Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 24 Oktober 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Bajet 2016 Untuk Pilhan Raya

Posted: 24 Oct 2015 12:14 AM PDT

Adakah Bajet 2016 khas untuk Pilihan Raya Sarawak?


YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 di Parlimen dengan tema "Mensejahtera kehidupan rakyat".

Bajet 2016 mencadangkan untuk memperuntukkan sebanyak 29.2 bilion ringgit untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan beberapa peruntukan tambahan seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) yang bebas tol sepanjang 1,090 km dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan peruntukan RM 16.1 bilion. 

Antara lain ialah perkhidmatan kelas ekonomi udara domestik dikecuali daripada  GST, satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang, 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan  makanan dan pendapatan penanam padi.

Walaupun ianya nampak baik untuk penduduk di luar bandar tetapi ianya lebih pada peruntukan untuk mengula-gulakan penduduk luar bandar yang masih lagi terpinggir dari arus pembangunan di Sarawak. Ini seolah-olah bajet untuk Pilihan Raya umum Sarawak yang akan diadakan pada awal tahun 2016.

Pada bajet 2015 yang lalu Kementerian Kewangan berjanji untuk terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan  dan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sejumlah 4.5 billion ringgit diperuntukkan pada bajet 2015 yang lalu terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program berikut. Diantaranya peruntukan yang masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya ialah :

-          Projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit.
-          Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit,
-          Program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit,
-          program membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit,
-          Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit,
-          melaksanakan program pembangunan ekonomi,kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat orang asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit dan
-          Menambah 10 batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit . Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.

Persoalannya sekarang adakah pihak Audit Negara telah membuat laporan tentang perbelanjaan keatas peruntukan tersebut sampai kepada sasarannya. Bagaimana dengan tindakan keatas mereka yang menyalahgunakan peruntukan yang dilaporkan oleh Audit Negara sebelum ini. Apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan  keatas mereka ini?

Kita dapati masih lagi terdapat kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Sarawak yang masih lagi ketinggalan dari segi infrastruktur dan jalan perhubungan pun masih teruk. Banyak lagi jalan yang belum dibaik pulih atau diturap sepenuhnya terutama di kawasan luar bandar.

Kita ingin tahu sama ada bajet dan peruntukan yang telah disalurkan untuk Sarawak seperti yang tersebut diatas telah digunakan sepenuhnya atau masih ada lagi baki yang masih belum digunakan untuk projek tersebut.

Kita mengesa pihak kerajaan mengeluarkan laporan Audit Negara khususnya peruntukan yang telah diluluskan untuk Sarawak sama ada telah digunakan sepenuhnya atau sebaliknya supaya setiap peruntukan tahunan dapat disalurkan kepada golongan sasaran untuk mengelak sebarang ketirisan dan penyalahgunaan peruntukan.

Kita tidak mahu peruntukan yang sedia ada digunakan untuk tujuan memacing undi semata-mata ketika hampir Pilihan Raya umum. Hak-hak rakyat perlu diberi kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik supaya hasrat kerajaan untuk mensejahtera kehidupan rakyat mencapai kejayaan.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Did Budget 2016 is typical for Sarawak State Election?

YAB Dato 'Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister and Minister of Finance has tabled budget 2016 on 23 October 2015 in Parliament with the theme "Wellbeing of the people's lives."

Budget 2016 proposes for allocate 29.2 billion for development in Sabah and Sarawak with some additional provisions, such as the construction of the Pan Borneo Highway (LPB) toll-free along the 1,090 km is expected to be completed in 2021 with an allocation of RM 16.1 billion.

Among others are economy class domestic air services exempt from the GST, a new program, 70 million is provided through Bank Simpanan National for interest-free loans for the purpose of building longhouses with a loan limit of 50 thousand ringgit for each unit in the longhouse, 70 million ringgit as Huma paddy fertilizer subsidy are provided to increase food supplies and paddy farmers income.

Although it looks good for the rural population but is rather on the provision for snaking sweet-talk the rural population that are still marginalized from the mainstream of development in Sarawak. This seems to be a budget for Sarawak State Election to be held in early 2016.

In the last 2015 budget the Ministry of Finance pledged to remain committed to providing and upgrading of facilities and rural infrastructure in Sabah and Sarawak.  A total of 4.5 billion allocated in the last 2015 budget, especially in Sabah and Sarawak to implement these programs. Among these provisions have yet to be fully implemented include:

- The rural roads along 635 kilometres, including former logging roads in Sabah and Sarawak with an allocation of 943 million ringgit.
- Implementing a program of electricity supply to more than 15 thousand houses with a total allocation of 1.1 billion ringgit,
- Program of rural clean water supply to 7,500 houses with an allocation of 394 million ringgit,
- Program for building and repairing dilapidated houses, involving 9,500 houses with an allocation of 200 million ringgit,
- Improving the quality of rural air services in Sabah and Sarawak through maintenance and rental of new aircraft with an allocation of 160 million ringgit,
- Implement programs of economic development, infrastructure facilities and improvement of the living standards of indigenous people with an allocation of 352 million ringgit and
- Adding 10 lights poles making it 20 light poles in every village throughout the country involving more than 22 thousand villages with an allocation of 26 million ringgit. This brings the total number of 56 million to provide street lighting in villages.

The question now is whether the National Audit made a report on the allocation of expenses reaches its intended target. What about the action against those who abuse the provisions reported by the Auditor General before. What action has been taken by the government on these?

We found that there are still villages and longhouses in Sarawak that is still lagging behind in terms of infrastructure and communication routes are still bad. There are many more roads that have not been repaired or fully paved, especially in rural areas.

We want to know whether the budget and the allocation given for Sarawak as mentioned above has been fully utilized or there is more unused balance for the project.

We urge the government to issue a National Audit report in particular the provisions that have been approved for Sarawak either fully utilized or otherwise so that each annual allocation can be channelled to the target group for avoid any leakages and misuse of the provision.

We do not want the existing provision used for fishing the vote exclusively when almost the General Election. The rights of citizens must be given to all regardless of race, religion and political affiliation so that the government's intention for Wellbeing of people's lives achieves success.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan