Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 27 November 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


KEM ANAK SOLEH CETUSAN ALMAHUM US AZIZAN TARBIAH MASA CUTI YANG BEKESAN

Posted: 26 Nov 2015 04:38 PM PST

KEM ANAK SOLEH CETUSAN ALMAHUM US AZIZAN  TARBIAH MASA CUTI  YANG BEKESAN

SUNGAI PETANI- 25 Nov 2015

Seperti kebiasaanya pada musim cuti sekolah, Urusetia Pembangunan Insan PAS negeri Kedah akan menganjurkan kem-kem cuti sekolah khusus untuk pembangunan insan anak-anak remaja di seluruh negeri Kedah sebagai kesinambungan pembangunan insan yang dimulakan oleh Allayarham Ustaz Azizan bin Abd Razak, mantan Menteri Besar Kedah.

Pada tahun ini dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Sg.Petani, Kem Anak Soleh peringkat kawasan Sg.Petani telah berlangsung pada 21 Nov 2015 hingga 24 Nov 2015 untuk peserta lelaki dan akan berlangsung pada 2 Dec 2015 hingga 5 Dec untuk peserta perempuan di Madrasah Al-Hashimiah, Kampung Telok Wang, Sg.Petani.

Selain dari modul-modul memperelokkan ibadah yang diajarkan seperti modul taharah, memperbetulkan solat dan tahsin bacaan dalam solat, modul-modul pendidikan adab dan akhlak juga ditekankan selain dari aktiviti luar kem seperti merentas hutan dan juga ikhtiar hidup.

Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan dimana seramai 80 orang peserta telah menyertai kem ini walaupun pada awalnya dihadkan kepada 50 orang peserta sahaja. Jumlah peserta yang sama juga dijangkakan untuk kem peserta perempuan.

Menurut penasihat program iaitu En. Muhammad Izzwan bin Ismail, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Sg.Petani, selain dari pembangunan akhlak peserta, program ini juga sebagai salah satu dari misi PAS Kedah iaitu kebajikan dalam bentuk pendidikan kerana peserta hanya dikenakan yuran sebanyak RM70.00 untuk program 4 hari 3 malam merangkumi penginapan, modul, makan minum dan aktiviti-aktiviti program.

Majlis perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Ustaz Hj. Fishol bin Hj.Hashim yang juga Mudir Madrasah Al-Hashimiah. Rata-rata ibu-bapa berasa amat gembira dan memberikan respon yang baik terhadap perubahan pada anak-anak selepas mengikuti program dengan menaipkan ucapan terima kasih kepada urusetia dan fasilitator sehari selepas program berlangsung.






0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan