Pengikut

Nuffnang

Rabu, 23 September 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Dasar Pendidikan Sarawak Harus Sesuai Dengan Perubahan Semasa

Posted: 23 Sep 2015 04:22 AM PDT

Kembalikan Kuasa Autonomi Pelajaran di Sarawak


1. Kerajaan Persekutuan (Kementerian Pelajaran) sepatutnya mengembalikan 'Kuasa Autonomi' berhubung Pelajaran kepada Sarawak seperti yang tersebut dalam perkara asas Pembentukan Malaysia dalam Perkara 15: Pelajaran "Sistem pendidikan yang sedia ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri".

2. Sarawak perlu diberi kuasa autonomi dalam bidang pelajaran dimana kerajaan Sarawak boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran. Pelajar zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan berbagai bidang kemahiran atau kepakaran untuk masa depan mereka.

3.Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem apabila terdapat pertukaran Menteri atau polisi yang berkaitan dengan pendidikan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, ia dilihat menjejaskan pelaksanaan pendidikan di negeri ini. "Setiap kali Menteri tukar, polisi pun bertukar dan akhirnya menjejaskan pelaksanaan pendidikan di Sarawak. "Dasar pendidikan harus sesuai dengan generasi yang akan datang, banyak janji telah dibuat (Kerajaan Persekutuan) tetapi tidak dipenuhi sepenuhnya," ujarnya.

4. Kerajaan Sarawak perlu wujudkan lebih banyak pusat pengajian tinggi yang boleh mengeluarkan tenaga mahir dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan pertanian. Sarawak mempunyai keluasan tanah sebesar Semananjung Malaysia dan mampu menampung lebih banyak lagi pusat pengajian tinggi yang dapat dimanfaatkan untuk rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.  Sarawak memang sesuai untuk dijadikan sebuah negara perindustrian dan pertanian secara moden untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat dan negara pada masa hadapan.

5. Dengan wujudnya pusat pengajian tinggi dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan petanian ianya boleh memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam bidang akademi diserapkan kedalam bidang tersebut untuk memberi mereka peluang mendapatkan pekerjaan dalam bidang industri dan pertanian apabila mereka tamat belajar nanti.

6. Pelajar boleh memilih bidang kemahiran yang mereka minati dan apabila mereka tamat nanti mereka boleh keluar mencari pekerjaan atau bekerja sendiri dengan menggunakan kemahiran yang ada pada mereka.

7. Maka tidak timbul masalah pelajar atau graduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris sukar untuk mendapat pekerjaan sebab kebanyakan syarikat swasta memerlukan pekerja mahir dalam berbagai bidang. Walapun ada Menteri yang mengatakan Bahasa Inggeris adalah relevan, bukan Bahasa Malaysia tetapi dari sudut pekerjaan yang melibatkan kemahiran dalam perindustrian dan pertanian pengggunaan bahasa kebangsaan dan juga bahasa Inggeris kurang diambil perhatian. Mereka hanya perlu faham kehendak serta keperluan pihak syarikat untuk menyiapkan projek mereka dalam masa yang ditetapkan.

8. Memang tidak dinafikan mereka yang graduan dalam bidang akademi seperti bidang pengurusan memang perlu mahir dalam kedua-dua bahasa tetapi jawatan pengurusan dan pentadbiran amat terhad untuk diisi lebih-lebih lagi disaat kegawatan ekonomi sekarang yang memerlukan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam perindustrian dan pertanian.

9. Walaupun tidak dinafikan Bahasa Inggeris diguna secara meluas diperingkat global tetapi ada juga negara maju lain seperti Jepun tidak mengutamakan Bahasa Inggeris sebaliknya bahasa ibunda mereka tetap diberi keutamaan dalam bidang teknologi.

10. Ini sebenarnya bukan masalah bahasa tetapi cara pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam sistem pendidikan negara sekarang yang kurang memberi keutamaan dalam bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) yang merupakan salah satu bahagian yang diperlukan masakini.

11.Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program perlu diberi keutamaan bagi memastikan latihan kemahiran yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.

12. Pihak kerajaan juga perlu memperkenalkan skim pelbagai kemahiran baru untuk menyediakan satu laluan alternatif bagi industri untuk meningkatkan kemahiran pekerja berpengalaman.

13. Skim berbilang kemahiran dapat memenuhi keperluan pekerja khusus dalam pengurusan projek pembinaan utama. Ia bertujuan untuk membina satu kumpulan pekerja yang berketerampilan dalam bidang pengurusan projek pelbagai pembinaan untuk menjalankan lebih daripada satu jenis tugas kerja di lokasi. Majikan akan mempunyai fleksibiliti yang lebih besar dalam menggerakkan pekerja pelbagai kemahiran di tempat ini, dengan itu mengurangkan masa henti dan meningkatkan produktiviti mereka.

14. Kita juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar waktu belajar di sekolah diselaraskan dengan waktu kerja di pejabat untuk memudahkan para pelajar dan ibubapa yang bekerja dapat mengambil anak sekolah mereka tepat pada waktunya selepas waktu pejabat. Sekolah satu sesi pembelajaran dari pukul 8 pagi hingga 4 petang memberikan masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan guru mereka.

15. Di negara kita masih terdapat banyak sekolah yang tidak melaksanakan sekolah satu sesi kerana kekurangan bilik darjah dan kemudahan untuk belajar.  Sekolah satu sesi secara umum dipersetujui oleh banyak pihak kerana memberikan kemudahan kepada ibubapa serta kebaikan kepada pelajar. Gunakan masa sesi sebelah petang tersebut untuk mendidik mereka supaya jadi pelajar yang bermotivasi serta taat kepada perintah agama mengikut kepercayaan agama masing-masing.

16. Kerajaan Sarawak perlu mempunyai peruntukan bajet untuk menambahkan lebih banyak bilik darjah supaya memudahkan semua pelajar belajar dalam satu sesi persekolahan sekiranya mahu kuasa autonomi pelajaran diberi kepada kerajaan Sarawak. Mampukah kerajaan Sarawak memenuhi keperluan rakyat Sarawak nanti sekiranya kuasa autonomi diberi oleh kerajaan persekutuan dengan menggunakan peruntukan sendiri?

17.Kita amat bersetuju sekiranya kuasa autonomi Pelajaran bagi Sarawak dimanfaat sepenuhnya untuk kepentingan rakyat Sarawak tetapi jangan mengambil kesempatan untuk kepentingan pihak tertentu. Beri pelajaran percuma kepada rakyat yang miskin dan kurang berkemampuan agar mereka tidak ketinggalan dalam ilmu pengetahuan. Bina lebih banyak pusat pengajian tinggi yang mampu untuk rakyat Sarawak belajar tanpa perlu membayar kos yang terlalu tinggi seperti belajar di luar negara.

18. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran ialah pendidikan agama Islam dikalangan pelajar Muslim supaya mereka tidak menyimpang dari ajaran Islam akibat terlalu terpengaruh dengan kebudayaan barat yang mementingkan materialistik yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Jadilah pelajar yang berguna untuk negara yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.

19. Perkara asas ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah supaya Sarawak mampu berdikari dalam sistem pelajaran yang setaraf dengan peringkat antarabangsa. Beri tumpuan kepada masalah rakyat terutama rakyat miskin yang kurang berpelajaran agar rakyat Sarawak menjadi insan yang berilmu dan berguna untuk agama dan negara.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Revert Power of Autonomous Education in Sarawak

1. The Federal Government (Ministry of Education) should return the 'Power of Autonomy' in respect of Education to Sarawak as a matter of principle the formation of Malaysia in Article 15: Education "the existing education system should be maintained under the control of the state government".

2. Sarawak should be given autonomy in education where the state government can improve student performance in various skills. Students nowadays should prepare themselves for a variety of skills or expertise for their future.

3. As said by the Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem whenever there is a change of Minister or policy related to education implemented by the Federal Government, it is seen affect the implementation of education in this country. "Whenever the Minister change, the policy also change and ultimately affect the implementation of education in the state. "Education Policy must comply with the next generation, many promises have been made (the Federal Government) but not fully fulfilled," he said.

4. Sarawak Government should create more higher education centers that can produce skilled manpower in various fields of expertise for industry and agriculture. Sarawak has a total land area as big as Peninsular Malaysia and is able to accommodate even more higher education institutions that can be utilized for the people of Sarawak that is still far behind in development. Sarawak is suitable as industrialized country and modern agriculture to boost the economy and the income of the people and the country's future.

5. With a presence of higher education in the field of skills for industry and agriculture could provide an opportunity to students who drop out in the field of the academy be absorbed into various fields of skills.

6. The students can choose the areas of skills they are interested and when they graduated later they can look out for a job or self-employment using the skills they have.

7. So there is no a problems of student or graduates who are not fluent in English difficult to get a job because most of the private companies need skilled workers in various fields. Although there is a Minister who said English was relevant, not Bahasa Malaysia but from the work involving skill in industrial and agricultural the use of the national language as well as English is less be noted. They just need to understand the needs and requirements of the company to complete their projects on time.

8.There's no denying those who are academy graduates in the field of management as it should be proficient in both languages but administrative and management posts is limited to be filled especially in times of economic turmoil now which requires more expertise and skills in industry and agriculture.

9. No doubt English language is widely used globally but there are also other developed countries such as Japan do not prioritize English language instead of their mother tongue remains a priority in the field of technology.

10. This is actually not a language issue but the approach taken by the government in the education system now less emphasis on skills and technical parts (BKT), one of the parts needed today.

11. With the current technology and manpower needs for skilled and semi-skilled workers, the various areas and programs should be prioritized to ensure that skills training is now known as the Technical and Vocational Education (TVE), can fill in and contribute manpower needs required by industry and country.

12. The government should also introduce various new skills scheme to provide an alternative route for the industry to improve the skills of experienced workers.

13. The Multi-skills scheme is to meet the special needs of workers in the management of major construction projects. It aims to build a group of workers who are skilled in the management of multiple construction projects to run more than one type of service work at the site. Employers will have greater flexibility in deploying multi-skilled workers on site, thereby reducing downtime and increasing productivity.

14.We also want to propose to the Ministry of Education so that the school time are coordinated by office working hours to help students and parents who work can take their schools children right on time after office hours. Single-session schools learning from 8 am to 4 pm to provide a long time for students to learn and interact with their teachers.

15. In our country there are still many schools that do not implement single-session schools due to lack of classrooms and facilities for learning. Single-session schools is generally agreed by many parties as to provide convenience to the parents as well as beneficial to students. Use the evening session time to educate them so that be motivated students and obeyed the commands of religion in accordance with their religious beliefs.

16. Sarawak Government should have a budget provision to add more classrooms in order to make it easier for all students to learn in one session if they want autonomy education given to the government of Sarawak. Can the Sarawak government meet the requirements of the people of Sarawak later if the autonomy is given by the federal government by using its own funds?

17. We strongly agree that the autonomy for Sarawak Education fully utilized for the benefit of the people of Sarawak but do not take advantage of interests of certain parties. Provide free education to the poor and less fortunate so that they do not lag behind in knowledge. Build more high school that is capable for the people of Sarawak to study without having to pay the exorbitant costs such as studying abroad.

18. The other thing that needs to be addressed by the Ministry of Education is Islamic religious education among Muslim students so that they do not deviate from the teachings of Islam as a result of too influenced by western culture that emphasizes of materialistic that is incompatible with the teachings of Islam. Be a good student for the country that is more balanced between the world and the hereafter.

19. This basic things need to be addressed by the government so that Sarawak become more independent in the education system that is equivalent to international level. Pay attention to the problems of the poor people, especially the less educated people of Sarawak so that become individuals who are knowledgeable and useful to religion and the state.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan