Pengikut

Nuffnang

Khamis, 10 Disember 2015

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


Mahu tenang?

Posted: 10 Dec 2015 06:30 AM PST

 
 الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
 
" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram".

(Al Qur'an S 13: Ar-Ra'd – 28)
 
Apakah nilai ketenangan?
Berapakah harga yang mahu diberi untuk mendapat rasa tenang?
Makan dah banyak tapi masih gelisah...tetap rasa tak kenyang kenyang
Tidur dah lebih.....masih letih dan muram....
duit dan harta menimbun.....gelang,cincin,permata semua serba serbi ada, tapi hati tetap sakit...
Rumah berkilauan, penuh perhiasan......diam dalamnya amat mendebarkan.....mana tahu datang perompak mengangkut harta.
Pagar bersistem penggera juga masih tidak mententeramkan 

Tenang....ketenangan...di mana ia?
Tenteram....nyaman....adakah anda boleh rasakan?

Si Pencipta tahu.....
Si Pencipta kasih...
Si Pencipta bongkarkan rahsia untuk kita.....

Iman...
Beriman kepada Allah......hati akan tenang....jiwa akan tenteram
Ingat akan Allah....FAHAM sifatNya.....yakin Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Pengasihnya Allah....Maha Memakbulkan doa
Apalagi yang kita perlu? Siapa lagi yang kita perlu berharap selain Allah?
Yang Maha Berkuasa Untuk melakukan segala sesuatu.....
Tiada Tuhan Melainkan Allah............
 
Syukur Alhamdulillah

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan