Pengikut

Nuffnang

Ahad, 28 Februari 2016

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


GURU PASTI SUNGAI PETANI TEKAD PERTINGKAT PRESTASI CAPAI TAHP PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERBAIK

Posted: 27 Feb 2016 03:37 PM PST

GURU PASTI SUNGAI PETANI TEKAD PERTINGKAT PRESTASI CAPAI TAHP PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERBAIK


SUNGAI PETANI - 27 Feb 2016

Guru PASTI perlu menjadi simbol dakwah dan akhlak Islam, demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau semasa berucap di Muktamar Tahunan majlis Guru PASTI Sungai Petani. PASTI Sungai Petani kini mencecah 30 buah PASTI dan memiliki 1000 pelajar merangkumi usia 4, 5 dan 6 tahun.

Muktamar tahunan yang berperanan memilih jawatankuasa baru MGP (Majlis Guru PASTI) tahun ini diadakan di D'Vista Hotel Sungai Petani dengan dirasmikan oleh Ustaz Zulkifli Jusoh Pengarah PASTI Negeri Kedah.

Ustaz Zulkifli mengingatkan betapa perlunya PASTI terus memacu kemajuan terutama dari aspek pengurusan, ketelitian dalam penyampaian intipati pelajaran, berusaha menanam akhklak mulia kepada kanak-kanak sebelum mereka berpindah ke sekolah rendah biasa.

"Produk PASTI yang lebih ribuan setiap tahun telah memberi kesan kepada sekolah sekitarnyakerana anak-anak PASTI memiliki kemahiran terutama dalam ilmu agama, bacaan Al Quran, asas 3 bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) serta mampu memimpin solat berjemaah semasa darjah satu dan inilah compettive advantage yang ada pada PASTI serta telah mempengaruhi banyak pusat endidikan pra sekolah lain di Malaysia", jelas Ustaz Zulkifli.

Dalam pemilihan semalam, Ustaz Habibon Bin Othman telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Guru-Guru PASTI Sungai Petani.

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

Posted: 27 Feb 2016 03:31 PM PST

JABATAN AMAL PAS KONSISTEN BANTU RAKYAT BAIKI RUMAH GOLONGAN FAKIR

Sg.Petani- 21 Feb 2016

Pemuda PAS kawasan Sg.Petani melalui Jabatan Amal nya terus giat melaksanakan aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat. Bertempat di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, kali ini mereka terlibat dalam projek membaiki rumah seorang penduduk yang dalam keadaan daif.
Projek yang dijalankan secara gotong royong ini melibatkan anggota-anggota Jabatan Amal Sg.Petani dan disertai oleh lebih 30 orang penduduk setempat.

Seawal pagi, mereka telah berkumpul dan membahagi-bahagikan tugas-tugas, antaranya membancuh simen, menampal dinding, mengikat bata, membaiki dan menukar atap baru dan tidak ketinggalan kaum muslimat yang turut hadir membantu kerja-kerja memasak untuk semua petugas. Secaranya  keseluruhannya, projek pembaikan ini mengambil masa 2 hari yang bermula pada pagi Jumaat dan siap sepenuhnya pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Sg.Petani  iaitu En. Muhammad Izzwan bin Ismail, projek ini adalah kesinambungan dari program pembaikan rumah ibu tunggal dan rumah daif yang telah dijalankan. Projek pembaikan rumah dipilih memandangkan amat jarang NGO-NGO dan pihak berwajib yang melaksanakan program seumpama ini berbanding program bantuan barangan yang lebih ramai pihak melaksanakannya. Rumah sebagai tempat kediaman seharusnya memenuhi ciri-ciri sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan selain tempat pembesaran anak-anak.

Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, rumah yang sebelumnya dalam keadaan daif berjaya diperbaiki dengan jayanya melibatkan penukaran atap baru, pembesaran ruangan rumah dan lantai dan penurapan dinding yang sebelumnya dalam keadaan berlubang.

Penduduk  Permatang Berangan kian merasai kesan kebajikan yang dianjur oleh Jabatan Amal ini kerana beberapa rumah golongan miskin akan dibaiki kelak sekitar kawasan ini.





0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan