Pengikut

Nuffnang

Khamis, 6 Ogos 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Miri Dilanda Angin Kencang lagi ....

Posted: 05 Aug 2015 10:04 PM PDT

Mangsa Angin Kencang Mohon Bantuan Segera


MIRI – Pada hari selasa yang lalu Miri dilanda angin kencang dari arah timur laut dan laut bergelora menyebabkan beberapa buah rumah telah mengalami kerosakan bumbung dan ada yang tercabut. Beberapa kawasan perumahan dan juga kampung yang berhampiran tepi pantai menjadi mangsa angin kuat.

Salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan tepi pantai di Kampung Batu Satu, Puan Haminah Bt Abdullah, berkata, kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan sebahagian daripada atap rumahnya di bahagian dapur dan bilik tidurnya rosak akibat angin kencang. Mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku keatas beliau sekeluarga.

Puan Haminah Bt Abdullah 64 tahun seorang Mualaf dan juga ibu tunggal yang tinggal bersama dengan anak sulong beliau yang kurang upaya (OKU) memohon pihak berkuasa tempatan agar dapat membantu membaik pulih atap rumahnya yang rosak.

Kita juga mendapati belakang rumah beliau perlu dibaik pulih sebab tiang lantainya agak reput dan boleh runtuh. Lantai rasuk kayu reput dan rosak perlu diganti dengan segera untuk mengelakkan dinding rumah runtuh.

Beliau yang tinggal di Kampung Batu Satu di alamat No 7752 telah ditinggalkan oleh suaminya yang mempunyai isteri baru. Beliau mempunyai 6 orang anak dan seorang sudah meninggal. Anak sulungnya merupakan OKU dan tinggal bersama beliau.

Anak perempuannya yang kurang upaya mendapat bantuan dari pihak kebajikan. Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan disebabkan kakinya yang sakit beliau hanya tinggal di rumah bersama anak dan cucu beliau.

Mereka hanya mengharapkan bantuan kebajikan dari pihak agensi kerajaan disebabkan beliau tiada punca pendapatan tetap. Beliau juga mohon bantuan dari pihak berkaitan agar dapat memberi sedikit bantuan untuk membaik pulih rumahnya yang agak usang itu.

Kita mengesa pihak yang berkaitan dapat membantu segera membaik pulih bumbung dan lantai rumahnya yang agak usang itu dengan yang baru. Kerjasama dengan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Victims of strong winds request for immediate assistance

MIRI – On last Tuesday Miri hit by strong winds from the northeast and rough seas that caused several houses have been damaged roof and there are uprooted. Several residential areas and also village nearby seaside are victims of strong winds.

One of the residents staying nearby seaside in Kampung Batu Satu, Madam Haminah Bt Abdullah, said the incident at about 6 pm that caused part of the roof of her house at the kitchen and bedrooms damaged by strong winds. Fortunately there were no untoward incidents occurred on her family.

Madam Haminah Bt Abdullah 64 years old a new convert and single mother who lives with her eldest child with disabilities (PWDs) request local authority to help repairing the damaged roof of her house.

We also find her backyard need to be repaired because the pillar floor is quite rot and could collapse. The floor wooden beams are rotted and broken must be replaced immediately to prevent the wall of the house collapsed.

She who lives in Kampung Batu Satu at No 7752 had left by her husband which has a new wife. She has 6 children and one has died. Her eldest child was disabled and lived with her. Her daughter with disabilities receives assistance from the charity. She has no job because of her legs ailing she just stayed home with her children and grandchildren.

They only hope for the welfare assistance from government agencies because she has no source of fixed income. She is also asking for help from a related party in order to give a little help to repair her house which is quite dilapidated.

We urge the relevant parties to help immediately repair the roofs and her house floor which is quite dilapidated with a new one. Cooperation with the government and the relevant parties to resolve the people's problems immediately is greatly appreciated.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan