Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 30 Oktober 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Setelah 2 tahun bumbung kanopi Pasar Malam rosak

Posted: 30 Oct 2015 04:09 PM PDT

Bumbung Kanopi Pasar Malam rosak perlu ditukar segera

MIRI - Pasar Malam di Pusat Komersial, Saberkas Miri menjadi salah satu tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri bila berkunjung ke bandaraya Miri. Pasar Malam Saberkas mula beroperasi seawal petang hari Rabu sehingga hari Sabtu.

Setelah bertahun-tahun para penjaja memohon tapak kekal, akhirnya pihak berkuasa bersetuju memberi tapak kekal kepada para penjaja di situ untuk berniaga. Pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah memperuntukan sebanyak RM400,000 untuk membina tempat perniagaan kekal untuk para penjaja pasar malam di situ.

Walaupun pihak MBM telah memberi peruntukan sebanyak RM400,000 untuk memasang kanopi itu tetapi sekarang setelah lebih dari dua tahun, kanopi yang dipasang itu koyak dan bocor ketika hujan baru-baru ini. Bumbung yang ada sekarang ini tidak tahan lama dan mudah rosak apabila terkena hujan dan panas.

Ramai pengunjung Pasar Malam mengadu ketika hujan keadaan disitu basah menyebabkan barang jualan juga basah akibat bumbung kanopi tersebut bocor ketika hujan. Bukan saja pengunjung yang kurang selesa tetapi penjaja disitu pun tidak puas hati kerana dari dulu lagi mereka mahu pihak MBM memasang bumbung yang lebih kukuh dan tahan lama seperti tempat makan di Seroja di mana strukturnya kukuh dengan menggunakan bumbung yang tahan lama bukannya mengguna kanopi seperti di Pasar Malam di Saberkas.

Kita mengesa pihak MBM perlu menukar bumbung Pasar Malam dengan stuktur yang lebih kukuh dengan segera agar ianya menjamin keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung dan juga penjaja disitu.

Pasar malam yang teratur, selesa dan selamat untuk penjaja dan pengunjung akan memberi imej yang baik kepada pelancong dari luar yang melawat bandaraya Miri.

Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak yang berkenaan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah penjaja Pasar Malam ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

The canopy roof of Night Market is damaged should be changed immediately

MIRI - Night Market in Commercial Centre, Saberkas Miri become one of the attractions visitors from domestic and overseas when it visited Miri city. Saberkas Night Market began operating as early as Wednesday evening until Saturday.

After many years the hawkers apply a permanent sites, the authorities finally agreed to give permanent site for hawkers to do business there. Miri City Council (MCC) has allocated RM400, 000 to build a permanent place of business for the night market hawkers there.

Although the council has allocated RM400, 000 to install a canopy, but now after more than two years, the canopy that installed is torn and leaking when it rained recently. The existing roof is non-durable and can be easily damaged when exposed to rain and heat.

Many visitors complain when it rains the Night Market condition there is wet causing vendible also wet due to the canopy roof leaks when it rains.

Not only are visitors who are less comfortable but the hawkers there was disgruntled because than they used to be they want the MBM install a stronger roofs and durable like dining areas at Seroja where its structure stronger by using a durable roof instead of using a canopy as the Night Market in Saberkas.

We urge the council need to change the roof the Night Market with a stronger structure immediately so that it will ensure the comfort and safety of visitors and the hawkers there.

The night market that is organized, comfortable and safe for the hawkers and visitors will give a good image to tourists who visit Miri city.

Hope this gets immediate attention and action from the parties concerned. Cooperation with the relevant authorities to tackle the problem of the Night Market hawkers is very much appreciated.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan