Pengikut

Nuffnang

Selasa, 9 Februari 2016

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


ISU KOSTUM CINA KEBUDAYAAN ATAU KEAGAMAAN?!

Posted: 09 Feb 2016 08:39 AM PST

 Bismillah
Semalam gempita dalam media tentang SU BPPNS dikecam memakai kostum tradisi orang Tionghua sempena sambutan tahun baru Cina di kawasan DUNnya. Beliau dikatakan menyarungkan pakaian 'dewa kekayaan' kepercayaan orang Tionghua. ADUN Paya Jaras telah mohon maaf dan menjelaskan bahawa beliau diberitahu kostum itu adalah kostum Maharaja Cina( Sam Fu) zaman dahulu. Tidak ada kaitan dengan keagamaan. Budaya semata-mata. Malangnya keterlanjuran beliau melayankan kehendak penganjur telah mengundang serangan politik baginya dan juga PAS.

Justeru,  PAS Selangor memandang serius keperluan mengenali dengan tepat batas batas yang boleh dimasuki oleh pimpinan dan YBnya dalam proses berdakwah dan siyasah dengan golongan bukan Islam.  Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor akan bersama duduk semeja bersama Dewan Ulamak PAS Selangor untuk berbincang perancangan pelan mengenali fakta mengenai budaya dan agama serta nilai  golongan utama dalam negeri Selangor seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor. PAS MUST SEEK TO UNDERSTAND.

PAS sebagai parti yang mahu memimpin pelbagai kaum dan bangsa dan usaha rancak memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS SUDAH TENTU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB untuk faham ciri-ciri setiap golongan mad'u yang pelbagai bangsa, budaya dan agama seperti yang dituntut oleh Allah swt sebagai pencipta kepelbagaian tersebut untuk li ta'arafu dalam surah al Hujurat ayat 13. Mungkin PAS perlu mengakui ia belum memahami secara mendalam ciri-ciri tersebut. Maka, sudah tiba masanya, PAS sebagai parti yang mendasari Islam memfokus usaha ke arah itu. Walaupun sedikit terlewat memandang PAS sudah berumur 60 tahun, tetapi dengan keikhlasan mahu memimpin masyarakat majmuk agar membangun negeri dan negara ke arah kemakmuran dan keharmonian serta keberkatan PAS PERLU mengorak langkah ke arah  memaksimakan aktiviti kemasyarakatan dan dialog di semua peringkat. PAS MESTI INKLUSIF. PAS mesti berada di atas landasan prinsip yang benar tetapi mempunyai HIKMAH dalam uslub yang mampu menerobos hati nurani sasarannya.
PAS kata ISLAM sesuai untuk semua. Dan oleh kerana PAS mendasari ISLAM, maka sudah tentu PAS juga sesuai untuk semua.
Tapi adakah orang bukan Islam kenal PAS sedemikian?! Pelikkah orang bukan Islam yang tidak kenal PAS menolak PAS? Adakah salah mereka atau salah PAS yang tidak mendekati dan menyampaikan mesej PAS kepada mereka? Kalau PAS pun masih kurang jelas tentang agama orang bukan Islam walaupun sudah dipersada politik tanah air sekelian lama....
Maka tidak ada alasan lagi bagi semua pejuang PAS, ayuh jom bersama berjuang menghayati ayat 13 surah Hujurat.
Mari tebarkan rahmat untuk semua..

YB DR HJH HALIMAH ALI
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional
(National Solidarity Bureau)
PAS Selangor
9 Februari 2016

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan