Pengikut

Nuffnang

Khamis, 23 Julai 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Gangguan Elektrik Perlu Dibaikpulih Segera

Posted: 23 Jul 2015 05:50 PM PDT

Apa sebenar punca gangguan bekalan elektrik di Miri?

MIRI - Gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di sekitar bandar raya Miri terutama di kawasan Pujut Tanjung Batu, Pujut Padang Kerbau, Bumiko dan juga sebahagian kawasan Kampung Luak Lama menyebabkan pengguna rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh pihak SESCO.

Perkara ini sudah berlaku sebelum Hari Raya dan ini menyebabkan pengguna rasa terganggu terutama ketika menyambut tetamu pada sambutan hari perayaan.

Menurut seorang pengadu, kawasan tersebut sering menghadapi masalah gangguan bekalan eletrik beberapa minggu yang lalu. Apabila mereka menghubungi pihak SESCO jawapan yang diterima sebab fius hangus.

Begitu juga di Kampung Luak Lama,  ada seorang pengadu memberitahu pihak kami yang bekalan elektrik ke rumahnya agar lemah dan kurang tenaga. Setiap kali beliau menghidupkan peralatan elektrik seperti menghidupkan kipas angin tiba-tiba berhenti begitu juga peralatan elektrik yang lain seolah-olah bekalan tenaga elektrik tidak cukup kuat seperti biasa.

Kita mengesa pihak yang berkaitan segera membaik pulih bekalan elektrik di kawasan yang berkenaan kerana mereka yang terlibat tidak puas hati perkhidmatan yang mereka terima tidak berbaloi dengan apa yang mereka bayar.

Mereka juga ingin tahu apa punca sebenar yang sering menganggu bekalan elektrik di kawasan berkenaan. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dari berlarutan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

What is the real source of power failure in Miri?

MIRI - The power supply disruption which often occurs around Miri City especially in the areas of Pujut Tanjung Batu, Pujut Padang Kerbau, Bumiko and also parts of Kampung Luak  Lama cause consumers dissatisfaction with the services provided by the SESCO.

This has happened before Hari Raya and this causes users feel interrupted especially when welcoming the guests during the celebration of the feast day.

According to the complainant, these areas are often faced with the problem of power failure a few weeks ago. When they contact the SESCO the answer received because of fuse burned.

Similarly, in the Kampung Luak Lama, there is a complainant inform us that the electricity supply to his house is so weak and lack of energy.  Every time he turned turn on the electrical appliances such as fan suddenly stops as well as other electrical equipment as if electricity supply was not strong enough as ever.

We urge the related party immediately restore the electricity supply in the area concerned because those involved are not satisfied with the service they receive is not worth it with what they pay for.

They also want to know what the real causes that often disrupted of electricity supply in the area. Cooperation with the relevant authorities to address this issue from protracted is greatly appreciated.




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan