Pengikut

Nuffnang

Isnin, 14 September 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Mana Janji nak buat Jalan Kebun?

Posted: 13 Sep 2015 10:29 PM PDT

Penduduk kampung menanti janji projek jalan kebun yang belum siap

MIRI – Setiap kali musim hujan sudah pasti para pekebun di Pujut Tanjung Batu menghadapi masalah untuk masuk ke dalam kebun mereka. Jalan ke kebun di Pujut Tanjung Batu dan Padang Kerbau rosak teruk dan sukar untuk kenderaan kecil masuk melalui jalan tersebut ketika musim hujan.

Ianya juga berlumpur dan berlopak disana sini sehingga menyukarkan pekebun membawa keluar hasil petanian mereka keluar.

Mereka sudah lama memohon bantuan dari pihak yang berkenaan untuk membantu membaik pulih jalan yang rosak dilaluan jalan pintas menuju ke kampung Pujut Tanjung Batu  dan jalan Padang Kerbau.

Menurut salah seorang penduduk di situ dan juga pengadu dalam masalah jalan ini berkata, antara penduduk kampung yang mengadu masalah ini ialah imam Masjid Kampung Pujut Tanjung Batu, Tuan Haji Salam Ahmad , Tuan Haji Maydan@bujang serta pekebun-pekebun kecil yang lain di situ juga mengadu masalah yang sama kepada pihak kami.

Menurut mereka kalau pihak kerajaan dapat menurapkan jalan batu dikawasan itu pun sudah dikirakan bagus daripada terus menunggu janji yang tidak kunjung tiba.

Pihak pengadu pernah sudah lama memohon kepada wakil rakyat dan pernah juga ada wakil rakyat yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah ini sejak tahun 2009 sehingga kini tetapi keadaan jalan masih belum berubah bahkan semakin rosak teruk.

Sampai bila mereka terpaksa menunggu janji projek jalan kebun mereka siap setelah sekian lama mereka menanti. Mereka tidak mahu pihak berkenaan hanya pandai berjanji tetapi tidak tepati. Kemana tuju peruntukan projek jalan kebun itu dibelanjakan.

Kita mengesa agar pihak yang berkenaan serta agensi kerajaan yang berkaitan segera menunaikan janji dan menurapkan jalan tersebut dengan batu untuk kemudahaan penduduk kampung dan pekebun masuk ke kebun mereka.

Tanah tempat mereka berkebun sekarang ini juga perlu diberi hak milik memandangkan inilah salah satu punca mata pencarian mereka untuk menyara kehidupan harian keluarga mereka. Kebanyakan penduduk di situ adalah petani kecil-kecilan dan tanah tersebut adalah warisan dari datuk nenek moyang mereka dulu.

Kita harap masalah tanah dan juga keadaan jalan kampung di Sarawak dapat diselesaikan dengan segera sebab kita yakin peruntukan jalan untuk kampung dan projek jalan kebun ini masih belum digunakan sepenuhnya. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan memantau setiap perbelanjaan dalam peruntukan bajet yang sudah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan mengatasi masalah ini dengan segera untuk kemudahan penduduk kampung terbabit amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Villagers await the promise of uncompleted road project
  
MIRI – Whenever the rainy season it is definitely the farmers at Pujut Tanjung Batu having trouble to get into their farm. The road to the farm in Pujut Tanjung Batu and Padang Kerbau is severely damaged and difficult for small vehicles entered through the road during the rainy season.

It also muddy and potholes here and there and made it difficult for the farmers to carry out their agricultural produce out.

They have long been seeking assistance from the relevant authorities to help refurbishment the damaged roads at the bypass routes leading to the village of Tanjung Batu and the road of Pujut Padang Kerbau.

According to one of the residents there and also the complainant of this road problems said among the villagers who complained of the problem is the imam of Masjid of Kampung Pujut Tanjung Batu, Haji Salam Ahmad, Haji Maydan @ Bujang and others smallholders  there also complained of the same problem to us.

According to them if the government can tar the gravel path to the area that was already presumed good rather than continuing to wait for the promise that never arrived.

The complainant has long been applying to the elected representatives and there was also a representative who promised to help solve this problem since 2009 until now, but the road has not been changed even more severely damaged.

Until when they had to wait for the promise of the project through their farm completed after so long they waited. They do not want the parties concerned only good at making promises but do not keep. Where did go the provisions of the road projects was spent.

We urge the parties concerned and the relevant government agencies fulfill its promise and immediately paving the road with stone to ease the villagers and the farmers go into their farm.

The land they farming now should also be given ownership since this is one source of their livelihood to support their family's daily life. Most of the residents there are small-scale farmers and the land is a legacy of their forefathers used to.

We hope that the issue of land and the conditions of village roads in Sarawak can be solved immediately because we believe the provisions of the road to the village and farm road project is still not fully utilized. This matter should be addressed by the authorities by monitor each expenditure in the budget allocations that have been approved by the federal government.


Cooperation with the relevant parties to resolve this issue immediately to ease the villagers concerned is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan