Pengikut

Nuffnang

Isnin, 17 Ogos 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Perginya seorang pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan

Posted: 16 Aug 2015 10:31 PM PDT

PAS Sarawak kehilangan pemimpin istiqamah dalam perjuangan

PAS Sarawak kehilangan seorang pemimpin berjiwa kental dan istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya.

Tuan Haji Adam Ahid 64 tahun Pesuruhjaya PAS Sarawak meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada jam 3.10 pagi isnin 17hb ogos 2015.

Pada 12hb ogos yang lalu beliau telah koma dan dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.

Beliau merupakan seorang Pesuruhjaya PAS Sarawak yang sentiasa murah dengan senyuman walaupun beliau kurang sihat sejak beberapa minggu yang lalu tapi beliau tetap juga hadir dalam majlis dan juga mesyuarat PAS.

Beliau pernah beberapa kali bertanding dalam Pilihanraya DUN dan Parlimen Sarawak tetapi gagal menyampai kemenangan tetapi beliau tidak pernah putus asa dan tetap istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat Sarawak. 


Dia selalu menasihati ahli PAS Sarawak agar terus istiqamah walaupun tidak menang di dunia mungkin akan menang di akhirat kelak.

PAS Sarawak kehilangan seorang tokoh yang berjiwa kental dan sukar untuk dicari ganti. Walaubagaimana pun ahli PAS Sarawak perlu tabah menghadapi ujian ini setelah kita kehilangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam beberapa bulan yang lepas.

PAS Sarawak juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Adam Ahid semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Allah meletakkan rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh orang yang soleh.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak


English version

Sarawak PAS loss steadfast leader in struggle

The Sarawak PAS has loss of a spirited leader, viscous and perseverance in the fight until the end.

Tuan Haji Adam Ahid 64 year's old Sarawak PAS commissioner died at the Sarawak General Hospital Heart Center at 3:10 am Monday, August 17, 2015.

On 12th August he was coma and was admitted to the intensive care unit (ICU) Sarawak General Hospital Heart Centre in Kota Samarahan.

He is a Commissioner of Sarawak PAS that always smiling despite his poor health since a few weeks ago but he still attended the event as well as PAS meeting.

He has several times contested in Sarawak State Assembly and Parliamentary elections but failed to deliver victory, but he never gave up and remains steadfast in the fight for the fate of the people of Sarawak.

He always advises Sarawak PAS members to continue steadfast despite not winning in world is likely to be won in hereafter.

Sarawak PAS has loss of a spirited leader, viscous and hard to find replacement. However, Sarawak PAS members have to cope with these tests after we lose Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat in a few months ago.

Sarawak PAS also expressed condolences to the family of the late Haji Adam Ahid may endure and be patient in facing this test. May Allah put his soul and be placed along with the spirits of the righteous.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan