Pengikut

Nuffnang

Isnin, 21 Disember 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Guna Sistem Dalam Talian Untuk Kemudahan Pengguna

Posted: 21 Dec 2015 06:33 PM PST

Imigresen Sarawak perlu guna sistem talian sepenuhnya


MIRI - Setiap tahun pemohon Pas Lawatan (Sosial) mesti mendapat pengesahan atau cop dari pegawai kerajaan yang telah dilantik untuk mendapatkan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah yang membenarkan seseorang warganegara asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan berada di Malaysia.  

Pihak pemohon atau penaja akan mengisi borang yang telah disediakan dan setelah diisi pemohon perlu mendapatkan Surat Akuan pengesahan dengan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah daripada pegawai yang berkenaan.

Untuk mendapatkan surat pengesahan berkenaan, pemohon kena pergi ke Pejabat Residen atau Mahkamah Seksyen. Sudah pasti ianya menyusahkan pemohon yang terpaksa keluar semula daripada jabatan imigresen semata-mata untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.

Kadang-kadang pemohon terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan surat pengesahan dari pegawai yang berkenaan terutama dari Pejabat Residen kerana pegawai bercuti tanpa ada pegawai lain yang boleh diberi kuasa untuk mengesahkan surat berkenaan.

Kita mengesa pihak Imigresen Sarawak di Miri boleh melantik seorang pegawai dalam jabatan Imigresen yang diberi kuasa mengesahkan Surat Akuan dengan tandatangan, cop Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah tanpa perlu pergi ke Jabatan yang berkenaan.

Pihak Imigresen Sarawak juga perlu menggunakan sistem dalam talian sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai yang ingin memohon Pasport Malaysia antarabangsa dan mengurangkan kesesakan di jabatan Imigresen seluruh negeri.

Pihak Imigresen boleh mengurangkan kesesakan dan memudahkan orang ramai dengan menggunakan sistem dalam talian apabila memohon Visa, Pasport Antarabangsa, Permit Masuk dan sebagainya.

Pemohon hanya datang ke pejabat Imigresen selepas permohonan itu diluluskan oleh pegawai Imigresen tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang di pejabat imigresen.

Mungkin sistem ini sudah ada tapi tidak digunakan sepenuhnya tanpa pengetahuan orang ramai dan pihak Imigresen perlu memberi penerangan atau menempatkan sistem dalam talian di jabatan berkenaan untuk orang ramai menggunakannya terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Kita harap pihak Imigresen dapat membaik pulih sistem berkenaan dengan lebih mesra pengguna. Ini bukan saja memudahkan pengguna tetapi akan mengurangkan bebanan tugas pegawai Imigresen dalam menguruskan pemohonan orang ramai dengan lebih cekap dan lancar.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Sarawak Immigration must use a fully online system

MIRI - Each year the applicants of Visit Pass (Social) must be certified or stamped from the government officials who have been appointed to get the signature, stamp of Court / Magistrate / Commissioner of Oaths which allows a foreign citizen that is non Malaysian citizen class to enter and reside in Malaysia.
The applicant or sponsor will have to complete a form available and once filled the applicant must obtain letter of Confirmation with signatures, stamps Court / Magistrate / Commissioner of Oaths of the officer concerned.

To obtain a letter of confirmation, the applicant had to go to the Resident Office or Court. Of course it's inconvenient the applicant who had to go out again of the immigration department just to get the confirmation letter.

Sometimes applicants have to wait long to get a letter from the officials concerned, especially from the Resident Office because of officials on leave without any other officer shall be authorized to verify the letter.

We urge the Sarawak Immigration in Miri may appoint an officer in the immigration department being duly authorized verify a declaration letter with signature, stamp of Court / Magistrate / Commissioner of Oaths without having to go to the relevant department.

The Immigration Sarawak should also use fully online system to facilitate the public who wish to apply for an international passport and reduce congestion at the Immigration department across the country.

The Immigration can ease congestion and make it easier for the public to use the online system when applying for a visa, international passport, entry permit and so forth.

Applicants only come to the Immigration office after the application is approved by the Immigration official without having to wait in long queues at the immigration office.

Perhaps this system already exists but is not fully used without the knowledge of the public and the immigration authorities should give an explanation or put online system at the relevant departments for the public to use it, especially those who do not have these facilities.

We hope that the Immigration Department can refurbish the system more user friendly. This not only makes it easy for users but will reduce the workload on Immigration officials in managing the public applications more efficiently and smoothly.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan