Pengikut

Nuffnang

Selasa, 8 Disember 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Peruntukan jalan berjuta tapi jalan kampung masih lagi teruk

Posted: 08 Dec 2015 08:44 PM PST

Kemana pergi peruntukan jalan untuk penduduk kampung? 


MIRI – Bajet 2016 Sarawak lebih fokus kepada pembangunan infrastruktur yang mampan, terutamanya di luar bandar Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Persidangan Dewan Undangan Negeri telah memberi penekanan kepada pembangunan di luar bandar terutama dari segi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Setiap kali Persidangan Dewan Undangan Negeri, kerajaan akan memberi berjuta-juta ringgit peruntukan pembangunan infrastruktur untuk luar bandar tetapi masalahnya masih terdapat lagi jalan kampung berlubang dan teruk berlaku terutama di kawasan luar bandar Sarawak yang perlu diberi perhatian.

Abdul Kamil Saimon salah seorang penduduk di Kampung Bakam di DUN Lambir mengadu bahawa jalan ke arah rumah beliau masih teruk dan kawasan rumahnya juga sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Jalan ke rumahnya menuruni anak bukit dan berhampiran dengan sungai Bakam sering dilanda banjir kilat.

Beliau pernah mengadu masalah ini dengan wakil rakyat di kawasan tersebut tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Beliau amat kecewa dengan sikap sambil lewa wakil rakyat yang tidak mengambil perhatian masalah penduduk kampung yang amat memerlukan bantuan terutama yang berkaitan dengan masalah jalan dan kawasan perumahan yang mudah dilanda banjir.

Beliau harap pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan dapat meninjau keadaan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Bakam kerana masih banyak lagi masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Kita mengesa pihak berkuasa serta mereka yang berkenaan dapat menggunakan peruntukan bajet untuk jalan dan kemudahan asas luar bandar digunakan untuk menaik taraf keperluan penduduk disitu. Kita yakin dengan peruntukan sedia ada yang berjumlah berjuta-juta ringgit itu kalau digunakan sepenuhnya, sudah pasti banyak masalah rakyat dapat diselesaikan.  Jangan hanya waktu pilihan raya, barulah nak tunjuk muka kononnya nak bagi bantuan kepada penduduk kampung dengan tujuan untuk memancing undi. Tugas seorang wakil rakyat adalah menangani masalah rakyat bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Kita mengesa kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Adenan Satem dapat menilai semula wakil rakyat yang telah dipilih agar berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Layan semua rakyat dengan adil dan jangan menganggu tugas agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi kebajikan rakyat dengan sikap pilih kasih dalam memberi peruntukan untuk kemudahan rakyat dalam sesuatu kawasan. Rakyat amat mengharapkan kemudahan asas serta kebajikan mereka terjaga tanpa ada perasaan ditakut-takutkan dengan ancaman tidak diberi peruntukan oleh pihak tertentu sekiranya mereka menyuarakan masalah mereka kepada pihak yang berkenaan.

Kita harap masalah jalan di Kampung Bakam dan kawasan sekitarnya dapat diatasi dengan segera. Harapan kami adalah tiada lagi aduan bahawa hanya jalan-jalan tertentu diturap dengan tar dan bahagian lain yang tidak berturap sepenuhnya dengan tar seperti yang berlaku dengan jalan yang menuju ke rumah Abdul Kamil.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk sama-sama menyelesaikan masalah rakyat ini tanpa ada perasaan pilih kasih amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Where goes the provisions of the road for the villagers?

Sarawak 2016 budget is more focus on the development of sustainable infrastructure, especially in rural Sarawak. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem at the state assembly sitting has placed emphasis on rural development, especially in terms of basic infrastructure such as roads, water and electricity.

Whenever the state assembly sitting, the government will give millions of ringgit allocation for rural infrastructure development but the problem is still there're potholes and severe, especially in the rural areas of Sarawak are noteworthy.

Abdul Kamil Saimon one of the residents in Kampung Bakam in Lambir DUN complained that the road towards his house is still severe and also his home area often hit by flash floods when heavy monsoon rains. The road to his house down the hillocks and close to Bakam River is often hit by flash flood.

He had complained this problem with the elected representatives in the area but no action was taken. He was very disappointed with the lackadaisical attitude of the elected representatives that does not take care of problems of the villagers who urgently need help, especially related to road problems and residential areas prone to flooding.

He hope the authorities and those concerned be able to review the situation and the problems faced by residents of Kampung Bakam because there are many more people's problems that need attention by the authorities.

We urge the authorities and those concerned are able to use the budget allocation for road and rural basic facilities be used to upgrade the needs of residents there. We are confident that with the existing provisions, amounting to millions of ringgit that if is fully utilized, it is definitely a lot of people's problems can be solved. Don't just election times, then want to show the face purportedly want to help the villagers in order to garner votes. The duty of the elected representatives is to deal with the problem of people is not for its own interest.

We urge the state government under the leadership of Adenan Satem can reassess the elected representatives that have been selected so that be fair to all residents regardless of race, religion and political affiliation.

Treat all the people fairly and do not interfere with the duties of government agencies that are involved in providing welfare with favoritism in granting funds to assist the people in an area. The people really hope basic facilities and their welfare is maintained without feeling intimidated by threats not given an allocation by certain parties if they are voicing their concerns to the relevant authorities.

We hope that the problem of the road in the village of Bakam and surrounding areas could be addressed immediately. Our hope is no more complaints that only certain roads is paved with tar and another portion that do not fully paved with tar as happened the road to Abdul Kamil home.

Cooperation with the authorities and those concerned to jointly solve this people's problems without any feelings of favoritism is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan