Pengikut

Nuffnang

Isnin, 30 November 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kemana perginya peruntukan untuk jalan luar bandar Sarawak?

Posted: 29 Nov 2015 07:49 PM PST

Masalah jalan di luar bandar Sarawak perlu perhatian


MIRI – Walaupun peruntukan berjuta-juta ringgit telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk membina jalan perhubungan di Sarawak tetapi masalah jalan teruk masih lagi wujud di kawasan luar bandar.

Masalah jalan di kawasan luar bandar Sarawak masih lagi jadi isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Jalan yang teruk dan berlobang banyak terdapat di kawasan luar bandar dan diantaranya ialah perkampungan Bulau di Peninjau dalam parlimen Sibuti.

Jalan yang sepanjang 6.5 KM dari jalan simpang utama dari Miri ke Bintulu telah lama dalam keadaan berlobang. Keadaan jalan bertambah teruk terutama waktu musim hujan. Jalan berlopak menyebabkan sukar untuk kenderaan kecil melalui jalan tersebut ketika hujan lebat.

Majoriti penduduk di kampung Bulau adalah kaum Melayu dan terdapat juga kaum etnik lain di situ. Kebanyakan mereka adalah petani. Mereka berharap pihak kerajaan dapat menurap jalan berlobang tersebut untuk memudahkan mereka menghantar anak mereka ke sekolah dan juga memudahkan mereka berulang alik ke tempat kediaman mereka.

Kita mengesa pihak yang berkuasa menggunakan peruntukan bajet untuk jalan luar bandar digunakan sepenuhnya. Jangan hanya menunggu waktu pilihan raya barulah pihak tertentu menggunakannya untuk tujuan memancing undi. Kita yakin peruntukkan yang sedia ada sudah cukup untuk menurapkan semua jalan di luar bandar Sarawak sekiranya pihak yang berkenaan memantau setiap projek yang sudah mendapat kelulusan.

Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan menurapkan jalan tersebut dengan segera amat dihargai agar penduduk di kampung tersebut dapat melalui jalan tersebut dengan selamat dan selesa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

The problems of rural roads in Sarawak need attention

MIRI - Although the provisions of millions of ringgit was approved by the federal government to build roads in Sarawak but the problem of severe road still existing in rural areas.

The problems of roads in the rural areas of Sarawak are still an issue that needs to be addressed by the authorities. The poor road and perforated is widely existing in rural areas and among them is the village of Bulau at Peninjau in Sibuti parliamentary.

The road along 6.5 kilometers from the main road junction from Miri to Bintulu has long been in perforated condition. The potholes make it difficult for small vehicles through the road during heavy rain.

The majority of the populations in Bulau village are Malays and other ethnic groups are also there.
Most of them are farmers. They hope the government can pave the perforated roads to facilitate them send their children to school and also make it easier for them to commute to their home.

We urge the authorities to use the budget allocation for rural roads fully utilized. Do not just wait for election time then the certain parties use it for the purpose of votes. We believe that the existing provisions are enough to tar all the roads in Sarawak rural if the parties concerned monitor every project that has been approved.

Cooperation with the relevant authorities to address this issue to tar the road immediately is highly appreciated so that the villagers of the village able to pass through the road safely and comfortably.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan