Pengikut

Nuffnang

Isnin, 1 Februari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Semua Bentuk Perjudian adalah Haram

Posted: 01 Feb 2016 02:07 AM PST

Hapuskan kegiatan perjudian keseluruhannya


MIRI – Kegiatan perjudian siber dan lain-lain bentuk perjudian semakin menular sekiranya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa khususnya pihak keselamatan dalam negeri.

Judi boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Ia juga membuatkan seseorang lupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarganya akibat suka berjudi. Ianya juga membawa masalah sosial kepada masyarakat. Bukan sedikit masalah yang berlaku akibat dari kegilaan terhadap perjudian ini sehingga kehidupan penagih judi ini hidup melarat dan tidak terurus.

Berapa ramai keluarga menjadi berantakan akibat dari bapa yang kalah judi sehingga sanggup merompak harta isteri dan anak-anak sendiri. Bukan sedikit kes ragut, bunuh dari kaki judi yang terpaksa mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah untuk mendapatkan duit untuk dilaburkan ke meja judi.

Judi bukan saja boleh merosakan hubungan kekeluargaan tapi ianya boleh merosakkan masa depan remaja terutama sekali mereka yang suka melepak di pusat perjudian.

Dalam Al Quran sendiri ada menjelaskan bahawa judi itu adalah sesuatu yang haram. Haram bermaksud perkara yang dilakukan pasti membawa kesan keburukan didalam kehidupan. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 219 "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."  (Al-Baqarah 2:219) |

Kita mengesa pihak kerajaan mengharamkan terus apa saja bentuk perjudian dalam negara ini agar rakyat tidak hidup dalam khayalan semata-mata ingin mendapat kekayaan sekelip mata tanpa bekerja keras untuk menyara kehidupan diri dan keluarga mereka. Judi juga boleh membebankan kehidupan serta menyebabkan kaki judi menanggung hutang yang berpanjangan sekiranya mereka kalah dalam perjudian.

Pihak kerajaan sepatutnya mengharamkan semua bentuk kegiatan perjudian dengan tidak memberi sebarang lesen kepada mana-mana premis kerana ianya lebih banyak memberi kerosakan dari kebaikan kepada masyarakat.

Kejayaan pihak Polis di bandaraya Miri memerangi habis-habisan sarang kegiatan perjudian siber amat dihargai. Kita yakin sekiranya perkara ini terus dibanteras dari awal ianya boleh membendung kegiatan perjudian siber secara berleluasan terutama dikalangan remaja dan juga orang dewasa yang kaki judi sebagai kegiatan mereka.

Pihak Polis juga perlu memperhebatkan operasi terhadap aktiviti-aktiviti perjudian di bandaraya ini dari terus merebak terutama judi dalam bentuk siber. Kita mahu menjadikan bandaraya Miri betul-betul bebas dari sebarang bentuk pusat perjudian.

Negara dan rakyat akan aman dan selamat tanpa judi. Judi boleh merosakkan masa depan anak-anak muda dan juga generasi akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati kalau bukan sekarang bila?

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Eliminate the overall gambling activities

MIRI - Cyber gambling activities and other forms of gambling is becoming more serious if no stern action is taken by the authorities in particular the internal security.

Gambling can make a person addicted. It also makes a person forget about responsibilities against their families as a result love to gamble. It also leads to social problems to society. Not a few problems occurred as a result of this gambling craze until the gambling addict's life destitute and unmanageable.

How many families fall apart as a result of parents who lost gambling are willing to rob the property of his wife and children. Not a few cases of thefts, murder of a gambler who had to take the easy way out by committing crimes to get the money to be invested to the gaming table.

Gambling may impair not only family relationship but it can ruin the future of young people, especially those who like to hang out at the gambling center.

In the Qur'an have explained that it is a gambling is illegal. Illegal means what it does definitely lead the effect of disadvantages in life. Allah says in surah Al-Baqarah: 219 "They ask you about intoxicants and games of chance. Say: In both of them there is a great sin and means of benefit for men, and their sin is greater than their benefit. And they ask you as to what they should spend. Say: What you can spare. Thus does Allah make clear to you the communications that you may ponder?

We urge the government to carry on to ban any form of gambling in this country so that people do not live in purely imaginary want to get rich overnight without working hard to earn a living. Gambling can also burdensome life as well as causing a gambler prolonged debt if they lose in gambling.

The government should ban all forms of gambling by not give any license to any premises because it gives more damage than good to society.

The success of the police in Miri city fight all over the cyber gambling nests is highly appreciated. We believe if this matter continues to be eradicated from the beginning it can curb cyber gambling for a massive scale, especially among adolescents and even adults who gambler as their activities.

The police also needs intensify operations against gambling activities in the city from spreading mainly in the form of cyber gambling. We want to make Miri city truly free of any form of gambling.

The country and citizens will be safe and secure without gambling. Gambling can ruin the future of young people and future generations. Prevention is better than cure, if not now when?

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan