Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 1 Januari 2016

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


PAS sebagai parti untuk Dunia dan Akhirat

Posted: 01 Jan 2016 03:55 PM PST

Sarawak memerlukan pembangkang untuk semak dan imbang


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem  membayangkan bahawa Pilihan Raya umum Sarawak dijangka diadakan pada bulan Mac depan dengan menghapuskan semua tol. Beliau juga telah mendapatkan persetujuan daripada pimpinan Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. Dengan itu beliau juga harap tiada calon parti pembangkang dari Semenanjung di Sarawak.

Katanya lagi, beliau sudah tunaikan janjinya dengan memansuhkan semua tol di Sarawak dan mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi seperti kenyataan beliau dalam media massa.

PAS Sarawak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem kerana telah memansuhkan semua tol di Sarawak. Memang Sarawak tidak perlu tol pun sebab jalanraya dan lebuh raya di Sarawak memang tidak mengikut piawaian lebuhraya antarabangsa. Ada rakyat Sarawak mengatakan  kalau jalanraya di Sarawak penuh dengan lobang sana sini  dan bengkang bengkok sama seperti mereka yang tidak lurus dalam menjalankan amanah rakyat.

Setelah Adenan Satem mengambil alih kuasa dari Pehin Sri Taib Mahmud memang tidak dinafikan ada sedikit perubahan dari segi corak pentadbiran pemerintahan tapi masih lagi mengekalkan menteri kanan.  Walaupun tol dihapuskan tapi masalah keperluan rakyat masih lagi memberi tekanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Contohnya tariff elektrik Sarawak menurun tetapi GST masih dikenakan dan harganya lebih kurang sama saja. Begitu juga dengan tempat tinggal masih ramai rakyat Sarawak tidak memiliki rumah sendiri disebabkan kemiskinan dan tidak memilik hak milik tanah.

Isu tanah yang sentiasa menjadi isu rakyat kerana Sarawak yang mempunyai keluasan tanah sebesar Semenanjung Malaysia sepatutnya sudah mampu menyelesaikan masalah penduduk asal tanpa tanah dan tidak memilik hak keatas tanah pusaka moyang mereka. Mengapa sampai sekarang sukar bagi penduduk asal mendapatkan hak milik mereka sedangkan pemaju dengan mudah mendapat hak milik tanah dari penduduk asal.

Kerajaan Sarawak masih memberi keutamaan kepada pemaju untuk memiliki tanah rakyat dengan membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Inilah beberapa isu rakyat yang perlu Adenan Satem ambil perhatian.

Semasa PAS memerintah Terengganu dulu, PAS memansuhkan tol dan memberi hak milik tanah kepada rakyat. Kita juga mengesa kerajaan Sarawak memansuhkan semua GST dan lain-lain cukai yang membebankan rakyat.

Kerajaan juga perlu membina jambatan dekat pangkalan Feri untuk memendekan perjalanan penduduk kampung yang terpaksa berbaris panjang untuk menyeberangi sungai. Kembalikan semula biasiswa untuk rakyat Sarawak yang memerlukan bantuan pelajaran sama ada di dalam dan luar negara.

Kita mengesa Tan Sri Adenan Satem dan kerajaan Sarawak perlu mengambil perhatian dengan masalah rakyat sepenuhnya bukan hanya sekadar untuk menghadapi Pilihan Raya dengan melakukan sesuatu yang memberi manfaat untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Sarawak masih memerlukan pembangkang yang boleh memberi pandangan membina dan sebagai semak dan imbang agar tidak berlaku penyalahguna kuasa dan sentiasa mengambil perhatian terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.
PAS sebagai sebuah parti Islam amat diperlukan di Sarawak sebagai pengimbang antara keperluan di dunia dan di akhirat. PAS bukan saja sebagai parti politik tapi juga sebagai parti dakwah dan tarbiyah (Pendidikan dan Asuhan).

Tiada isu  parti PAS  hanya untuk Semenanjung yang sering dijadikan hujah untuk menyingkir parti dari Semenanjung ke Sarawak.  Jangan terlalu bersikap perkauman dan kenegerian sehingga sukar untuk menerima teguran dan cadangan dari pihak pembangkang walaupun berlainan ideologi politik sepatutnya Ketua Menteri Sarawak bersikap terbuka untuk mendengar teguran dan nasihat dari pihak pembangkang.
Dalam isu moral dan kurang pendidikan agama Islam di Sarawak maka PAS dapat membantu menyebarkan syiar Islam  di kalangan penduduk Muslim di Sarawak.

Kita semua mahu hak rakyat Sarawak diberi keutamaan sebab itulah Sarawak perlu pembangkang yang sentiasa menyuarakan masalah rakyat disamping sebagai pengimbang dan semak untuk kerajaan Sarawak.
Adenan Satem jangan  takut dengan pembangkang kalau mahu melihat Sarawak mencapai kemajuan dan setanding dengan negara lain dalam menghadapi zaman yang penuh dengan cabaran ini.

Tanpa pembangkang, suara rakyat kurang mendapat perhatian.  Adenan Satem perlu berani bersuara dan mempertahankan hak rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Sarawak requires opposition to checks and balances

Chief Minister of Sarawak Tan Sri Adenan Satem hinted that the Sarawak General Election to be held next March with eliminate all toll. He has also received endorsement from Umno leaders that the party would not spread its wings to Sarawak. With that he also hopes no opposition candidates from Peninsula in the state.

He said he had fulfilled his promise with abolish all tolls in Sarawak and want to see the people of Sarawak also fulfill its promises to the government within three months like his statement in the media.

Sarawak PAS would like to thank Tan Sri Adenan Satem because has abolished all tolls in Sarawak. It is also Sarawak does not need toll because roads and highways in the state are not in accordance with international highway standards. There are people of Sarawak say if the roads in Sarawak full of holes here and there and crooked as they are not upright in the exercise of the people's trust.

After Adenan Satem took power from Pehin Sri Taib Mahmud, it is undeniable there is little change from government administration pattern but still retains senior ministers. Although the toll was abolished but the problem of people's needs still put pressure on the lives of ordinary people.

For example Sarawak electricity tariff decreased but GST still apply and its priced is about the same. Similarly residences of Sarawakians there are still many do not own their own homes due to poverty and do not have land titles.

The land issue has always been the issue of people because Sarawak has a total land area as big as Peninsular Malaysia should have been able to solve the problem of indigenous people without land and have no rights over their ancestral lands. Why until now difficult for indigenous people get their property rights while developers easily get land titles from indigenous people.

The Sarawak government is giving priority to the developer to have people's land with build a house that is not affordable for people with low incomes and medium. Here are some people's issues that need Adenan Satem pay attention.

During PAS rule Terengganu, PAS abolish tolls and grant land titles to the people. We also urged the state government to abolish the GST and all other taxes that burden the people. The government also needs to build a bridge near the Ferry terminal for shorten journey of the villagers that had to wait in long queues to cross the river.  Return the scholarships for the people of Sarawak that require educational assistance either within the country and abroad.

We urge Tan Sri Adenan Satem and Sarawak governments need to take care with people's problems completely not just to cope with election by doing something that is beneficial to all, regardless of race and religion.

Sarawak still needs the opposition that can give constructive opinions and as a checks and balances to prevent abuse of power occurs and always takes care of people who need help.

PAS as an Islamic party in Sarawak is needed as a counterbalance between the needs of the world and in the hereafter. PAS is not only as a political party but also as a missionary party and tarbiyah (Education and Upbringing).

No issues PAS only for Peninsular that is often used as an argument to remove the party from Peninsular to Sarawak. Do not be more racist and parochialism until difficult to accept criticism and suggestions from the opposition despite different political ideologies, the Chief Minister of Sarawak should be open to hearing criticism and advice from the opposition.

In moral issues and lack of Islamic education in the state, the PAS can help spread greatness of Islam among the Muslim population in Sarawak.

We all want the people of Sarawak be given priority that is why Sarawak need opposition that always expressed the people's problems besides as a counterbalance and check to the state government.

Adenan Satem do not fear opposition if want to see Sarawak progress and on a par with other countries in facing a period of great challenge. Without opposition, voice of the people received less attention. Adenan Satem need speak up and defend the rights of the people of Sarawak, regardless of race, religion and political affiliation.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan