Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 12 Disember 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Penerbangan Lewat Penumpang Tanggung Kerugian

Posted: 12 Dec 2015 05:37 PM PST

Perjanjian antara pelanggan dan syarikat perniagaan perlu dikaji semula


Apabila penumpang lewat sedikit sampai ke kaunter daftar masuk atau ke dewan perlepasan, mereka tidak dibenar masuk pesawat tetapi apabila pihak syarikat penerbangan lewat atau menangguhkan penerbangan, penumpang hanya disuruh bersabar untuk meneruskan penerbangan seterusnya.
Kalau penumpang yang lewat terpaksa menanggung kos dan membayar semula kos yang lebih untuk mendapatkan pesawat seterusnya akibat kelewatan.

Pada 12 Disember, 2015 pesawat AirAsia telah menangguhkan penerbangannya dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Miri.  Pada mulanya pesawat dijangka berlepas dalam jam 8:30 malam yang sepatutnya berlepas jam 7:35pm kalau mengikut jadual sebenarnya.  Selepas satu jam menunggu, tiba-tiba pihak syarikat mengumumkan pesawat tidak dapat berlepas waktu tersebut dan seterusnya akan berangkat dalam jam 9:40pm.  Lebih kurang dalam jam 9:30pm, penumpang dibenar masuk dalam pesawat, setelah sekian lama menunggu dalam pesawat, tiba-tiba kapten  mengumumkan berlaku pertukaran kakitangan pesawat.

Oleh sebab berlaku pertukaran kakitangan pesawat menyebabkan sekali lagi penumpung disuruh turun semula dari pesawat untuk ke dewan perlepasan. Waktu jadual seterusnya ditangguh sehingga waktu 12 tengah malam. Pesawat yang sepatutnya berangkat jam 7:35pm telah bertangguh lebih dari 4 jam dan berlepas lebih kurang jam 12:15am pada 13hb Disember 2015.

Sampai ke Lapangan Terbang Miri sudah jam lebih kurang 2:50 pagi. Penumpang dari Miri ke KLIA 2 terpaksa menunggu sehingga jam 3 pagi untuk penerbangan seterusnya. Sampai di KLIA 2 sudah tentu dalam jam 5 pagi lebih kerana mengambil masa penerbangan 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Disebabkan kelewatan ini bukan saja menyusahkan penumpang terutama penumpang yang membawa anak-anak kecil dan orang tua tetapi mereka yang mempunyai urusan juga terjejas akibat kelewatan penerbangan ini. Ramai penumpang merungut kerana mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan ini

Apa yang menyedihkan pihak syarikat penerbangan tidak melayan atau membayar balik kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penumpang yang terpaksa membayar kos yang lebih akibat kelewatan tersebut.

Disinilah membuktikan yang perjanjian antara pelanggan dan syarikat penerbangan adalah berat sebelah dan tidak adil terhadap pelanggan atau pengguna.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula perjanjian antara syarikat perniagaan dengan pengguna kerana keuntungan hanya berpihak kepada pihak syarikat perniagaan sedangkan yang menanggung kerugian adalah pengguna tanpa dapat menuntut hak mereka sebagai pengguna.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak pemerintah kerana kita sebagai pengguna menanggung lebih banyak kerugian kalau dibanding dengan pihak syarikat perniagaan. Bukan saja dengan syarikat penerbangan tetapi juga dengan lain-lain syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam perjanjian ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

The agreement between customers and business corporations should be reviewed

When passengers arrive a bit late to check-in counter or departure hall, they were not allowed to enter the plane but when the airline delay or postpone the flights, passengers are told to be patient to continue with the next flight. If a passenger is late had to pay and reimburse costs more to get the next flight because of delays.

On December 12, 2015 AirAsia plane has postponed its flights from Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) to Miri. At first aircraft is due to depart within at 8:30 pm which was due to leave at 7:35 pm if in accordance with the actual schedule. After an hour of waiting, suddenly the airlines announced the aircraft could not take off that time and next will depart within at 9:40 pm. Approximately in 9:30 pm, the passengers were allowed to enter the aircraft, after a long wait in the aircraft, the captain suddenly announced there is a change of aircraft personnel.

Because there is a change of staff resulting in all other passengers of the flight were told to get off the aircraft back to the departure hall. The next schedule time postponed until 12 midnight. The aircraft was supposed depart at 7:35 pm has been deferred for more than 4 hours and depart at about 12:15 am on 13th December 2015.

Arrive at Miri Airport is at about 2:50 am.  Passengers from Miri Airport to the KLIA 2 had to wait until 3 o'clock in the morning for the next flight. Arriving at KLIA 2 of course within at 5 am because of the flight takes more than 2 hours to reach the destination.

Because of this delay are not only troublesome the passengers, especially passengers with small children and the elderly but those staying on business are affected by these flight delays. Many passengers complained that they had suffered loss as a result of this delay

Sadly the airlines do not treat or reimburse losses incurred by passengers who are forced to pay higher costs as a result of the delay.

This proves that the agreement between the customers and the airline is lopsided and unfair towards customers or users.

We urge the government to review the agreement between the business corporations and consumers because the profits is only favorable to the business corporations, while the losses are users without able to claim their rights as consumers.

This matter should be taken seriously by the government because we as consumers incur more losses if compared with the business corporations. Not only with the airlines but also with other businesses that pursue profits without taking into account the problems faced by customers.

Cooperation with the authorities to tackle the problem of injustice in this agreement is greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan