Pengikut

Nuffnang

Selasa, 20 Oktober 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Peruntukan berjuta tapi jalan masih lagi teruk dan berlobang

Posted: 20 Oct 2015 07:28 AM PDT


Peruntukan jalan di Sarawak masih belum digunakan sepenuhnya

MIRI – Setiap kali hampir dengan musim pilihan raya umum, kita sentiasa mendengar pihak kerajaan BN (Barisan Nasional) berjanji akan memberi peruntukan berbillion ringgit untuk menaikkan taraf jalan di Sarawak.

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) melulus geran pembangunan kira-kira RM3.46 juta untuk ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.63 Piasau, N.64 Pujut dan N.65 Senadin. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, peruntukan itu dilulus melalui Majlis Bandaraya Miri bagi melaksanakan projek menambah baik dan pembinaan jalan kampung serta kawasan perumahan sekitar Miri sepanjang tahun ini.

Kami  mendapati bahawa masih lagi terdapat jalan kampung sekitar Miri yang masih teruk dan tidak diturap dengan sepenuhnya walaupun sudah berpuluh kali peruntukan bajet diperuntukan untuk projek menambah baik dan pembinaan jalan kampung serta kawasan perumahan. 

Ada sesetengah jalan kampung atau kawasan perumahan diturap separuh jalan. Kenapa pihak yang berkenaan hanya memilih tempat tertentu saja untuk diturap jalan dengan tar sedangkan jalan yang sepatutnya diturap dengan tar tidak diturap sepenuhnya.

Ramai penduduk kampung dan penduduk perumahan yang tidak berpuas hati dengan cara  pihak yang berkenaan menguruskan projek peruntukan jalan dengan memilih tempat tertentu saja sedangkan banyak lagi jalan yang teruk dan perlu diperbaiki sampai sekarang masih belum dinaik tarafkan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan segera membaik pulih jalan yang sepatutnya dinaik taraf seperti di jalan kebun di kampung Pujut Padang Kerbau, jalan kampung Tukau Jaya dan sekitar perumahan di Tudan serta jalan kampung sekitar bandaraya Miri yang amat memerlukan jalan yang baik perlu diberi keutamaan. Peruntukkan projek jalan kampung dan perumahan tersebut perlu digunakan sepenuhnya untuk kemudahan penduduk kampung agar mereka dapat menikmati peruntukan yang telah diluluskan tanpa perlu menunggu janji pilihan raya akan datang.

Ini semua adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti politik yang hanya menggunakan peruntukan tersebut sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat semata-mata. Semua peruntukan tersebut adalah hak rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik seperti mana kerajaan mewajibkan semua rakyat membayar cukai dan GST tanpa mengira fahaman politik.

Tugas pihak kerajaan dan mereka yang berkaitan hanya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat bukan menjalankan tugas dari pihak parti politik tertentu. Mana-mana parti yang terpilh untuk menjadi kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah rakyat bukan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Kita harap masalah yang tersebut diatas dapat diatasi dengan segera tanpa mengira masa sebab hak rakyat perlu diberi keutamaan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Provision of roads in Sarawak is still not fully utilized

MIRI - Every time close to the election season, we always listen to the BN (Barisan Nasional) promised to allocate billions of ringgit to upgrade roads in Sarawak.

Recently the Federal Government under the 10th Malaysia Plan (10MP) approves a development grant of about RM3.46 million for the three areas of Legislative Assembly (DUN) Piasau N.63, N.64 Pujut and N.65 Senadin. According Legislative Assembly (DUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin said that provision approved by the Miri City Council is to implement the project improving and construction of village roads and residential areas around Miri all this year round.

We found that there is still a village road around Miri that still bad and not entirely paved although it is many times the budget allocation provided for projects to improve and construction of village roads and residential areas. 

There are some rural roads or residential areas paved half-way. Why the parties concerned are only choose certain places to paved roads with tar while the road which should be paved not fully paved with tar. Many villagers and housing residents who are dissatisfied with the way of the relevant authorities manage the provision of the road projects by selecting a particular place where as many other bad road and need to be improved until now have not been upgraded.

Many villagers and residents of housing that is not satisfied with the way the relevant authorities manage the provision of roads projects by selecting a particular place where as many other bad roads and needs to be repaired until now has not been upgraded.

We urge the relevant authorities immediately repairing roads that should be upgraded such as the farm roads in the village of Pujut Padang Kerbau, Tukau Jaya village road and around housing in Tudan as well as rural roads around Miri city in dire need a good road should be given priority. The provision of village roads and housing is to be used solely for the convenience of the villagers so that they can enjoy the provisions that have been approved without the need to wait for the promise of the next election.

This is all for the benefit of the people, not for the sake of political parties that only use that provision as a decoy to attract the support of the people alone. Such provisions are citizens' rights regardless of race, religion and political affiliation as the government requires all citizens to pay taxes and GST, regardless of political affiliation.

The task of the government and those concerned only perform the tasks entrusted by the people not doing the job of a certain political party. Any parties that were chosen to be the government are responsible for implementing the mandate of the people, not in the interests of certain political parties.

We hope that the above problems can be addressed immediately, regardless of time because of people's rights should be given priority. Cooperation with the relevant authorities to address the problems of the people with immediate effect is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan