Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 6 November 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

Posted: 05 Nov 2015 04:25 PM PST

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

SUNGAI PETANI - 6 November 2015

Jabatan Amal akan mengadakan projek amal membaiki rumah di Kampung Sungai Emas Kota Kuala Muda dalam masa terdekat. Justeru Jabatan Amal Sungai Petani masih memerlukan dana sekitar RM 1000 untuk penyediaan bahan-bahan pembinaan rumah kos rendah.

Hal ini rentetan beberapa siri bantuan Jabatan Amal dan Pemuda PAS Sungai Petani di sekitar Kuala Muda awal Ramadhan yang lalu dan didapati beberapa kes ibu tunggal, kes ketua rumah sakit kronik (si bapa) dan penanggung anak OKU yang memerlukan kso yang agak tinggi bagi mereka yang hanya bekerja kampung.



Rumah berkenaan kini separa siap dan masih menunggu dana untuk diseesaikan.

" Kami memohon dan merayu para dermawan sekitar negeri Kedah untuk membantu menyalurkan bantuan kepada projek ini yang bukan sahaja tamat di sini sebaliknya banyak lagi rumah-rumah dhoif akan kami bantu dengan kepakaran sebahagian besar anggota Jabatan Amal Sungai Petani" ulas Mohd Izzwan ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani merangkap penasihat projek ini.

Pihak dermawan boleh menghubungi :

En Huzairi (Bendahari ) : 013-5083792 atau En Khairul (Ketua Amal) : 012-5976511


Atau salur terus ke Bank Islam Pemuda PAS Sungai Petani : 02020010059108

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan