Pengikut

Nuffnang

Isnin, 7 Disember 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Penduduk Miskin perlu rumah baru dari PBR

Posted: 06 Dec 2015 08:37 PM PST

Penduduk Miskin Sukar Untuk Dapatkan Program Bantuan Rumah (PBR)

MIRI – Kerajaan telah menyediakan program bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman mereka terdahulu. Matlamat program ini ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan sasar.


Masalahnya sekarang ini adakah program ini mencapai matlamat untuk golongan sasar yang amat memerlukan rumah yang selesa untuk kehidupan mereka sekeluarga.  Kita dapati masih ramai golongan miskin dan kurang berkemampuan tidak memiliki rumah sendiri yang selesa terutama di kawasan luar bandar.

Rumah adalah tempat tinggal yang amat diperlukan oleh setiap insan, tanpa rumah yang selesa dan selamat boleh menimbulkan masalah sosial dikalangan rakyat terutama mereka yang kurang mendapat pendidikan dan perhatian dari pihak berkuasa.

Salah seorang penduduk di Kpg Bakam mengadu kepada pihak kami yang beliau sudah beberapa kali memohon bantuan rumah tetapi sehingga kini masih belum diluluskan lagi. Apabila beliau bertanya dengan pihak yang berkenaan alasan yang diberikan adalah tunggu giliran, tetapi yang peliknya ialah mengapa pemohon baru boleh mendapatkan lebih cepat manakala dia telah memohon awal dari itu tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan.

Encik Johan Raup salah seorang penduduk di Kpg Bakam yang memiliki 6 orang anak terpaksa tinggal dalam pondok atau rumah papan yang sempit untuk meneruskan kehidupan seharian bersama keluarganya. Beliau merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara pihak yang berkenaan mengendalikan program tersebut seolah-olah ada pilih kasih terhadap keluarga yang amat memerlukan tempat tinggal yang selesa. Beliau yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang sekadar cukup untuk menampung kehidupan seharian keluarga beliau.

Rumah papan beliau yang kecil itu menempatkan 8 orang dengan menggunakan kayu papan dan zink untuk dinding dan bumbung juga bocor. Beliau amat memerlukan sebuah rumah baru yang selesa dan selamat untuk menempatkan keluarganya yang semakin ramai dan membesar itu. Beliau juga mengharapkan masalah beliau mendapat perhatian dari pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera membuat rumah baru untuk beliau sekeluarga.

Kita mengesa pihak berkuasa dan mereka yang diamanah oleh rakyat supaya dapat memberi bantuan segera keatas keluarga Johan dan mereka yang amat memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.  Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat sepatutnya masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana semua peruntukan untuk program bantuan rumah untuk rakyat, kita yakin sudah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.

Kita harap pihak yang berkenaan boleh menyemak semula pemohonan Johan dan perlu diberi perhatian segera kerana keadaan rumah beliau memang kurang selamat untuk tempat tinggal keluarga yang ramai.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

The poor population Difficult to Obtain Housing Assistance Program

MIRI - The government has provided financial assistance program and management to enable the target groups live in the house safer and more comfortable when compared to their previous residence. The goal of this program is to improve the standard and quality of life of the target group.

The problem now is whether the program is achieving for the target groups  which urgently needs a comfortable home for their family life. We find that many of the poor and underprivileged do not have their cozy home, especially in rural areas.

House is a place to stay that is needed by every human being, without a comfortable and safe home can cause social problems among the people especially those who have less education and attention from the authorities.

One of the residents in Kpg Bakam complained to us that he has several times applied for housing assistance, but so far has not been approved yet. When he asked with the parties concerned the reason given was waiting for his turn but strangely enough is why new applicants can get faster while he had applied earlier than that are not being treated by the parties concerned.

Mr. Johan Raup one of the residents in Kpg Bakam that have 6 children had to live in huts or the narrow wooden house to continue daily lives with his family. He felt something was wrong with the way the parties concerned handle the program as if there is favoritism toward families in dire need a place to stay comfortable. He was a self-employed with incomes that is just enough to cover the daily lives of his family.

The small wooden house accommodates 8 people with wooden planks and zinc for walls and the roof also leaked. He urgently needs a new home that's comfortable and safe to accommodate his family that an increasing number and it grow. He also hoped his problems get the attention of the authorities to take immediate action to make a new home for his family.

We urge the authorities and those who are entrusted by the people to be able to help immediately on Johan family and those who are in dire need of assistance regardless of race, religion and political affiliation. As a government elected by the people is supposed to resolve the problem as soon as possible because all the provisions for housing assistance program for people, we believe it is approved by the federal government.

We hope the parties concerned can revise Johan application immediately and noteworthy because his home condition is unsafe place to stay for large family. Cooperation with the parties concerned to address the problems of the people is very much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan