Pengikut

Nuffnang

Rabu, 11 November 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Nasib warga emas yang terpinggir

Posted: 10 Nov 2015 09:48 PM PST

Warga emas perlu perhatian kebajikan

MIRI – Seorang warga emas di Kampung Gatas di Bungai, Bekenu memerlukan perhatian dari pihak kebajikan disebabkan beliau menghadapi masalah untuk bergerak akibat terkena strok @ angin ahmar beberapa bulan yang lalu. Beliau yang semakin berusia dan juga mempunyai penyakit menyebabkan beliau merasa kesakitan ketika beliau cuba untuk bergerak.

Puan Tamah Bt Khair seorang warga emas yang berusia lewat 60an dijaga oleh menantunya bersama anak lelaki dan cucu tinggal di Kampung Gatas sebuah perkampungan di Bungai. Beliau juga merupakan ibu saudara kepada salah seorang wakil rakyat dalam Dun Parlimen Sibuti. Menurut Makcik Tamah, beliau terkena strok sewaktu melawat anaknya di sebuah ladang tempat anaknya bekerja. Sejak beliau terkena strok, separuh dari anggota badannya sukar untuk bergerak dan beliau hanya berbaring dikamarnya.

Baru-baru ini PAS Miri telah melawat dan menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan beliau bergerak dan keluar dari kamar tidurnya dengan mengambil angin segar di luar rumah. Pada permulaan terkena strok separuh badan beliau lumpuh dan terlalu sukar untuk bergerak dan sekarang Alhamdullillah ada sedikit perubahan.

Dengan adanya kerusi roda tersebut sekurang-kurangnya mudah bagi ahli keluarganya membawa beliau keluar bersiar-siar sambil mengambil angin segar di luar pantai yang berdekatan dengan rumah beliau di pantai Bungai.

Kita mengesa pihak kerajaan dan badan kebajikan agar dapat terus membantu beliau dalam menyara dan menanggung kos kehidupan harian beliau untuk membeli ubat dan sebagainya. Kesihatan beliau perlu diberi perhatian agar beliau cepat sembuh dan dapat berjalan semula seperti biasa.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan membantu warga emas yang memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan. Mereka inilah yang amat memerlukan bantuan dan kita harap bajet yang diperuntukan untuk golongan sasaran ini dapat dinikmati oleh mereka yang sepatutnya.

Kita harap masalah rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan perlu diberi keutamaan oleh pihak pemerintah yang telah diberi mandat oleh rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Senior Citizen needs welfare attention

MIRI - A senior citizen in Kampung Gatas at Bungai, Bekenu needs attention from the welfare because she faces problems to move around due to stroke a few months ago. She's getting older and also have the disease caused her feel pain when she tried to move.

Mrs. Tamah Bt Khair a senior citizen in her late 60s who looked after by her daughter-in-law, son along with grandchildren stayed at Kampung Gatas a village of Bungai. She is also the aunt of one of the elected representative in Dun Sibuti Parliamentary. According aunty Tamah, she get stroke while visiting her son at a farm where her son worked. Since she get stroke, half of her body hard to move and she just lay in her room.

Recently PAS Miri has visited and contributed a wheelchair to help her move in and out of her bedroom taking fresh air outdoors. At the beginning of the stroke half of her body paralyzed and too difficult to move and now Thanks Allah there are a few changes.

With the wheelchair at least it easy for her family members bring her out for a walk, taking a fresh breeze off the coast near her home on the shore of Bungai.

We urge the government and the welfare organizations to continue to support and assist her in her daily life to bear the costs for the purchase of medicines and so on. Her health is noteworthy so that she quickly recovered and can walk again as usual.

It is the responsibility of the relevant authorities to assist senior citizens who need welfare assistance and health. They are the ones who really need help and we hope that the budget allocated for this target group can be enjoyed by those who are supposed to be.

We hope that the problems of the people who need welfare assistance and health should be given priority by the government, which was given the mandate by the people.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan