Pengikut

Nuffnang

Rabu, 2 September 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Penduduk kampung mohon Jalan Perhubungan Desa diturap segera

Posted: 01 Sep 2015 10:14 PM PDT

Projek Penurapan Jalan Perhubungan Desa (JPD) masih terbengkalai



MIRI – Projek penurapan Jalan Perhubungan Desa (JPD) di kawasan Kampung Batu Satu, Kuala Baram masih lagi terbengkalai sekian lama. Jalan yang sepatutnya siap tahun lalu sehingga kini hanya tinggal jalan batu dan sudah ditumbuhi rumput.

Menurut salah seorang penduduk di Batu Satu, Sdr Zainal Tar memberitahu pihak kami, mereka sudah beberapa kali memohon penurapan jalan perhubungan desa kepada Pejabat Daerah Bahagian Miri sejak dari 6hb Jan 2013 sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Walaupun pihak yang berkenaan ada datang melawat ke kampung itu tetapi mereka hanya melihat dari luar saja tanpa berjumpa sendiri dengan pihak pengadu untuk mengambil keterangan lanjut tentang perkara yang mereka mohon.

Pengadu (Hasmah Moktar) ada menulis surat kepada pihak Pejabat Daerah Bahagian Miri untuk memohon penurapan jalan atas projek JPD di kawasan tapak pembinaan rumah yang dirancangkan tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Pengadu juga merupakan jiran Zainal dimana beliau berhasrat hendak membina rumah di Lot 7754 di belakang rumah Zainal.

Sekarang ini pengadu berada di luar kawasan Miri dan beliau mewakilkan Zainal untuk sebarang urusan dengan pihak Pejabat Daerah Miri sekiranya mereka ingin datang untuk melihat tapak tersebut.

Masalah jalan kampung serta kemudahan lain perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa berkenaan agar penduduk kampung dapat menikmati kemudahan peruntukan yang sudah disediakan.



Kita mengesa pihak berkuasa tempatan boleh berjumpa sendiri dengan wakil pengadu di alamat Lot 7756 Kampung Batu Satu, Baram untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai masalah tersebut.

Projek JPD adalah dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ianya perlu diberi perhatian serta dipantau setiap projek yang telah diberi peruntukan kepada setiap kampung yang terpilih.

Pihak kami berharap agar masalah yang berlarutan ini dapat diatasi dengan segera dan kerjasama dengan pihak berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak


English version

Road resurfacing project (JPD) still abandoned

MIRI – Resurfacing project of 'Jalan Perhubungan Desa' (JPD) at Kampung Batu Satu, Kuala Baram still abandoned for so long. The path is supposed to be completed last year until now only been covered with gravel road and grass.



According to one of the resident at Batu Satu, Mr. Zainal Tar inform us, they have several times apply for road resurfacing the path to Miri District Office the Miri District Office since 6th January 2013 to date, no further action is taken.

Although the parties have come to visit the village but they only see from the outside without having met itself with the complainant to takes more information on the matter they request.

The complainant (Hasmah Moktar) has wrote a letter to Miri District Office to apply for road resurfacing JPD projects in the area of the construction site of the planned but until now there has not been any action taken by the authorities.

The complainant also Zainal neighbor where she intended to build a house on Lot 7754 behind Zainal house.

Now the complainant is outside Miri and she delegate Zainal's dealings with Miri District Office if they want to come to see the site.

The issue of village roads and other facilities need to be addressed by the relevant authorities so that the villagers can enjoy the facilities of the provisions that are already provided.

We urge the Local Authorities could meet with the representatives of the complainant at the address Lot 7756 Kampung Batu Satu, Baram to get more details about the problem.

JPD project is under the Ministry of Rural and Regional Development it noteworthy as well as monitored every project that has been allocated to each of the selected villages.

We hope that this protracted problem can be resolved promptly and cooperation with the relevant parties is very much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan