Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 10 Julai 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Saluran pembetungan tersumbat perlu dibaik pulih elak banjir kilat

Posted: 10 Jul 2015 04:49 PM PDT

Aliran air parit tersumbat punca banjir kilat

MIRI – Saluran pembetungan di jalan pintas Pujut Miri ditumbuhi rumput dan penuh dengan sampah sarap menyebabkan aliran air parit tidak dapat mengalir dengan lancar.

Penduduk Kampung Pujut Tg Batu merayu pihak berkuasa supaya melakukan kerja-kerja pembersihan saluran pembetungan, bagi menangani masalah perparitan tersumbat dan banjir kilat.

Salah seorang penduduk di Tanjung Batu yang dikenali sebagai Armin berkata, saluran pembetungan yang tersumbat dan ditumbuhi rumput menyebabkan aliran air parit tidak dapat mengalir dengan lancar menyebabkan banjir kilat sekiranya hujan turun berterusan. Menurutnya, keadaan bertambah teruk jika hujan turun tanpa henti selama dua atau tiga hari menyebabkan kediaman penduduk yang berdekatan dinaiki air parit tersebut.

Setiap kali hujan, penduduk yang tinggal berdekatan akan berhadapan dengan banjir kilat khususnya melibatkan beberapa tempat kediaman penduduk di sini, hingga memaksa mereka sentiasa berhati-hati ketika musim hujan lebat.

Mereka mohon agar pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan segera kerana setiap tahun pada musim tengkujuh mereka terpaksa berwaspada disebabkan saluran pembetungan yang tidak diselenggarakan dengan baik boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan kediaman mereka.

Sudah lama sistem pembetungan itu tidak dibersihkan dan air bertakung di parit itu juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan jentik-jentik sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk terhadap penyakit bawaan nyamuk.

Mereka  bimbang jika ada penduduk yang terkena denggi akibat masalah sistem pembetungan yang tidak bersih. Penduduk mencadangkan supaya saluran pembetungan sedia ada itu dapat dibaik pulih atau dilebarkan bagi kelancaran aliran air parit.

Kita mengesa pihak berkuasa segera membersih tumbuhan serta kotoran yang terdapat dalam parit itu agar ianya tidak menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan aliran air parit yang tidak dapat mengalir dengan lancar itu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Clogged drain water flow causes flash floods

MIRI – The sewerage system in Pujut Miri bypass road overgrown with grass and full of garbage resulting drain water flow cannot flow smoothly.

Pujut Tg Batu villagers appealed the authorities to do the work of cleaning the sewerage system, to address the problem of clogged drains and flash floods.

One of the residents in Tanjung Batu, known as Armin said, sewerage drain is clogged and overgrown grass causing the flow of drain water cannot flow smoothly cause flash floods if the rain continues.
According to him, the situation is worse if it rains non-stop for two or three days, causing a nearby residential population flooded by drain water.

Every time it rains, people living nearby will be faced with flash floods particularly involving several residential population here, to force them to remain vigilant during heavy rainfall.

They kindly requested the authorities can address this problem immediately because every year during the monsoon season they had to be cautious because the sewerage drain poorly maintained that can causing flash floods in their residential area.

The sewerage system has long not been cleaned and stagnant water in the drain also feared to have become a breeding ground for mosquito larvae raising concerns of residents against mosquito-borne diseases.

They worry if there are people affected by dengue due to a problem sewerage system were not clean. Residents suggested that the existing sewerage drain that can be refurbished or widened for the smooth flow of drain water.

We urge the authorities to immediately clean the plant and dirt contained in the drain so that it does not affect the health of people living near the drain water flow which cannot flow smoothly.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan