Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 20 November 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Puak Pelampau bukan dari golongan Islam Sejati

Posted: 20 Nov 2015 04:01 AM PST

PAS kutuk pembunuhan kejam keatas rakyat Sarawak

Satu kepala terpenggal dipercayai milik Bernard Then Ted Fen tebusan dari Malaysia dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada petang Selasa, menurut pegawai polis selatan Filipina.

Menurut 'The Star' Ketua Polis Jolo Major Junpikar Sitin diberitahu bahawa penyapu jalan menjumpai kepala di dalam sebuah karung dengan perkataan "Bernard Then Ted Fen"  di Marina Street di Barangay Chat City di Jolo pukul 8.30 malam Selasa lalu. Kepala tersebut dipercayai milik Bernard Then Ted Fen 39, seorang jurutera elektrik rakyat Sarawak, yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

Laporan perisikan dari Jolo menunjukkan bahawa Then telah dipancung oleh puak Abu Sayyaf yang diketuai oleh Idang Susukan di Indanan berikutan  tarikh akhir diberikan selama seminggu untuk memenuhi permintaan untuk mendapatkan wang tebusan yang lebih tinggi yang telah dibuat semasa pembebasan pemilik restoran Sabah Thien Nyuk Fun pada 9 November.

Laporan juga menyatakan bahawa pemotongan kepala itu berlaku apabila tentera Filipina mempergiatkan operasinya terhadap Abu Sayyaf di kawasan Indanan itu. Brigadier-Jeneral Alan Arrojado, komander Pasukan Petugas Bersama Kumpulan Sulu, yang telah mengesahkan bahawa Then dipancung, juga menyatakan bahawa badan itu segera dikebumikan di persekitaran di mana pemotongan kepala itu berlaku.

Beliau juga berkata pemotongan kepala itu berlaku ketika tentera melancarkan serangan meriam pada  kedudukan tahanan tebusan di Jolo.  Arrojado berkata usaha kini sedang dibuat untuk mencari mayat Then. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pihak polis masih cuba mengesahkan maklumat tersebut dengan sumber rasmi.
Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh penganas terhadap para tebusan di Selatan Filipina baru-baru ini keatas rakyat Sarawak amat dikesali. Islam melarang umatnya membunuh sesama insan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perbuatan mereka yang melakukan keganasan dan kekejaman terhadap orang awam ini sebenarnya bukan ajaran Islam. Mereka yang mengaku sebagai seorang Muslim dilarang melakukan perkara tersebut dan ini bukannya sikap mereka yang mengikut ajaran Islam yang sebenar yang dibawa dan diajar oleh Rasullullah.

Sebarang kegiatan keganasan dilakukan oleh puak pelampau yang berlaku sekarang, jangan dikaitkan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah agama pendamaian bukan seperti yang digambarkan oleh media yang anti Islam.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan keatas orang awam dan kita juga ingin mengucapkan takziah dan simpati keatas keluarga mangsa. Pasukan keselamatan harus meningkatkan lagi kawalan dan keselamatan di kawasan yang sering menjadi sasaran penculikan.

Kita mahu hubungan harmoni sesama bangsa dan agama di Malaysia dan khususnya di Sarawak akan terus dikekalkan dan kita menentang sebarang bentuk keganasan terhadap sesama insan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS condemns the brutal murder on Sarawak citizen

A severed heads believed to be Bernard Then Ted Fen hostages of Malaysian was found near the building of the municipal council on the island of Jolo on Tuesday evening, according to police officers southern Philippines.

According to 'The Star' Jolo police chief Major Junpikar Sitin told that a street sweeper found the head in a sack with the words "Bernard Then Ted Fen" in Marina Street at Barangay Wall City in Jolo at about 8:30 pm Tuesday. The head is believed belong to Bernard Then Ted Fen 39, an electrical engineer of Sarawak citizen, which is believed to be killed by the kidnappers of Southern Philippines.

Intelligence reports from Jolo show that Then was beheaded by Abu Sayyaf faction led by Idang Feed in Indanan following the deadline given for a week to meet the demand for a higher ransom that was made during the release of Sabah restaurant owner Thien Nyuk Fun on 9 November.

The reports also stated that the beheading occurred when the Philippines military intensified its operations against the Abu Sayyaf in the Indanan area. Brigadier-General Alan Arrojado, commander of the Joint Task Group Sulu, which has been confirmed that Then was execution, also said that the body was immediately buried in the vicinity where the beheading took place.

He also said the beheading took place when the military launched an artillery attack on the positions of hostages held in Jolo. Arrojado said efforts are made to look for Then's remains. According to the Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar, the police are still trying to confirm that information with official sources.

The brutal murders committed by terrorist against the hostages in the southern Philippines recently on the Sarawak citizen are deplorable. Islam forbids Muslims to kill fellow human beings, irrespective of race and religion.

Those who commit acts of violence and atrocities against civilians are in fact not the teachings of Islam. Those who claimed to be a Muslim is forbidden to do that and this is not the attitude of those who follow the teachings of the true Islam that brought and taught by the Prophet.

Any act of terrorism committed by extremists that happening now, do not be associated with the teachings of Islam because Islam is a religion of peace is not as portrayed by the media that anti-Islam.

We strongly condemn the killing committed against civilians and we also want to express our condolences and sympathy to the family victim. The security forces should step up surveillance and increased security in the region that are frequent targets of kidnappings.

We want harmonious relations among race and religion in Malaysia and especially in Sarawak will continue to be maintained and we are against any form of violence against fellow human beings.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan