Pengikut

Nuffnang

Rabu, 16 September 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jangan Salahguna Kuasa Autonomi Sarawak

Posted: 15 Sep 2015 08:30 PM PDT

Kuasa autonomi dan hak rakyat Sarawak

Nama asal sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Walau bagaimanapun, menurut beberapa pendapat nama Sarawak diperoleh seperti berikut:

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.
Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak dikatakan berada dibawah kekuasaan kerajaan Sriwijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara.

Apa yang dikenal pasti, Sarawak terletak dibawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.
Sarawak adalah sebuah wilayah yang tidak dikawal rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.. Kemudian pada tahun 1839, Gabenor Sarawak, Raja Muda Hashim menghantar surat kepada James Brooke.

Beliau meminta bantuan dari James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau ketika itu. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya menjadi Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai "Raja Putih" ("White Rajahs"), Walaupun demikian, tarafnya sebagai Raja di dalam protokol kerajaan England adalah di lapisan kedua selepas Raja-raja India.

Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina datang ke Sarawak.

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia.

Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Sepanjang pemerintahan British tersebut Sarawak ditadbir oleh Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pengambilan Sarawak sebagai Tanah Jajahan British di Timur telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan mahupun antarabangsa kerana British telah memungkiri janji mereka semasa menandatangni Piagam Atlantik 1941 iaitu tiada perluasan wilayah; perubahan wilayah adalah atas kehendak rakyat; pemulihan pemerintahan sendiri yang telah dinafikan sebelum ini; hak dalam memperoleh bahan mentah dan pengurangan sekatan perdagangan; kerjasama global untuk menjamin keadaan ekonomi dan sosial yang lebih baik untuk semua; kebebasan dari rasa takut dan berkeinginan; kebebasan di laut; menghentikan amalan keganasan serta pelucutan senjata di seluruh dunia.

Sepanjang tiga tahun pertama rakyat Sarawak hanya diikitiraf sebagai Subjek British, penentangan demi penentangan dilakukan oleh rakyat Sarawak yang mahukan sama ada berkerajaan sendiri dengan Merdeka ataupun mahukan Rejim Brooke memerintah semula.

Peristiwa terbesar yang berlaku pada masa itu ialah pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak yang kedua di Sibu oleh seorang anak muda belasan tahun bernama Rosli Dhoby. Pembunuhan ini berlaku pada 3 Disember 1949.

Pada 22 Julai 1963 rakyat Sarawak telah diberi taraf berpemerintahan sendiri dengan Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Pertama bagi negeri Sarawak. Taraf berpemerintahan sendiri ini ialah setaraf dengan negeri-negeri naungan British yang lainnya kerana Sir Alexander Waddell masih lagi menjawat jawatan Gabenor sehingga 15 September 1963.

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei.

Begitulah sedikit gambaran sejarah tentang Sarawak yang telah membentuk Malaysia dimana masih lagi jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan infrastuktur berbanding dengan semenanjung Malaysia akibat keadaan bentuk muka bumi serta keluasan tanah Sarawak yang sebesar Semananjung Malaysia.

Penduduknya yang terdiri dari berbagai kaum, etnik serta berbilang agama dan kepercayaan tetapi hidup bertaburan serta ramai yang masih belum memiliki tanah sendiri walaupun mereka ini mewarisi tanah dari datuk nenek moyang mereka.

Ada sesetengah pihak mahu referendum atau pungutan suara dari penduduk Sarawak untuk membentuk kerajaan sendiri dan kuasa autonomi agar Sarawak dapat ditadbir sepenuhnya oleh rakyat Sarawak tanpa campur tangan dari kerajaan persekutuan. Buat masa ini kuasa autonomi Sarawak hanya meliputi pengurusan tanah, sumber hutan dan imigresen menurut Perjanjian Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 13 September 1963.

Persoalannya sekarang adakah dengan adanya referendum dan kuasa autonomi Sarawak dapat mengambalikan semula hak tanah adat penduduk asal Sarawak yang telah dikuasai oleh golongan kapitalis selama ini.  Mampukah kerajaan Sarawak menggunakan kuasa autonomi yang ada sekarang memberi pembangunan dan kebajikan kepada penduduk Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak?

Sudah berpuluh-puluh billion ringgit peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak tetapi kemana perginya peruntukan tersebut sehingga menyebabkan Sarawak masih lagi dikategori miskin dalam Malaysia. Kuasa autonomi dan hak rakyat Sarawak perlu digunakan untuk manfaat rakyat Sarawak terutama kepada penduduk asal Sarawak yang masih mundur dan miskin walaupun mereka memiliki harta pusaka seperti tanah dari datuk nenek moyang mereka dulu tetapi sudah banyak tanah pusaka mereka yang telah diambil oleh pihak kapitalis@pemaju yang mendapat lesen dari pihak pemerintah kononnya untuk pembangunan.

Memang Sarawak perlu kuasa autonomi tapi ianya perlu digunakan sebaik mungkin untuk kebajikan penduduk Sarawak bukannya untuk kepentingan pihak tertentu untuk terus menopoli ekonomi serta menguasai tanah pusaka penduduk Sarawak untuk tujuan pembangunan sedangkan rakyat tempatan terus hidup dalam kemiskinan.

Kita mencadangkan kepada kerajaaan Sarawak agar dapat memberi setiap penduduk asal Sarawak
tempat tinggal yang selesa serta tempat untuk mereka bercucuk tanam supaya memudahkan mereka berdikari dan menyara kehidupan harian mereka tanpa bergantung sangat dengan bantuan kerajaan.

Bagi golongan rakyat miskin pihak kerajaan perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa dan pekerjaan untuk menyara kehidupan harian mereka. Dengan adanya tempat tinggal yang selesa, kemudahan infrastuktur dan mudah bagi mereka mendapat pekerjaan, masalah sosial dikalangan penduduk Sarawak dapat dikurangkan. Banyak masalah sosial berpunca dari masalah tiada tempat tinggal yang selesa serta tiada pekerjaan yang sesuai dengan golongan terbabit.

Jangan benarkan pelabur asing memiliki aset negara dan tanah penduduk Sarawak kerana dalam keadaan ekonomi serta mata wang Malaysia yang semakin teruk sekarang ini ianya boleh menyebabkan pelabur asing menguasai sepenuhnya ekonomi Sarawak dan rakyat Sarawak akan hidup tertekan.

Kita mengesa pihak pemerintah menggunakan kuasa autonomi sebagai kuasa untuk memberi hak kepada penduduk asal Sarawak untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas selama ini.  Kembalikan hak milik asal kepada penduduk Sarawak dengan memberi keutamaan kepada mereka dulu sebelum membenarkan pelabur asing datang di Sarawak.

Jangan salahgunakan kuasa autonomi yang sedia ada untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan kehidupan rakyat. Beri kuasa autonomi untuk kepentingan rakyat Sarawak bukan untuk kepentingan mereka yang berkuasa dan mereka yang ada kepentingan.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
  
English version

Autonomous power and the right of Sarawak citizens

The actual name of Sarawak cannot be proven scientifically and absolute. However, according to some opinion Sarawak name derived as follows:

Sarawak name is derived from the name of the Sarawak River. Sarawak River covers an area dubbed the "Sarawak Prosper" jut out from the inland Kuching at Bau up to Samarahan. The name of the Sarawak River is named after a type of mineral ore "serawak" containing sulfur and antimony (See Kamus Dewan issue 3). This coincides with the history of during the state under the rule of the Sultanate of Brunei, Sarawak region during that time rich in antimony.

Sarawak is said to be under the rule of Srivijaya kingdom in the 10th century to the 13th century. The Malays have opened their placement at Santubong, which is among the most important entrepot port in the archipelago.

What is known for sure is Sarawak is under the control of the Sultanate of Brunei in the early 19th century. Sarawak is a territory that is not controlled immaculate by the Sultanate of Brunei in the early 19th century. Then in 1839, the Governor of Sarawak, Rajah Muda Hashim sent a letter to James Brooke.

He sought the help of James Brooke to help calm the chaotic state of Sarawak. The Dayak struggle against Brunei colonial proven great while James Brooke who has armed forces equipped and several times tried to calm the Dayak fighters. In return, James Brooke was appointed as governor of Sarawak on 24 September 1841, and subsequently became a Rajah on August 18 following years.

Brooke dynasty ruled Sarawak for a hundred years and achieved fame as the "White King" ("White Rajahs"); however, its status as the King of the Kingdom of England in the Protocol is in a second layer after India Kings. They ruled with the help of local leaders and employ the Dayak warriors as soldiers. They also encouraged the immigration of Chinese commercial class to Sarawak.

Japan invaded and colonized Sarawak in 1941 during the Second World War. At the time of the Japanese surrender in 1945, is administered by the British Borneo Sarawak Civil Affairs Unit, which is regulated by the Australian military.

It then handed over to the British government on July 1, 1946. During the British rule Sarawak is administered by the Colonial Office in London.

Taking Sarawak as British Colonies in the East has provoked mixed reactions from local residents as well as international because the British reneged on their promise during sign a 1941 Atlantic Charter that there was no territorial expansion; changes in the region is the will of the people; restoration of self-government that was denied before; rights in obtaining raw materials and the reduction of trade barriers; global cooperation to ensure economic and social conditions better for all; freedom from fear and desire; freedom of the sea; stop the practice of terrorism and disarmament worldwide.

During the first three years the people of Sarawak is recognized as a British subject, counteraction by counteraction done by the people of Sarawak who wanted either with self-independent or wants the Brooke regime to rule again.

The incident happened at the time was the murder of Duncan Stewart, the second governor of Sarawak in Sibu by a young teenage boy named Rosli Dhoby. The murder occurred on December 3, 1949.

On July 22, 1963 the people of Sarawak have been given self-governing status with Stephen Ningkan first appointed Chief Minister of Sarawak. This is a self-governing status equivalent with the states of other British protectorate as Sir Alexander Waddell was still governor of until 15 September 1963.

On 16 September 1963, a new coalition created under the name of Malaysia comprising the Federation of Malaya, Singapore, North Borneo (renamed Sabah) and Sarawak despite objections from some residents in the beginning.

The Sultanate of Brunei who initially expressed a desire to join Malaysia but withdrew due to the defiance most of the people of Brunei.

That's a little picture of the history of Sarawak which has formed Malaysia now where are still far behind in terms of development and infrastructure as compared to Peninsular Malaysia due to its topography and the land area of Sarawak that as big as Peninsular Malaysia.

Its population consists of various racial, ethnic and multi-religious and belief but live scattered and many who still do not have their own land even though they have inherited the land from their forefathers.

Some people want a referendum from the people of Sarawak to form its own government and autonomy so that Sarawak can be administered entirely by the people of Sarawak without interference from the federal government.

Currently Sarawak autonomy only covers land management, forest resources and immigration, according to the Federation of Malaysia Agreement signed on 13 September 1963.

The question now is whether by referendum and autonomous power for Sarawak can reinstating the land rights of the indigenous natives of Sarawak which was dominated by the capitalist class all this while.

Can the Sarawak government using the existing autonomous power provide development and welfare of the people of Sarawak, especially in rural and remote areas of Sarawak?

Already tens of billion ringgit allocation has been disbursed by the federal government to the state but where it goes that provision thus causing Sarawak still categorized poor in Malaysia.

Autonomy and rights of the people of Sarawak should be used to benefit the people of Sarawak, especially the natives of Sarawak is still underdeveloped and poor, even though they have an inheritance like land from their forefathers once but many of their traditional lands have been taken by the capitalists @ developer obtaining a license from the government ostensibly for development.

Indeed Sarawak need autonomous power but it should be fully utilized for the welfare of the people of Sarawak rather than in the interests of a particular party to continue economic monopoly and dominate the inheritance of Sarawak for development purposes while local people continue to live in poverty.

We suggested to the government of Sarawak so as to give each indigenous people of Sarawak comfortable place to stay and a place to farm in order to make it easier for them to be independent and earn their daily lives without relying so much with the government assistance.

For the poor people the state should provide a comfortable place to live and jobs to earn their daily lives.
With their comfortable homes, infrastructure facilities and easy for them to find employment, social problems among the people of Sarawak can be reduced. Many of the social problems stemming from the problems of no comfortable place to stay and there are no suitable jobs for those involved.

Do not allow foreign investors to own assets and state land of Sarawak population because of the economic situation and Malaysian currency is getting worse today it could causes foreign investors controlled the economy of Sarawak and Sarawakians will be depressed.

We urge the government using autonomous power as the power to grant rights to indigenous people and local Sarawak to restore the rights of those deprived of all this while. Restore the original title to the people of Sarawak by giving priority to those first before allowing foreign investors to come in.

Do not abuse the existing autonomous power for their own interests, and troublesome people's lives.
Give autonomous power for the people of Sarawak not in the interest of those in power and those who have an interest.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan