan. Kita tidak mahu kuasa autonomi itu nanti disalahgunakan oleh pihak tertentu yang ada kepentingan yang akan menyusahkan kehidupan rakyat tempatan yang masih memerlukan kemudahan asas dan juga hak milik tanah sendiri dari dicerobohi atau diambil alih oleh mereka yang berkuasa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Recognize UEC and Elevating the STAM
The federal government (Ministry of Education) should return the 'Power of Autonomy' in relation to the education to Sarawak as enshrined in the basic formation of Malaysia in Article 15: Education "of the existing education system should be maintained under the control of the state government."

Sarawak should be granted autonomy in education where the state government can improve student performance in various skills. Students today need to prepare themselves with a variety of skills or expertise for their future.

Unified Examination Certificate (UEC)
Continuous efforts of Sarawak Chief Minister Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem in ensuring acceptable of UEC should be praised. Despite not getting recognition from BN federal government, Sarawak Chief Minister's consistent stance in the autonomy of education matters is hopefully benefited to the people of Sarawak.

Ministry of Higher Education remains the decision not to recognize the Unified Examination Certificate (UEC) for the purpose of admission to public universities.

Although the federal government does not recognize UEC, according to the Chief Minister, UEC offered by private Chinese schools in the state have been accepted by the private universities including Swinburne University of Technology, Curtin University besides foreign universities. But he said only public university in Malaysia alone not give recognition to UEC.

At the level of the state government under Pakatan Rakyat for example, University Selangor (Unisel) which is a wholly-owned state university will recognize the Unified Examination Certificate (UEC) of Chinese independent secondary schools began in 2016.

Selangor Menteri Besar Azmin Ali said the move was aimed at addressing the problem of brain drain an increasingly serious. "Statistics show that a total of 3,000 students graduated with UEC every year," Azmin said when tabling the budget at the State Legislative Assembly (DUN) in the last session. Indeed, the role played by the Chinese schools in developing human capital must be recognized.

Malaysia Higher Certificate of Religious (STAM)
Besides academic education, at the same time PAS also called on Islamic education must also be upheld. Efforts of Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud before this in offering the Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud should be continued by the Chief Minister of Sarawak now.

This school became the first rural schools in Sarawak offers the Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) to its students. This is a process of education transformation which introduced to enable school students in Sarawak received the Certificate in their own state.

Malaysia Higher Certificate of Religious is an examination organized by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) in collaboration with the Malaysian Examinations Syndicate (MES) to enable Malaysian students to the University of al-Azhar and its equivalent.

Generally, these exams are taken after examination of Sijil Pelajaran Malaysia or while in Form Six. STAM introduced to ensure that graduates of Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) and Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) through a standardized education system and recognized within and outside the country.

STAM also introduced to ensure Malaysian students admitted to the University of Al-Azhar and an equivalent university inside and outside the country, consists of those who are truly qualified and can have a degree in the shortest period of time.

Sijil Tinggi Agama Malaysia first introduced in 2000 through collaboration between the Ministry of Education and the University of al-Azhar. It aims to streamline and replace some private examination that existed before it, e.g. College of Higher Certificate and Higher Certificate of Religious.

Briefly the advantages of STAM
-STAM is almost equivalent to STPM because the government / The Public Service Commission of Malaysia (PSC) recognizes STAM equivalent STPM
- The duration of study is shorter namely a year
- The number of courses offered include many universities, UIA, UKM, UM, USIM, UUM, and UDM.
- Not limited to mere religion courses, can get Social Sciences & Humanities courses eg: Political Science, Mass Media Communication, History, Anthropology, etc. (SMEs, UIA), Law -LLB (USIM, UDM), Economics (UDM, USIM), Banking and Finance (UUM) and Islamic Studies (UIA, UKM, UM, UDM), Entrepreneurship (MSE) and other art courses.
- Can go Al-Azhar in Egypt.
- Membership Fee and the low cost of education (school fees)

Religious classes are also very important for Sarawakians, especially to young Muslims who still need guidance between worldly gain and the hereafter.

In conclusion, with this educational autonomy, PAS urges the recognition of the UEC initiated by the Chief Minister of Sarawak be continued in addition to the strengthening of Islamic education in Sarawak with STAM improvements in selected schools. Quality education will ensure prosperity of Sarawakians.

We hope that Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem as the Chief Minister of Sarawak to ensure Islamic education is safeguarded and given the recognition it deserves. Those who have religious education are not simply to be religious but it covers academic and professional education. So reasonably be recognized by the Sarawak government to strike a balance between worldly and hereafter. 

The effort of Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem to obtain autonomy from the federal government is an effort that should be supported. We do not want the autonomy power was later abused by certain parties who have interests that may trouble the life of the local people that still need basic facilities and also ownership of the land itself from encroached upon or taken over by those in power.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan