Pengikut

Nuffnang

Isnin, 24 Ogos 2015

DUN Lembah Jaya

sumber :-

DUN Lembah Jaya


Posted: 24 Aug 2015 01:06 AM PDT

SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata belanjawan itu akan digubal mengikut keadaan semasa dan beberapa perkara menekan rakyat ketika ini.
"Bermula minggu depan, kita akan bincangkan dalam bengkel bagi menggubal Belanjawan 2016 dengan mengambil kira keadaan semasa.
MB Azmin"Kerajaan Negeri bertanggungjawab mengurus dengan cara berhemah dengan menumpukan pembangunan secara terus kepada rakyat," katanya yang menjawab pertanyaan Haslin Hassan (PAS-Tangjung Sepat) berkenaan rizab kewangan negeri.
Mohamed Azmin, berkata sejumlah peruntukan juga akan diputuskan bagi keperluan pembinaan balai raya di kawasan luar bandar.
"Menepati hasrat Kerajaan Negeri, sudah tentu keperluan balai raya atau dewan amat diperlukan.
"Kia sudah bincangkan beberapa bulan lalu, apakah keperluan masyarakat luar bandar," katanya.
Haslin sebelum itu mahu peruntukan membaik pulih atau pembinaan baru bagi kegunaan masyarakat luar bandar yang ketinggalan dalam pembangunan negeri.

Ibadah Qurban & Aqiqah anjuran DN Lembah Jaya 1436H

Posted: 23 Aug 2015 11:56 PM PDT


Tarikh : 26 September 2015 bersamaan 12 Zulhijjah 1436H
Hari : Sabtu | Masa : 7:30 pagi
HARI RAYA KETIGA
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Pinggir 3,
Lembah Jaya Utara (berhampiran Bukit Belacan)
Hubungi: 03 4293 4371 / 019 240 4194

Sasaran 10 ekor lembu sahaja.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan