Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 26 Februari 2016

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


PAS SELANGOR GREEN SILK

Posted: 26 Feb 2016 05:24 AM PST



PELANCARAN PAS SELANGOR's GREEN SILK
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016
DEWAN HOKKIEN KLANG
23 Februari 2016

Objektif:
PAS Selangor mahu merancakkan komitmen usaha menaburkan bakti kepada semua tanpa mengira bangsa, ras dan keturunan sesuai dengan slogannya PAS FOR ALL. Untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut, PAS Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional menggerakkan kempen besar besaran seluruh negeri untuk mendekati, mengenali dan menyantuni kaum bukan Melayu bagi meyakinkan mereka bahawa perjuangan PAS adalah untuk kebaikan bersama.
Kempen Selangor's Green Silk ini akan melibatkan semua cawangan dan kawasan PAS dalam Selangor yang akan mewujudkan AJK LPN hingga ke akar umbi yang akan di mobilisasikan untuk ambil peduli tentang hal ehwal kaum bukan Melayu dengan mengenali secara dekat, memahami adat dan kebudayaan serta nilai hidup mereka. Pimpinan dan ahli PAS seluruh peringkat dijangka akan lebih menghargai dan menghormati pelbagai kaum yang mempunyai bahasa, budaya dan agama yang berbeza dan bekerja keras mencari jalan untuk bersama membangunkan masyarakat majmuk agar kejayaan boleh dikecapi bersama.
PAS sebagai parti politik yang didasari prinsip universal mampu menjadi sandaran semua kaum, bangsa bahkan agama. Formula terbaik ke arah itu ialah PAS perlu melalui satu proses pembelajaran mengatasi norma pengasingan diantara berlainan bangsa yang  terwujud sekian lama dibawah parti pemerintah BARISAN NASIONAL yang parti komponen terbesarnya diwujudkan mengikut kaum tertentu(UMNO/MIC/MCA).
PAS Selangor alhamdulillah sudah mengarahkan agar kesemua cawangan dalam negeri melantikkan ketua LPN cawangan. Di jangka dalam masa setahun,  800 cawangan PAS seluruh Selangor akan mempunyai jawatankuasa LPN. Mereka akan dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan bukan Melayu bagi saling kenal mengenali serta berdialog untuk mewujudkan hubungan harmoni antara PAS semua peringkat dengan golongan bukan Melayu. Fokusnya ialah melahirkan kesejahteraan bersama dan seterusnya membangunkan Selangor yang maju, makmur serta diberkati Allah.
Jaringan mantap pihak akar umbi dengan golongan bukan Melayu di seluruh pelusuk Selangor dijangka akan membantu politik matang yang mahu diperjuangkan oleh PAS yang tidak mahu terseret dengan politiking melampau yang merimaskan semua pihak.
PAS yakin pendekatan 'kelembutan sutera' yang bermaksud ahli PAS menterjemahkan kebaikan Islam dengan akhlak terpuji pada diri mereka sendiri seperti yang di lakukan oleh Rasulullah saw  akan menjadi contoh atau acuan yang dipakai dalam gelombang Green Silk ini.
PAS mengamalkan prinsip keamanan dan kesejahteraan. PAS membela hak untuk semua. PAS faham bangsa keturunan dicipta Allah. PAS tiada masalahdengan kepelbagaian bangsa.PAS tahu semua bahasa juga dicipta Allah. PAS iktiraf warna kulit juga hak mutlak ciptaan Allah. PAS juga menerima kewujudan kepelbagaian agama juga dengan izin Allah. Semua ini BUKAN ISU kepada PAS. Semua itu dijamin oleh Islam. Dasar PAS ialah Islam. Islam adalah solusi. Islam itu lengkap: merangkumi aspek pendidikan/ekonomi/ sosial/politik/ keselamatan/kesenian dan kebudayaan/sukan dan belia/wanita/ kanak-kanak/haiwan dan persekitaran. Semuanya ada hak dan ruang dalam Islam.
PAS yakin dan percaya kepentingan ilmu kerana ayat pertama yang diturunkan oleh Allah swt dalam al Quran ialah tentang PENDIDIKAN.   PAS terpanggil untuk menyelamatkan masyarakat daripada masalah negara yang bukan sahaja melibatkan kemerosotan ekonomi bahkan segala-galanya seperti kebimbangan isu keselamatan, kehilangan nilai nilai murni pemimpin kerajaan, kerosakan moral dan akhlak remaja, kerosakan alam sekitar dan jenayah yang menggerunkan.
Pihak pimpinan PAS semua peringkat akan terlibat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor akan menjadi tunggak utama dalam Kempen ini.
PAS is evergreen. PAS FOR ALL. PAS UNTUK SEMUA
Disediakan oleh            
YB Dr Halimah Ali
Pengerusi Lajnah Perpaduan  Nasional PAS Selangor   
23 Februari 2016

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan