Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 29 Januari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jalan Rosak Lebih Muatan

Posted: 29 Jan 2016 06:57 AM PST

Jalan perumahan rosak akibat lori muatan berat

Miri – Lori muatan berat yang membawa tanah dan batu di sepanjang jalan Miri – Bintulu menyebabkan jalan perumahan di Taman Da Sing rosak teruk. Lori yang membawa tanah untuk proses penambakan tanah untuk membina bangunan di kawasan pembangunan baru melalui jalan perumahanan di Taman Da Sing Jalan Miri-Bintulu dalam kawasan Lambir itu menyebabkan penduduk hidup dalam keadaan tidak selesa.

Penduduk perumahan di kawasan tersebut mengadu kepada pihak kami yang jalan perumahan mereka rosak dan berdebu akibat lori membawa tanah tersebut. Dianggarkan antara 70 hingga 100 perjalanan sehari lori membawa tanah di kawasan perumahan mereka menurut penduduk perumahan di sana.

Kawasan penempatan penduduk berdebu akibat tanah yang melimpah keluar serta faktor keselematan penduduk juga tidak terjamin terutama anak-anak kecil yang bermain di kawasan perumahan itu.



Penduduk perumahan pernah mengutarakan masalah ini kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) tetapi belum ada sebarang tindakan setakat ini. Pihak yang berkenaan sepatutnya segera bertindak untuk mengatasi masalah ini dari berlarutan demi keselamatan penduduk di situ.

PAS mencadangkan agar jalan yang rosak itu diturap segera dan pihak pemaju yang menjalankan aktiviti penambakan tanah harus menggunakan jalan utama dan tidak menggunakan jalan dalam kawasan perumahan untuk sebarang aktiviti membawa tanah.

Kita juga mengesa pihak yang berkuasa seharusnya mementingkan keselamatan penduduk di kawasan perumahan dan juga kesihatan penduduk yang menghadapi masalah akibat dari isu lori muatan berat yang melalui jalan mereka.

Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera supaya penduduk di kawasan perumahan di situ dapat hidup aman damai dari pencemaran debu, bising dan juga jalan rosak. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Residential road damaged by heavy load trucks

MIRI - Trucks carrying heavy loads of soil and rock along Miri - Bintulu road causing residential road in Da Sing Park was severely damaged. Trucks carrying soil for land reclamation process for building of new development in the area through residential road at Da Sing Park Miri-Bintulu road in Lambir area causing the residents live in uncomfortable situations.

The residential population of the area complained to us that their residential road is damaged and dusty due to the trucks carrying soil. It is estimated that between 70 to 100 trips trucks carrying soil in their neighborhood according to residents of housing there.

Populated areas dusty as a result of soil fall out and the safety of the population is also not assured, especially young children who play in the housing area.

The housing residents had expressed these concerns to Miri City Council (MCC), but no action so far. The parties concerned should act immediately to address this problem from prolonged for the safety of the residents there.

PAS suggested that the damaged road paved immediately and the developer who runs the land reclamation activities should use the main road and not using the road in a residential area for any activity taking soil.

We also urge the authorities should be concerned about the safety of residents in the neighborhood and also the health of people who are facing problems as a result from the issue of heavy cargo trucks passing through their road.

We hope this issue can be resolved quickly so that the neighborhood can live there peacefully from dust pollution, noise and road damage. Cooperation with the relevant authorities to resolve this issue quickly is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan