Pengikut

Nuffnang

Rabu, 16 Disember 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


RTM Sarawak Patut Siarkan Perbagai Bahasa Untuk Penduduk Tempatan

Posted: 15 Dec 2015 09:16 PM PST

Bahasa Vaie perlu dimasukkan dalam siaran Radio Sarawak


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". QS AL HUJURAT: 13

Ayat diatas menujukkan yang Allah menciptakan manusia dengan berbagai bangsa dan suku kaum supaya mereka saling kenal-mengenal antara satu sama lain.  Manusia berasal daripada Nabi Adam manusia yang pertama dicipta oleh Allah seperti yang tercatit dalam Al Quran. Setelah berlakunya evolusi maka bermulanya manusia berhijrah ke merata tempat dan dipisahkan menjadi berbagai bangsa dan kaum

Antara negara-negara di dunia yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik adalah Sarawak. Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang dan merupakan 'negara' yang mempunyai pelbagai pecahan kumpulan etnik dan suku kaum. Terdapat kira-kira 34 kumpulan etnik dan sub etnik yang terdapat di Sarawak.  Kaum Iban merupakan etnik terbesar di Sarawak diikuti oleh kaum Melayu, Bidayuh dan lain-lain kaum etnik. Antara etnik yang terdapat di Sarawak selain Iban, Melayu, Bidayuh, ialah Melanau, Bintulu@Vaie, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain.

Orang Bintulu lebih dikenali sebagai "Ulun Vaie atau Baie" adalah salah satu daripada kumpulan etnik yang tinggal di bahagian Bintulu dan Miri. Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa Bintulu @ Vaie dikategorikan mengikut suku kaum Melanau tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi perbualan dan adat resam bangsa ini. Dari segi agama majoriti orang Vaie beragama Islam dan Melanau juga memeluk pelbagai agama selain agama Islam ada juga penganut Kristian dan golongan pagan yang tidak mempunyai agama.

Majoriti orang Vaie kurang setuju dengan pandangan yang mengatakan orang Vaie asal dari suku kaum Melanau. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji asal-usul etnik di Sarawak jika menurut sejarah memang kita adalah dari akar atau rumpun yang sama. Ia mungkin berlaku kerana penghijrahan beratus-ratus ribu tahun yang lalu di mana mereka tinggal di pelbagai tempat, cara kehidupan yang berbeza maka terdapat pelbagai bahasa dan budaya seperti yang dikatakan dalam al-Quran. Agama Islam telah menyatukan manusia yang berbagai bangsa tanpa mengira warna kulit seperti satu persaudaraan dalam Islam.

Walaupun berbeza pandangan, masyarakat yang perbagai etnik di Sarawak dapat hidup aman tanpa sebarang masalah perkauman. Mereka menghormati adat dan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang masalah. Hanya pihak tertentu saja yang suka memainkan isu sentimen bangsa dan agama di Sarawak untuk tujuan tertentu.

Oleh kerana Vaie merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sarawak, Radio Televisyen Malaysia perlu memberi ruang untuk siaran bahasa Vaie diperkenalkan di Sarawak. Selain bahasa Inggeris, Melayu, Melanau, Iban dan juga bahasa orang Ulu yang mendapat siaran dalam radio Sarawak sepatutnya bahasa Vaie perlu juga diberi tempat yang sama.

Harap perkara ini mendapat perhatian dari Kementerian yang berkenaan dan juga pihak RTM di Sarawak khususnya untuk memberi peluang kepada penduduk Sarawak yang berbagai etnik dapat menikmati siaran berbagai bahasa di Sarawak.

Bahasa Vaie juga unik kerana ia digunakan secara meluas di Sarawak bahkan ada juga orang Vaie yang tinggal di Brunei. Kita mengesa stesen radio Sarawak dapat memberi ruang khas untuk bahasa Vaie diperkenalkan dalam siaran radio di Sarawak supaya semua etnik dalam Sarawak dapat belajar bahasa dan mengenal antara satu sama lain dengan lebih mesra lagi.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Vaie language should be included in Sarawak Radio broadcast

"O men! Behold, we have created you all out of a male and a female, and have made you into nations and tribes, so that you might come to know one another. Verily, the noblest of you in the sight of God is the one who is most deeply conscious of Him. Behold, God is all-knowing, all-aware".
Al-Hujurat-13, Surah the Dwellings Verse-13

The above verse shows that God created humans with various nations and tribes so that we get to know each other with each other. The human is originated from the Prophet Adam the first man created by God as written in the Qur'an. After the occurrence of evolution then man starts to migrate to various places and separated into various nationalities and races.

Among the countries of the world that have several of ethnic groups is Sarawak. Sarawak is also known as the Land of the Hornbill and is a 'country' which has had various fractions ethnic groups and the tribes. There are about 34 ethnic and sub-ethnic groups in Sarawak. The Iban are the largest ethnic group in Sarawak, followed by the Malays, Bidayuh and other ethnic groups. Among ethnic groups in Sarawak besides Iban, Malay, Bidayuh, is Melanaus, Bintulu @ Vaie, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayans, Bisaya, cloudy, Embaloh, Sekapan, cruel, Punan, Baketan, Ukit, Sihan , Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput and others.

Bintulu people better known as "Ulun Vaie or Baie" is one of the many ethnic groups living in Bintulu division and Miri. There is also a view says that the Bintulu @ Vaie categorized by tribes of Melanaus but there are a lot of difference in terms of conversation and customs of this people.  In terms of religion the Vaie majority is Muslim and Melanaus also embrace various religions other than Islam there are also Christians and pagans who have no religion.

The majority of Vaie people is not agree with the view that says the origin of Vaie is from the tribe of Melanaus. The history experts should review its ethnic origins in Sarawak if according to history indeed we are from the same root. It may occur because of migration of hundreds of thousands of years ago where they live in various places, different ways of life then there is variety of language and culture as it says in the Qur'an. Islam has united the variety of races of man regardless of skin color as a brotherhood in Islam.

Despite the differing views, the variety of ethnic communities in Sarawak can live peacefully without any problem of racism. They respect the customs and beliefs of each without any problems. Only certain people who likes to play the issue of ethnic and religious sentiments in Sarawak for a particular purpose.

Because Vaie is one of ethnic groups in Sarawak, Radio Television Malaysia should give space to broadcast Vaie language to be introduced in Sarawak. Besides English, Malay, Melanau, Iban and the Ulu language that gets radio broadcasts in Sarawak is supposed Vaie language should also be given the same place.

Hope this will get the attention from the relevant Ministries and RTM in Sarawak especially to provide an opportunity for the various ethnic groups of Sarawak can enjoy a variety of languages broadcast in Sarawak.

Vaie Language is also unique because it is widely used in Sarawak even there are also Vaie people living in Brunei. We urge Sarawak radio station can give a special space for Vaie language to be introduced in a radio broadcast in Sarawak so that all ethnic groups in Sarawak can learn the language and get to know each other more intimately again.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan