Pengikut

Nuffnang

Rabu, 9 Disember 2015

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


Untungkah buat baik?

Posted: 09 Dec 2015 07:43 AM PST

Direkodkan daripada Jabir bin Abdullah,nabi pernah berpesan
"Setiap perbuatan baik adalah sedekah"
Hadis sahih bukhari,kitab adab,no hadis 6021

Pengajaran bagi kita:
1. Perbuatan baik adalah bagus, disukai Nabi saw dan menguntungkan. Bukan kerja sia-sia.
2. Sedekah adalah bagus. Nabi saw lakukan. Nabi saw suka. Banyak pahala. Sangat menguntungkan. Disukai Allah. Sudah tentu dapat ganjaran , kalau tak di dunia sudah terjamin dapat ganjaran.

Ini kebenaran. Ini kenyataan Rasulullah saw yang siddiq.
Justeru, kita perlu bertindak kalau mahu untung. Kalau tidak bertindak bermakna kita akan rugi.Terlepas peluang.
Tindakan kecil(baby steps) yang kita boleh ambil serta merta.

Memaafkan manusia yang jahil adalah perrbuatan baik. Susah? Menyakitkan? Kalau mahu untung, kalau tidak mahu rugi, kalau mahu ikut kata insan terpilih oleh Yang Maha Kuasa, yang pernah masuk syurga semasa hidupnya dan akan masuk semula kekal abadi selepas wafatnya....kita perlu buat baik. Memaafkan adalah perbuatan baik.....jadi maafkanlah.
Insya Allah, dada akan menjadi lapang, jiwa akan tenang dan fikiran akan lebih cerdas. Penyakit akan mudah sembuh. Kawan lebih ramai.

Maafkanlah. Mudah mudahan orang lain akan memaafkan kita.
Maafkan saya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan