Pengikut

Nuffnang

Rabu, 4 November 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Masjid Lama perlu dipertahankan ciri-ciri keunikannya

Posted: 03 Nov 2015 08:57 PM PST

Masjid Lama Bintulu perlu dikekalkan sebagai Warisan Negara

Antara Masjid Lama yang masih wujud di Sarawak adalah Masjid di Kampung Masjid, Bintulu. Masjid yang pertama dibangunkan oleh kaum Muslimin tempatan di Bintulu telah dibina pada tahun 1917 di Kampung Masjid di tapak yang sama seperti yang terdapat pada hari ini. Menurut sejarah tempatan, Almarhum Datu Abang Haji Abdullah bin Ishak atau lebih dikenali dengan nama "Suvau", seorang "Native Officer" semasa pemerintahan Brooke, telah memimpin penduduk tempatan bersama-sama membina masjid tersebut.  Beliau juga telah dilantik menjadi Imam pertama di masjid itu.

Pada tahun 1950-an, masjid yang pertama itu telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru di tapak yang sama seperti yang masih terdapat hari ini.

Baru-baru ini kita sempat  melawat dan bersolat dalam masjid yang bersejarah tersebut yang berada ditengah-tengah bandar Bintulu. Menurut penduduk tempatan, Masjid baru akan dibina untuk kampung tersebut dan kemungkinan besar Masjid lama ini akan dirobohkan. Ini sudah tentu satu kehilangan besar bagi umat Muslim yang sudah lama menetap di situ yang masih sayangkan Masjid Lama yang penuh dengan kenangan dan nostalgia. Kalau dapat masjid lama tersebut dibaik pulih dan diwartakan sebagai tempat bersejarah untuk masjid lama di Bintulu.

Kita mengesa kerajaan Sarawak perlu untuk pemuliharaan bangunan bersejarah sebagai warisan negara agar ianya tidak pupus begitu saja ditelan zaman. Walaupun pembangunan amat diperlukan tetapi tapak bangunan bersejarah perlu dikekalkan. Banyak bangunan bersejarah di negara ini telah dimusnahkan untuk tujuan pembangunan.  Bagi memastikan monumen warisan tidak hilang dan ianya dapat dilihat oleh generasi akan datang, pihak kerajaan perlu mengekalkan dan membaik pulih bangunan tersebut.

Ramai pelancong dari luar dan dalam negeri boleh tertarik untuk melawat dan melihat ciri-ciri reka bentuk dan unsur kebudayaan yang unik pada bangunan bersejarah itu. Secara tidak langsung bangunan bersejarah yang masih mengekalkan ciri-ciri warisan zaman dulu masih lagi dapat dilihat oleh generasi akan datang sekiranya pihak kerajaan perihatin untuk memulihara khazanah warisan zaman.

Kita harap pihak kerajaan dapat memberi perhatian akan perkara tersebut dan segera mewartakan bangunan bersejarah sebagai Warisan Negara. Selamatkan bangunan bersejarah dari kemusnahan dari arus pembangunan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Bintulu Old Mosque should be preserved as a National Heritage

Among the Old Mosque which still exists in Sarawak is the mosque in Kampung Masjid, Bintulu. The first mosque constructed by local Muslims in Bintulu was built in 1917 in the Kampung Masjid on the same site as it is today. According to local historians, the late Datu Abang Haji Abdullah bin Ishak, better known name as "Suvau", a "Native Officer" during the reign Brooke, has led local residents together to build the mosque. He was also appointed as the first Imam of the mosque.

In the 1950s, the first mosque was demolished and replaced with a new building on the same site as still available today.

Recently we had the opportunity to visit and pray in the historic mosque that was located in the middle of Bintulu town. According to local residents, the new mosque will be built for the Kampung Masjid and most likely the Old Mosque will be demolished soon. This is certainly a great loss for the Muslims who had long stayed there who still love the Old Mosque which is full of memories and nostalgia. If possible the old mosque is restored and gazetted as a heritage site of the old mosque in Bintulu.

We urge the government of Sarawak need for conservation of historic buildings as national heritage so that it not extinct just like that of the passage of time. Though development is needed but the historic building site should be preserved. Many historic buildings have been destroyed in this country for development purposes. To ensure the heritage monuments is not lost and it can be viewed by future generations, the government need to maintain and refurbish the building.

Many tourists from outside and domestic may be interested to visit and see the design features and a unique cultural element of the historic building. Indirectly, the historic building that is still retains the characteristics of bygone era heritage can still be seen by future generations if the government concerned to preserve the heritage of the age.

We hope the government will pay attention to the matter and immediately proclaim the historic building as a National Heritage. Save our historic building from the destruction of development.














0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan