Pengikut

Nuffnang

Rabu, 6 Januari 2016

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


PAS SELANGOR PERTAHANKAN HAK DAN MARUAH

Posted: 06 Jan 2016 06:43 AM PST

KENYATAAN AKHBAR BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR :
PAS SELANGOR HORMATI KEPUTUSAN MENTERI BESAR TETAPI MASIH TIDAK MENGIKTIRAF PAN.
PAS Selangor menghormati keputusan YAB Dato' Seri Menteri Besar Selangor untuk melantik Ahli-Ahli Majlis dari Parti Amanah Negara (PAN).
Walaupun PAS tidak mengiktiraf PAN dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan PAN namun kami memahami dilema yang dihadapi oleh YAB.
Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap PAN yang telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS.
Sehubungan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada YAB kerana bilangan Ahli Majlis PAS juga tidak berkurangan walaupun YAB diasak oleh PAN.
Sehubungan itu, kami berharap bilangan Ketua Kg PAS juga akan dapat dikekalkan apabila berlaku perlantikan baru kelak.
Semoga kerjasama erat di antara PAS dan YAB akan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
YB Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
PAS Negeri Selangor
Tel : 017 2245351
6 Januari 2016

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan