Pengikut

Nuffnang

Khamis, 21 Januari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Caj Melampau Menyusahkan Pelanggan Untuk Belajar Memandu

Posted: 19 Jan 2016 09:05 PM PST

Caj Kadar Yuran Pembelajaran dan Latihan Memandu Terlalu Mahal

Untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu kenderaan yang sah masakini semakin mahal
dan membebankan pelanggan. Kalau dulu ianya tidaklah semahal sekarang ini, dimana mereka hanya perlu belajar mengenal tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya disamping cara memandu kenderaan dengan betul.

Masakini berbagai peraturan perlu dilakukan seperti kursus pendidikan pemandu, latihan amali, latihan pratikal, ujian penilaian, ujian pratikal JPJ, sewa litar serta GST dikenakan keatas pelanggan yang ingin mendapatkan lesen memandu yang sah oleh Insititut Memandu dan Sekolah Memandu.

Yuran untuk mendapatkan lesen kereta hingga mencecah lebih seribu ringgit sudah tentu ini membebankan pelanggan yang berpendapatan rendah. Walaupun pada 2014 telah disenaraikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang harga lesen untuk kereta dan motor telah ditetapkan tetapi mengapa masakini pihak Insititut Memandu dan Sekolah Memandu mengenakan caj terlalu tinggi keatas pelanggan.

Senarai Harga Lesen Kereta & Harga Lesen Motor 2014
◦ Harga Lesen Motor (B2): RM350
◦ Harga Lesen Motor (B) Berkuasa Tinggi: RM900
◦ Harga Lesen Kereta (D) Manual: RM1,150
◦ Harga Lesen Kereta (DA) Auto: RM1,250

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan membebankan rakyat ini, pihak kerajaan khususnya kementerian pengangkutan perlu memberi perhatian tentang masalah ini. Pihak berkuasa perlu memantau serta bertindak keatas mana-mana Insititut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan caj terlalu tinggi kepada pelanggan.

Memang pelanggan wajib dan perlu belajar memandu dengan betul dan berdisiplin di jalan raya dengan belajar mengenal tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya tetapi mengapa kos untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu terlalu mahal.

Adakah perlu mendidik pengguna jalan raya dengan kos yang terlalu tinggi? Untuk mendidik pengguna jalan raya menjadi berdisiplin adalah dengan mendidik mereka sejak dari sekolah rendah lagi bukan yang sudah dewasa yang sudah pasti sukar bagi mereka untuk mengubah sikap mereka.

Walaupun mereka memiliki lesen memandu yang sah tetapi masih terdapat juga pemandu yang kurang berdisplin di jalan raya.  Walau bagaimanapun bukan semua pengguna jalan raya bersikap tidak berdisiplin di jalan raya hanya segelintir yang masih tidak bertanggungjawab mungkin disebabkan sifat ego atau lain-lain masalah ketika berada di jalan raya terutama ketika jalan sesak dan berlaku kecemasan menyebabkan mereka bertindak agresif.

Pihak kerajaan perlu mencari keadah terbaik untuk mendisplinkan pengguna jalan raya dengan memudahkan mereka mendapat lesen memandu secara sah. Mungkin disebabkan kos untuk mendapatkan lesen memandu secara sah terlalu mahal maka terdapat pengguna jalan raya yang tidak memiliki lesen memandu yang melanggar peraturan jalan raya.

Kita mengesa pihak kementerian pengangkutan mengkaji semula kadar yuran bagi harga lesen kereta dan harga lesen motor berkuasa tinggi yang terlalu tinggi supaya ianya berpatutan dengan keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Kalau boleh diturunkan kurang dari seribu ringgit untuk memudahkan pelanggan yang berpendapatan rendah belajar memandu dan mendapatkan lesen memandu yang sah.

Sebarang caj yang tidak sepatutnya dikenakan keatas pelanggan patut dimansuhkan oleh pihak berkuasa kerana rakyat sudah cukup terbeban dengan berbagai masalah seperti GST, kenaikan harga barang keperluan dan sebagainya maka sewajarnya pihak kementerian pengangkutan mengkaji semula kadar yuran belajar memandu demi untuk meringankan bebanan rakyat yang semakin terdesak ketika ini.

Masalah ini sudah lama diadukan oleh pelanggan kepada pihak kerajaan tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda pihak kerajaan atau kementerian yang berkenaan mengambil perhatian akan masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah ini.

Kita harap pihak berkenaan memberi perhatian serta mengambil tindakan yang sewajarnya keatas masalah yang dihadapi oleh rakyat masakini dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Learning Fees and Charges of Driving Training Too Expensive

For learning to drive and have a valid driving license nowadays increasingly expensive and burden the customer. Back then it was not as expensive as it is today, where they just need to learn to identify the signs of signals and the regulations of road besides how to drive the vehicle correctly.

Nowadays various regulations need to be done such as driver education courses, practical exercises, practical training, assessment tests, RTD practical tests, hire circuits and GST levied on customers who want to get a valid driving license by the Institute of Driving and Driving School.

Fees for a car driving license up to hit more than one thousand ringgit of course this burden low-income customers. Although in 2014, has been listed by the Road Transport Department (RTD) that the prices of a license for car and motor have been set, but why nowadays the Institute of Driving and Driving Schools charge too high on the customers.

Car License Price list & Motorcycle License Price 2014
◦ License Motor Price (B2): RM350
◦ License Motor Price (B) High Power: RM900
◦ Car License Price (D) Manual: RM1,150
◦ Car License Price (DA) Auto: RM1,250

In the country's economic situation worsening and the burden on the people, the government, especially the ministry of transport should pay attention on this issue. The authorities need to monitor and act on any of Institute of Driving and Driving Schools who exorbitant charges to customers.

Indeed, customers must and should learn to drive properly and disciplined on the road with learn to know the signs of signals and the rules of the road, but why it cost to learn to drive and get a driving license is too expensive.

Is it necessary to educate the motorist with a high cost? To educate road users to be disciplined is to educate them right from the primary school not a grown-up that is certainly difficult for them to change their attitude.

Although they have a valid driving license but there is also a lack of disciplined drivers on the road. However, not all road users to behave haphazardly on the road only a few that are still unscrupulous probably due egos or other problems when being on the road, especially when traffic congestion and an emergency causes them to act aggressively.

The government must find the best methods to discipline road users to enable them to have a valid driving license. Perhaps because the cost of getting a driving license legally is too expensive then there are road users who do not have a driving license who violate traffic regulations.

We urge the ministry of transport revise the fees for a car driving license price and motor license class B price too high so that it is affordable with an economic downturn. If it can be lowered less than one thousand ringgit to help low-income customers learning to drive and getting a valid driving license.

Any charges that should not be imposed on the customers should be repealed by the authorities because the people already burdened enough with various problems such as GST, an increase in prices of essential goods and so on it deserves the transport ministry review the fee rates of learned to drive in order to ease the burden of the people who were increasingly desperate at the moment.

This issue has long been complained by the customer to the government but until now there has been no sign of the government or the ministries concerned to take note of the problems faced by this low-income group.

We hope the parties concerned to pay attention and take appropriate action on the problems faced by the people today and cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.
 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan